。 •́ ● ( 08 ) ● •̀ 。

144K 1.6K 17
                                    

🌺🌺🌺

"Ezlan!" panggilan dari seseorang membuatkan langkah Dato Ezlan terhenti dan dia menoleh ke belakang.

"Ehh engkau Rif!"

Dato Zharif ketawa, "Wah laju betul kau jalan ye?" Mereka berjalan beriringi menuju ke lift

Dato Ezlan sengih tak bersalah, "Tak adalah saja jalan laju, bersenam sikit." Gurau dia sehingga tergeleng kepala Dato Zharif dibuatnya.

"Mana anak engkau? Aku rasa tadi aku ada nampak anak kau?" Soal Dato Zharif apabila mereka melangkah masuk ke dalam lift.

"Si Mia dah keluar dengan kawan dialah. Bosan sangat lah tu. Pagi tadi beria nak ikut aku. Last - last tak sampai setengah jam panas bontot dah cabut lari,"

Terlepas ketawa Dato Zharif, "Samalah dengan anak aku tu, si Zafran. Aku suruh dia datang, saja nak suruh dia kenal siapa client kita. Nanti dah ganti tempat aku senanglah kerja dia nanti. Tengok - tengok, aih bukan nak kata batang hidung je tak nampak. Bayang - bayang pun tak nampak! Aku tak fahamlah, nak juga dia jadi cikgu sekolah dari ambil alih syarikat ni," Luah Dato Zhariff tak puas hati. Geram dengan anak lelaki dia tu.

Dato Ezlan menepuk bahu kawan karibnya, "Budak sekarang dah tak minat dengan benda - benda yang menyusahkan ni. Nak benda senang je sekarang,"

"Itulah. Aku harap benda yang kita rancang selama ni tak menyusahkan ye, Lan?"

Serentak gelak ketawa mereka bergema.

"Aku harap macam tu lah,"

🌺🌺🌺

Dari tadi mereka berjalan tanpa henti. Bosan!

Mia memerhati Zafran yang berjalan di sebelahnya. Dari sisi ni nampak sangat Zafran ni hensem. Dengan kemeja hitam serta seluar slack fit dia. Aih nampak hensem sangatlah! Melting kita di buatnya.

"Kenapa?" Zafran membuka suara apabila dia perasan yang Mia memerhatinya tidak berkelip. Mia senyum dan menggeleng kepalanya.

Sekali lagi suasana senyap antara mereka berdua.

"Zafran!" Jeritan dari seseorang membuatkan langkah mereka berhenti.

Mia sudah terkebil - kebil melihat seorang gadis datang menghampiri mereka. Mak aihh seksinya! Kalah aku wey!

Dengan tube merahnya yang ketat sehingga menampakkan lurah dadanya. Kemudian skirt hitam juga ketat dah macam nak terkoyak je skirt itu Mia tengok. Mia membuat muka menyampah melihat muka perempuan tu. Eiy mekap tebal! Spesis muka berlubang lah ni. Hope mall ni tak jerebulah kalau Mia lempang mukanya.

"Ehh Mellisa!"

Mia menjeling Zafran yang sudah tersenyum lebar. Amboi happy nampak.

"Lama tak jumpa you Zaf! Rindu tau i dengan you. Bukan main susah eh nak contact you sekarang," Kata Mellisa dengan jarinya nakal menguis dada bidang Zafran. Tanpa rasa malu dia merangkul lengan Zafran.

Zafran sudah ketawa kecil, "Sorrylah. I busy lah sekarang ni,"

Mia di sisi sudah mengetap bibir. Geram. Marah. Marah dengan perempuan gedik tu. Sebab tak tahu malu mengesel dekat dengan Zafran. And geram dengan Zafran. Sebab dia boleh bergelak ketawa dengan perempuan dengan membiarkan perempuan tu mengesel.

Wait. Yang kau marah sangat ni kenapa Mia? Grr suka hati aku lah!

Mia melepaskan rangkulnya pada lengan Zafran dan bergerak jauh dari mereka. Berbulu mata dia tengok aksi dia orang. Mia membawa kaki masuk ke dalam salah satu kedai yang berjenama.

Victoria Secret.

Mia mengukir senyuman. Em dah lama rasanya dia tak shopping untuk diri dia sendiri. Matanya bersinar membeli pakaian tidur yang seksi. Betul - betul kena dengan citarasanya.

Mia berjalan melawati setiap bahagian pakaian yang di jual. Baju tidur yang berwarna hitam dan maroon mengamit minat Mia. Cantik. Ada lace di bahagian dada dan bertali halus. Singkat paras menutup punggung and jarang. Em. I take this. But fitting dulu sebelum bayar.

Mia berlalu mencari fitting room.

Tiba - tiba lengannya di tarik seseorang, "Eh nak pergi mana?" Mia menoleh apabila kedengaran suara Zafran di belakang.

Eh dah habis dating?

Mia menjeling sikit, "Fitting room," dan beredar. Zafran mengikut Mia dari belakang. Kepalanya yang tidak gatal di garu. Serba salah sebab terlupa Mia tadi semasa khusyuk dia berbual dengan Mellisa. Apabila sedar yang Mia tiada di sebelahnya. Risau dia di buatnya.

Mia masuk ke salah satu ruang bilik yang kosong. Zafran turut mengikutnya dari belakang.

"Eh nak buat apa?" Terkejut Mia apabila Zafran juga ada di dalam bilik kecil ini.

"Nak masuk juga,"

Bulat terus mata Mia, "No! Tak boleh! Duduk luar!" Tubuh Zafran di tolaknya kasar dan laju dia menutup pintu bilik.

Zafran sudah mencebik. Dia duduk di salah sofa yang ada di situ.

Mia mencuba baju yang pertama, warna hitam. Dress yang di pakai di buka dan di sangkut pada pintu. Tubuhnya yang terdedah di sarung dengan baju tidur itu.

Mia memandang cermin besar di hadapannya. Jarang sehingga menampakkan bra merahnya. Bukaan leher yang besar menonjolkan buah dadanya dan lurah dendamnya.

Teringat dia akan Zafran yang menunggunya di luar. Terdetik akal nakalnya.

"Zafran!" Panggil Mia dari dalam bilik.

"Iye sayang?"

Mia mencebik nyampah. Sayang pakcik kaulah!

Dia menghembus nafas perlahan. Mengawal rasa gemuruhnya. Lalu dengan keberanian dia ada, Mia membuka pintu.

Zafran yang tadi menunduk bermain dengan handphone mengangkat kepala apabila kedengaran pintu di buka.

Terpaku mata Zafran memandang tubuh Mia yang betul - betul mengoda tu.

Mia tersenyum sinis, "Okay tak?" Tanyanya dengan suara mengodanya. Sengaja Mia berbuat sebegini. Sebab dia masih geram pasal perempuan tadi.

Zafran sudah tertelan air liur, "Sexy.." Hampir tak terkeluar suaranya. Matanya nakal memandang tubuh Mia atas bawah. Memang kena dengan tastenya. Zafran menjilat bibir apabila matanya berhenti di bahagian dada Mia yang cantik di sebalik bra merah

"Mana lagi seksi? Perempuan tadi or sayang?" Sengaja Mia membahasakan dirinya 'sayang'.

Nafas Zafran makin tak teratur, lantas dia bangun mendekati Mia. Tubuh Mia di tolak masuk ke dalam bilik. Pintu di kunci.

"You. Always you, my sexy girl." Bisik Zafran di bibir Mia. Bibir Mia di ragutnya.

🌺🌺🌺


***

To be continue

***

TEMPT ✓Where stories live. Discover now