。 •́ ● ( 18 ) ● •̀ 。

114K 1.4K 20
                                    

🌺🌺🌺

"Zafran! Bangunlah dah pagi dah ni!! Tak nak pergi sekolah ke? Wake up!" Pagi lagi Mia sudah memulakan sesi bebelannya, yelah dah lambat kot, dia lagi boleh membuta aih.

Zafran sudah terganggu dengan bebelan Mia, "Sayang ni, kacaulah," Zafran menepis jari Mia yang bermain di mukanya.

Mia mencebik, main tepis - tepis pula!

"Bangun sekarang juga," Mia menarik selimutnya pula dan dengan pantas Zafran menahan selimutnya. Mia sudah ketawa jahat dalam hatinya, tahu takut.

"Sayang jangan tarikkk..." 

Ada saya kisah ke wahai encik Zafran.

"No, baby bangun sekarang juga!" Makin galak Mia menarik selimut Zafran.

"Sayang janganlah, baby tak pakai apa-apa ni. Malulah,"

Terlepas terus ketawa Mia, sejak bila pula Zafran jadi pemalu ni? Wujud pula dalam kamus hidup dia.

"Then bangunlah!" 

Zafran mendengus lalu bangun dari tidurnya dengan muka mamainya, dia memandang Mia tajam.

"Sayang ni kacaulah,"

Mia menjelir lidah pada Zafran. Jam sudah menunjukkan pukul 6:20 pagi. Zafran sudah melangkah masuk ke dalam bilik air. Cepat-cepat Mia menyiapkan dirinya.

10 minit kemudian Zafran keluar dari bilik air dengan hanya bertuala. Mia menjeling sekilas. Seksi pula mamat ni.

"Hari ni saya pergi sekolah dengan papa tau," Kata Mia sambil membetulkan rambutnya.

Terhenti pergerakkan Zafran yang baru ingin mengambil pakaian, "Sayang.." Zafran menunjukkan riak simpati.

Mia mendekati Zafran, "Kita dah bincangkan?" Dada Zafran yang berbalut single di usapnya.

Zafran merenung mata Mia kemudian terbit keluhannya.

"Ok sayang, faham."

"Thank you, saya turun dulu eh?" Balas Mia sambil mengucup dada Zafran sekilas.

🌺🌺🌺

"Mia?" 

Terhenti perjalanan Mia apabila ada yang menegurnya.

"Am? Eh sorry cikgu Ammar," Tersasul pula, Mia mengaru kepalanya yang tidak gatal.

Ammar tersenyum melihat gelagat Mia, "Mia nak pergi mana? Ponteng kelas ke?" Usik Ammar

Terbuntang mata Mia mendengarnya, aku ponteng kelas?

"Mana ada.. Saya selaku pelajar yang baik, cun pula tu. Tak akan nak ponteng pula kan?" Wu perasan lebih kau ni.

Ammar ketawa kecil, "Then? Nak pergi mana ni?"

Belum sempat Mia mahu menjawab soalan Ammar, tetiba ada seseorang yang berdehem di belakangnya. Mia menoleh, er Zafran? Terkedu Mia sekejap.

"Ada apa ni?" Zafran merenung Mia tajam seolah memberi amaran kepadanya.

"Ha?" Tiba - tiba Mia terasa suasana sekelilingnya bahang, rasa panas pula.

Mia kembali memandang Ammar di hadapannya, "Er maafnya cikgu, sebenarnya saya dah janji dengan Zaf.. Eh cikgu Zafran, dia nak ajar saya addmath.. Haa addmath!" Laju saja Mia mencipta alasan dan memetik nama Zafran. Nasib kau lah Zafran!

Ammar termangu mendengar jawapan Mia. Zafran di belakang menahan senyumnya. Rasa comel pula situasi sekarang ni.

"Saya minta izin dulu ya," Laju Mia bergerak meninggalkan mereka berdua. Dia berjalan melintasi Ammar dan sekejap..

Mia behenti di belakang Ammar. Zafran yang memerhatikan Mia mula berkerut dahinya. Perlahan Mia memusingkan tubuhnya dan memandang Zafran yang turut sedang memandangnya. Ammar langsung tidak perasan Mia di belakangnya.

Dengan gediknya, Mia mengenyit matanya dan menghadiahkan flying kiss kepada Zafran. Nakal! Bulat mata Zafran melihat keletah isterinya itu. Ya allah.. Nakal tak bertempat budak kecil ni.

Zafran menghantar permergian Mia dengan matanya kemudian baru dia menghadap Ammar yang berada di hadapannya. 

"Apa hubungan kau dengan Mia?" Ammar memandang Zafran tajam. Dahulunya kawan, kini musuh.

Terjongket kening Zafran mendengarnya, bibirnya mengukir senyuman sinis.

"Kau nak dengar jawapan apa?"

Ammar merengus, "Kau jangan nak berdalih dengan aku Zafran. Aku dah lama simpan dendam terhadap kau!" Keras suara Ammar bertutur namun sikit pun tidak mengetarkan Zafran.

Malah Zafran makin mengapikan Ammar, "Pendendam juga kau ni kan? Bahaya pula aku rasa,"

"Kau yang buat aku macam ni Zafran. Kau penghancur hubungan orang, orang macam kau tak layak hidup. Pembunuh macam kau layak mati je!

Zafran menahan amarahnya, urat tegang muncul di lehernya.

"Mulut kau jaga sikit. Kau tak tahu apa-apa. Bukan aku yang bunuh Alia! Kau yang bodoh simpan dendam tanpa sebab, tanpa dengan penjelasan dari aku!" Dan terus Zafran meninggalkan Ammar. 

Ammar mengetap bibirnya, tangannya mengenggam penumbuk. Kau tunggu Zafran.

🌺🌺🌺

Perlahan-lahan Zafran menolak pintu perpustakaan. Kelihatan sunyi saja menandakan tiada siapa. Memanglah tak ada sesiapa, sebab sekarang ni waktu belajar kebanyakkannya semua ada di dalam kelas. Mia saja yang suka merayau.

Zafran mencari kelibat Mia namun langsung tak kelihatan. Betul ke budak kecil ni pergi library?

Kakinya berjalan sehingga ke hujung library dan kelihatan susuk tubuh Mia yang keseorangan di sudut meja yang agak tersorok tempatnya.

"Sayang?" 

Mia mengangkat wajahnya apabila terdengar suara Zafran memanggilnya. Zafran menarik kerusi di sebelah Mia.

"Tak takut ke duduk sorang?" Zafran mengusik Mia.

"Buat apa nak takut? Baby kan ada," Mia membalas usikan Zafran sambil mengangkat keningnya.

"So kiranya, saya ni hero awak lah?" Kata Zafran dengan bangganya sambil menolak rambutnya yang menutup dahinya ke belakang.

Mia mengganguk laju, "Aah my hero. So kalau ada 'benda' datang confirm dia lari lepas tengok muka baby," Mia menahan gelak apabila melihat muka masam Zafran.

"Sayang nak cakap yang baby lagi hodoh dari hantu ke? Baby hensem kot. Entah-entah nanti hantu tu yang lari tengok muka baby yang hensem ni,"

Mia sudah mencebik apabila Zafran mula memuji dirinya sendiri.

"Perasan je baby. Ni, tak ada kelas ke?"

Zafran menggeleng, "Nope! i'm free today,"

Mia mengherot bibirnya, "Murahnya.." Mood mahu mengusik kembali.

"Apa yang murah?"

"Awak lah. Free, so saya boleh dapatkan awak dengan free je," Dan terus terlepas ketawa kecil Mia.

"Uhh sayang main-main ya?" Zafran mencubit pipi Mia geram.

"Zafran, sakitlahh.." Mia mengosok pipinya yang kemerahan. 

Nakal lagi, padan muka.

🌺🌺🌺

TEMPT ✓Where stories live. Discover now