TIGA PULUH TUJUH - Kebenaran.

Începe de la început
                                    

" Kalau tentang masa lalu Asya, boleh abang ceritakan dari mula hingga akhir? " soal Rasya lagi.



Firash menghela nafas panjang. Hari ini betul-betul hari yang mencabar buatnya.
" Sayang please. Past is past. Jangan di ingat benda yang dah lepas. Yang buruk kita lupakan. Kita ingat yang sekarang je okey ? "



" Kenapa bila bercakap tentang masa lalu Asya je semua orang nak mengelak ? Buruk sangat ke masa lalu Asya ? Apa yang korang cuba rahsia kan pada Asya ?! " Rasya mula naik berang. Dia betul-betul mahu tahu tentang masa lalunya. Apa yang berlaku sampaikan semua orang mengelak bila ditanya hal itu.



" Sayang, tak perlu untuk sayang ingat semua tu. Abang mohon sayang jangan tanya pasal tu lagi. Abang taknak sayang tertekan dengan semua ni. " Firash cuma menenangkan Rasya.


" Semua orang berteka-teki dengan Asya, Asya lagi tertekan. " Kata Rasya . Dia mendengus geram.


" Okey fine. Sayang nak tahu apa ? " Mahu tidak mahu Firash terpaksa mengalah. Mungkin sudah tiba masanya untuk Rasya tahu segalanya.



" Tell me everything. Asya nak tahu semuanya dari A sampai Z . " jawab Rasya, pantas. Memang dia nak tahu sangat-sangat. Dia rasa memang banyak yang tak kena.



" Baik. Dulu Asya pernah mengalami kemalangan. Kemalangan kebakaran. Tempat yang abang cakapkan pada Asya itulah tempat berlakunya kemalangan tu. Tapi alhamdulillah sayang selamat cuma sayang amnesia. Sayang tak ingat abang. Abang lah hero sayang tau. Sampai hati sayang boleh lupakan hero sayang ni. " Ujar Firash lalu dia tergelak kecil. Rasya pula sekadar tersenyum kecil. Tak sangka suaminya heronya dari kecil.



" Itu je ke sampai korang semua terlalu berahsia dengan Asya ? " soal Rasya. Firash menggeleng kecil.


" Ada sesuatu yang membuatkan kitorang semua harus berahsia pada sayang... "



" Apa dia ? " Wajah Rasya betul-betul ingin tahu. Firash terdiam seketika. Rasya pula masih setia menanti apa yang Firash mahu katakan.


Firash memandang wajah Rasya lama. Dia tidak pasti apa reaksi Rasya kalau tahu tentang ini. Dalam hati dia berdoa semoga tidak ada benda buruk yang berlaku.


" Mama bukan mama kandung sayang... " Ujar Firash perlahan. Rasya terdiam. Dia cuba menghadam satu persatu perkataan yang suaminya katakan tadi. Selepas lima minit, dia terus berdiri dan kepalanya digeleng-gelengkan beberapa kali.



" No ! Abang tipu. Please cakap abang tipu Asya. " Tubir mata Rasya sudah mula panas. Mahu saja dia menjerit sekuat hati. Wajah Rasya saat ini betul-betul terkejut


Firash berdiri di hadapan Rasya sambil kepalanya digelengkan beberapa kali.
" Abang tak tipu sayang. Abang tak pernah tipu sayang dan tak mungkin abang nak tipu sayang... Dia memang bukan mama sayang. "


" Tak ! semua ni bohong... " Rasya bersungguh-sungguh menidakkan kebenaran. Rasya menganggap semua ini satu pengbohongan.



" Semua yang Firash cakapkan memang betul. Mama bukanlah mama kandung kamu sayang.... " Sampuk Puan Sri Mariam. Entah tak pasti dari mana Puan Sri Mariam muncul. Rasya terus memandang ke arah mamanya. wajah mamanya dipandang. Wajah seorang ibu yang amat dia sayangi. Seorang yang menjaganya dari kecil hingga lah sekarang walaupun sudah berkahwin.



" Kamu hasil kecurangan daddy..... " Sambung Puan Sri Mariam. Puan Sri Mariam sedaya-upaya menahan dari tidak menangis.


Kali ini paling mengejutkan bila Rasya mendapat tahu dia adalah hasil kecurangan daddynya. Adakah bermaksud dia adalah anak luar nikah?

Rasya terduduk di rumput-rumput hijau. Dia menangis semahu-mahunya. Sungguh dia berasa dirinya ini sangat jijik jika dia adalah anak luar nikah. Dia langsung tidak dapat menerima semua ini.


" Semua orang tipu Asya. Asya anak mama dengan daddy. Mama Asya hanya sorang saja iaitu Puan Sri Mariam. " Kata Rasya dalam esakan. Firash datang dekat pada isterinya. Tubuh isterinya didakap erat.


" Sayang, takde siapa tipu sayang. Sayang kena kuat bila tahu kebenaran. Jangan macam ni. Abang taknak sayang sakit. " Kalau minggu lalu Rasya memujuk Firash, Kali ini Firash pula yang harus memujuk Rasya.


" Kenapa mesti Asya ? Kenapa Asya abang ? " berkali-kali soalan itu diajukan .


" Allah uji sayang itu tandanya dia sayang sangat-sangat pada sayang. Sayang kena terima semua ni. Sayang juga kena bersyukur. Walaupun mama bukan mama kandung sayang, tapi dia tetap jaga sayang sepenuh hati dia. Sayang kena redha. Kalau abang kuat, takkan sayang tak kuat kan ? " Belakang badan Rasya diusap perlahan. Rasya menangis sepuas-puasnya di dalam pelukan suaminya. Kata-kata suaminya betul-betul menyentuh hatinya. Makin sedih dia di buatnya.


Tubuh suaminya di tolak tiba-tiba. Pelukan terlerai dan Firash terduduk di rumput. Firash sekadar memandang Rasya yang sudah berlari masuk ke dalam rumah. Kedengaran pintu bilik di hempas dengan kuat. Firash menguak rambutnya kebelakang. Sangat-sangat buntu sekarang ini.



" Biarkan dia. Berikan dia masa, lama-lama dia mesti dapat terima juga. Dari kecil dia memang tak boleh terima semua ni. Mama dah penat simpan semua ni dari dia. Sekarang kamu dah tak terasa beban simpan rahsia keluarga ni. " ujar Puan Sri Mariam dengan suara sedikit mundur.



Firash memandang Puan Sri Mariam. Seperti tidak percaya ayat itu terkeluar dari mulut Puan Sri Mariam.
" Kenapa baru sekarang mama nak redhakan hati mama beritahu dia ma? Kenapa bukan masa Asya amnesia dulu? "



" Mama masuk dulu... " Puan Sri Mariam terus beredar. Firash memanggil Puan Sri Mariam berkali-kali tetapi panggilan itu tidak di sahut.



Firash menarik nafas panjang. Dia harus bertenang dan bersabar sekarang ini. Ya dia memang harus memberikan Rasya masa. Sebentar lagi dia akan memujuk isterinya itu.


•••••




PROMOTE STORY;

nuhahisham - Love story

Suami Sementara © ✔️Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum