Part 33

956 37 19
                                    

"I will kill you"

Kat mengambil kotak kosong lalu diletakkan di atas katilnya. Frame gambar kahwin dipegang lalu diusap. Semua frame yang berkaitan dengan Danial di letakkan ke dalam kotak tersebut. Sudah tiba masanya untuk melupakan Danial dan merelakan kepergiannya. Afiqah memulas rombol pintu lalu melabuhkan punggungnya di birai katil.

"Kau buat apa dengan semua nie Kat?" Soal Afiqah melihat frame di dalam kotak.

"Aku nak simpan dalam loteng. Sudah tiba masanya aku merelakan dia pergi" kata Kat.

"Betul kau dah bersedia?" Soal Afiqah separuh yakin.

"Betul Afiqah" ujar Kat.

"Alhamdulillah kalau kau dah relakan dia pergi. Aku dengan Syaf nak keluar sekejap nie. Kau nak pesan apa-apa tak" tanya Afiqah.

"Tak ada apa" balas Kat.

"Ha okay lah. Aku gerak dulu. Jaga diri" nasihat Afiqah lalu menuruni tangga.

***

Nial dan Bella kini sudah tiba di lapangan terbang Sydney Australia. Nial menggegam tangan Bella.

"Dah bersedia jumpa mummy" soal Nial kepada Bella. Bella memegang pipi Nial lalu mengangguk.

"Here we go" kata Nial. Bella dan Nial melelapkan mata di atas flight. Perjalanan masih lagi jauh.

"Excuse me sir. Orange juice or coke?" Soal pramugari tersebut.

"2 orange juice" kata Nial. Pramugari itu mengganguk lalu pergi.

"Bella tidur dulu. Nanti sampai abang kejutkan" kata Nial. Bella mengiyakan sahaja lalu melentokkan kepalanya di bahu Nial.

***

Kat yang sedang khusyuk mengemas terdengar bunyi pecah kaca di bawah. Kat menghampiri tangganya untuk melihat. Tapi tiada apa. Terus dia melakukan kerjanya kembali. Sekali lagi Kat terdengar bunyi pecah.

"Takkan Afiqah dah balik kot" kata Kat. Frame diletakkan di dalam kotak.

"Afiqah!" Jerit Kat.

Tiada sahutan.

Kat berjalan menuruni tangga dengan berhati-hati. Dilihatnya kiri dan kanan. Baru sahaja langkahnya ingin naik semula terus tangannya ditarik seseorang. Kat terjatuh dari tangga lalu darah berlumuran di tangga. Lelaki yang menariknya itu terus mengeluarkan telefon lalu menelefon seseorang.

"Hello boss saya dah buat kerja yang boss suruh" kata lelaki itu.

"Bagus. Kau datang sini ambik bayaran kau" ujar boss lelaki itu di hujung talian.

Lelaki itu menutup telefonnya. Lelaki itu duduk bercangkung di hadapan kepala Kat. Rambut Kat diselak. Pisau lipat dibuka oleh lelaki itu lalu dia menoreh muka Kat.

"Arghh" jerit Kat kesakitan.

"Tu lah sayang muka dah lawa tapi tipu orang! Haih kesian aku tengok kau! Yang Kali jangan main dengan api yang marak" terus lelaki itu meninggalkan Kat. Penglihatan Kat semakin kabur dan akhirnya menjadi gelap.

***

"Bella..oo Bella bangun sayang" kejut Nial kepada Bella. Bella menggosok matanya lalu mengeliat.

"Sampai dah ka abang" soal Bella.

"Dah sayang. Jom cepat" kata Nial. Bella dan Nial turun dari flight. Teksi ditahan oleh mereka.

"Pak cik hantar kitorang dekat Damansara" kata Nial kepada pak cik teksi itu.

"Baiklah nak" balas pak cik itu.

Last LoveWhere stories live. Discover now