Epilog (mana tamat lagi)

2.1K 53 8
                                    

"Find your mum"

Sudah setahun Kat pergi meninggalkan Danial dan Nial. Kini Nial sudah meningkat dewasa. SPM akan dihadapinya tidak lama lagi. Kenangan Nial bersama arwah Kat masih tidak dapat dilupakan.

"Ehh Nial kau tak boleh macam ni. SPM dah nak dekat. Aku nak kau berjaya. Confirm mummy kau pun tak suka tengok kau macam ni" ujar Nazril a.k.a kawan sehidup semati Nial.

"Aku tak boleh Naz. Aku terlalu rindukan mummy aku" jawab Nial.

"Kau kena kuat kau doakan mummy kau. Kalau tak nanti mummy kau sedih" ujar Nazril lagi.

"Aku cuba okey. Dah la jom balik daddy aku dah sampai tu" jawab Nial. Mencapai beg galasnya.

Nial berlari menuju ke arah kereta Danial. Pintu kereta dibukanya. Segera Nial memasuki kereta dan menyalami Danial. Danial kurang sihat dan asyik batuk darah.

"Daddy okey?" Tanya Nial melihat Danial.

"Okey. Daddy penat sikit ja" jawab Danial selamba. Kereta dihidupnya segera Danial memandu dan menuju ke rumah. Setibanya di rumah Nial terus berlari ke atas. Badannya dibilas Nial memakai T-shirt lilo stitch bersama seluar pendek. Nial segera menuju ke meja untuk makan tengah hari.

"Daddy nak cakap sikit boleh" tanya Danial lauk daging dicedok ke dalam pinggan Nial.

"Apa dia daddy?" Nial menghirup minumannya.

"Nanti kalau daddy tak ada Nial jaga diri okay. Nial usaha dan belajar elok-elok. Daddy sayang Nial" jawab Danial.

"Daddy jangan tinggalkan Nial. Semua dah tinggalkan Nial kenapa daddy pun nak tinggalkan Nial" rungut Nial.

"Daddy dah tua. Bila tiba sahaja masa Allah akan cabut nyawa daddy" terang Danial lagi.

Nial sekadar diam sahaja. Suapan diteruskan olehnya. Langsung tidak menghiraukan Danial.

***
Danial mengangkat wuduknya setelah terjaga dari tidur. Jam menunjukkan pukul 3:30 pagi. Sejadah dibentang olehnya. Danial menunaikan solat tahjud pada sebelah malam. Selesai sahaja solat Danial terus berdoa kepada Allah.

"Ya Allah ya tuhanku ampunkanlah dosa ku. Lindungi Nial setelah ketiadaan aku. Kau kurniakanlah Nial kejayaan. Kau ampunkan lah dosa dia ya Allah. Ya Allah sesungguhnya aku sebagai hamba mu tidak akan hidup lama. Aku tahu aku akan pergi meninggalkan dirinya. Kau cucurilah rahmat ke atas Nial ya Allah. Aku tak mahu dia bersedih. Ampunkanlah semua perbuatannya. Kau tariklah nyawa aku sekarang. Agar aku dapat berjumpa dengan Katrina di sana. Amin" Danial mengaminkan doanya.

Danial terus rebah di atas sejadah. Matanya terus dikatup buat selama-lamanya. Kini semua telah pun meninggalkan Danial.

***

Nial menggosok matanya yang kuyu lagi. Comforter ditariknya kaki Nial terus memijak lantai. Satu persatu tangga dituruninya. Nial melihat sarapan masih tidak tersedia. Selalunya daddy dah buat sarapan. Nial terus mendaki tangga. Pintu bilik Danial dibuka. Terkejut Nial melihat Danial terbaring atas sejadah. Nial terus mendapatkan Danial. Nadi Danial dicek olehnya.

"Daddy...ke...kenapa...buat..Nial ma...macam ni" Nial menangis teresak. Sampul surat ditangan Danial diambilnya. Isi sampul dibaca Nial.

Nial,

Kalau Nial baca surat ni maksudnya daddy dah pergi jumpa mummy. Firstly, daddy minta maaf sebab tinggalkan Nial. Daddy terlalu rindukan mummy. Allah pun sayangkan daddy. Daddy nak bagi tahu mummy dulu tempuh banyak dugaan. Daddy dengan mummy tak sanggup nak lihat Nial sedih. Daddy nak Nial berlajar. SPM Nial dah dekat buat yang terbaik. Banggakan mummy dengan daddy. Nanti daddy kirim salam dekat tok ma dan yang lain. Mummy sebenarnya hidap kanser. Tapi daddy tak sanggup nak khabarkan dekat Nial. Daddy sayang Nial. Selama ni daddy banyak sakit sebab doktor cakap daddy tak banyak makan. Daddy minta maaf sekali lagi sebab pergi dahulu.

Last LoveWhere stories live. Discover now