BAB 4 K.A.I [KERANA AKU ISTERIMU]

Start from the beginning
                                    

Kita orang sambung makan balik dan seperti biasa, senyap bisu krik krik macam tadi jugalah. Aku rasa kalau dia ni makan dengan orang yang tak tahan dengan suasana senyap, mesti pengsan terus orang tu. Nasib baik jugalah aku ni jenis dah biasa dengan spisis-spisis manusia senyap macam ni. Nak-nak lagi masa makan, sebab ayah dengan ibu sendiri pun marah kalau aku bercakap masa makan. So, i've no issue here.

Tapi kalau dengan Hannah tu, aku tak berani nak cakap yang aku akan senyap bila kami makan sekali dan semeja. Hannah tu dahlah kepala gila-gila, ada aje benda yang nak keluar dari mulut dia. Nak-nak lagi bila tengah makan. Aku pun hairan, masa makan itulah banyak yang dia bebelkan. Masa biasa-biasa tak ada pula nak keluar bebelan mak nenek dia itu.

Alhamdulillah, licin juga makanan yang banyak melampau tadi. Itu pun Izham yang tolong habiskan semuanya sebab aku dah awal-awal dengan mengadanya cakap dekat dia yang aku memang tak larat nak habiskan yang lain-lain. Dia cool aje habiskan semua tu. Kesian kat aku kut. Atau dah malas nak dengar aku mengadu tak larat nak habiskan. Ahaks.

Aku dengan dia sama-sama belek henfon masing-masing. Dia tak bangun lagi dari meja tu, aku pun lagilah tak berapa rajin nak bangun dulu. Lagipun, aku tengah kenyang lagi ni. Tak boleh nak berjalan terus. Mahunya kena kejutan budaya perut aku nanti lepas makan terus berjalan.

"Lepas ni ada nak pergi mana-mana?" Dia bersuara lepas masing-masing macam dah nak tembus pandang telefon.

Aku geleng kepala.

"Tak ada." Aku pandang jam di pergelangan tangan kiri aku. Dah pukul 9.30 malam.

"Dah lewat dah ni. Saya tak nak sampai lewat dekat asrama, nanti pak guard banyak soal." Tambah-tambah lagi kalau aku keluar dengan lelaki. Dahlah Izham ni pakai kereta tahap gempaklah jugakan? So, tahap peratusan pak guard tu nak syak benda buruk-buruk kat aku tu memanglah tinggi walaupun aku tahu pak guard tu baik. Tapi siapa yang tak pandang serongkan kalau keluar berdua dengan lelaki, malam pula tu. Walaupun kita cakap kita tak buat benda yang tak elok, tapi biasalah, mulut manusia. Bukan kita boleh jangka pun.

Ni kali pertama aku keluar dengan lelaki malam-malam. Selama ni aku dengan Faiz pun setakat jumpa kat kafe aje. Aku tak tahulah kenapa aku berani sangat nak keluar dengan Izham malam ni. Sebab aku rasa dia tak akan buat benda bukan-bukan kat aku kut. Abang Amar baik aje kan. Takkanlah kawan dia ni jahat pula. Manusia Una, manusia. Rambut sama hitam tapi hati lain-lain.

"Jom." Izham dah berdiri tepi aku.

Eh? Tadi bukan dia depan aku ke? Aku jongket kening.

"Pergi mana?"

Dia gelak.

"Balik. Kuat sangat berangan ni. Dari tadi lagi saya panggil awak senyap aje. Saya dah siap-siap pergi bayar dekat kaunter pun awak tak sedar lagi."

Aku sengih. Malu.

"Mana ada." Dah terang tak payah nak bersuluh bagai Una, lagi tak nak mengaku.

"Come."

Aku berjalan ikut Izham dari belakang.

"Kenapa boleh stres dan kenapa sampai menangis? It's happened in one day. Are you sure you're okay?" Izham tanya aku lepas kami sama-sama masuk kereta.

Aku angguk. Maniskan muka. Senyum plastik.

"Okey aje." Walaupun aku tak okey sebenarnya.

"Nadiah Husna...." Dia panggil aku.

Aku terkejut.

"Mana awak tahu nama penuh saya?" Aku pandang dia.

"Hannah dengan Amar." Dia jawab. Aku angguk. Sepatutnya aku tak payah tanya sebab memang dah ada pemberi maklumat yang baik hati nak cerita pasal aku dekat Izham ni.

K.A.I [KERANA AKU ISTERIMU]Where stories live. Discover now