BAB 14 K.A.I [KERANA AKU ISTERIMU]

7.4K 184 12
                                    

Hasil daripada keputusan aku untuk terima Izham minggu lepas, Izham terus hantar rombongan. Paling tak tahannya tak sampai seminggu lepas tu dia terus hantar. Nampak sangat tak menyabarnya. Itu pun dia cakap nak kahwin dalam bulan tu juga. Nasib baik tak pengsan ibu dengar permintaan dia tu dan nasib baik juga mama dan papa dia minta dia bertahan selama sebulan.

Pujuk punya pujuk, nasib baik juga dia setuju. Buatnya dia tak setuju, tetap berkeras dengan tarikh yang dia nak tu juga, bukan ke haru biru jadinya nanti. Dahlah Izham ni perangai dia bukan boleh jangka sangat.

Pejam celik, pejam celik, sebulan berlalu dan kini aku pandang aje dia yang dah sah menjadi suami aku. Sedih, sebak, terharu semua perasaan tu bercampur gaul. Gembira? Entahlah.

Mesra aje dia dengan keluarga dan saudara mara aku. Tak kekok langsung. Dengan ibu dan ayah memanglah dia tak kekok sebab dah sedia kenal. Tambahan lagi dia tu klien ayah untuk projek besar ayah yang seterusnya.

Tapi macam mana hidup aku dengan dia lepas ni? Aku sikit pun tak ada apa-apa perasaan kat dia. Suka? Mungkin, tapi hanya sebagai kawan ajelah. Tak lebih dan tak kurang. Sayang? Masha Allah sister, jauh panggang dari api. So, untuk perasaan cinta tu wujud, memang tak ada harapanlah kesimpulannya. Buat kali ke berapa entah aku mengeluh. Melepas angin dari mulut aje kerja aku sekarang ni.

Tengah elok aku ni berfikir sambil pandang dia, dia pandang aku. Mata kami bertembung. Dia senyum, aku buat-buat pandang tempat lain.

"Kalau ya pun tak sabar, ajaklah suami kau tu masuk bilik. Tak payahlah nak skodeng dia sampai macam tu sekali. Semua orang duk pandang kau orang aje dari tadi."

Huh? Aku pandang tepi. Hannah tengah tersengih-sengih pandang aku. Aku tampar bahu dia.

"Sakitlah ayam." Dia jeling aku lepas tu senyum-senyum.

Aku redhakan ajelah dia panggil aku ayam. Panggilan 'mesra' dia cakap. Konon.

"Tahu pun sakitkan? Mulut tu lain kali jaga sikit. Cakap siang pandang-pandang, cakap malam baik kau tak payah bercakap langsung." Aku terus lentokkan kepala kat bahu Hannah.

Dia gelak.

"Pemusnah peribahasa betullah kau ni. Mahu menangis orang-orang melayu lain kalau macam ni."

Aku jeling dia. Lepas tu aku peluk pinggang dia.

"Hoi minah, kalau ya pun tak sabar dari tadi lagi, pergilah peluk laki kau tu. Peluk aku buat apa? Aku suruh kau ajak dia masuk bilik kau tak nak." Aku pusing lipat maut pandang Hannah. Kurang ajar betul mulut minah ni. Tak ada insurans betul. Hafiz, bila kau nak beli insurans mulut dekat bini kau ni.

Aku pandang lelaki yang dah jadi suami aku, dia senyum aje. Sakit hati betul aku tengok senyuman dia tu. Dahlah semua orang tengah gelakkan aku sekarang ni. Ni semua Hannah Damiya bini kesayangan Hafiz punya pasal. Tak reti nak sound orang senyap-senyap betul. Ada ke dia sound aku sampai satu rumah boleh dengar. Aku rasa orang kat tingkat atas pun boleh dengar lagi. Tak payah tunggu tingkat atas, tanya anak ayam kat reban belakang rumah tu, aku rasa dia orang pun akan gelakkan aku berjemaah.

Aku cubit lengan Hannah.

"Sakitlah." Dia buat muka kesian. Tak kesian langsung aku tengok muka kau tu. Rasa nak tampar-tampar aje sampai bisu. Aku jeling dia.

Dia gelak lagi.

"Janganlah marah sayang." Dia peluk aku.

"Lepas ni mesti susah dah kan nak peluk kau. Nanti ada orang lain dah peluk kau." Mengada betul aku dengar ayat Hannah ni. Begini agaknya mulut orang yang dah kahwin. Jangan berjangkit dekat aku sudah.

K.A.I [KERANA AKU ISTERIMU]Where stories live. Discover now