BAB 15 K.A.I [KERANA AKU ISTERIMU]

7.7K 190 12
                                    


Aku sedar-sedar aje dah Subuh. Aku nak bangun pergi bilik air, nak ambil wudhu'. Tapi masa aku nak angkat tangan dia tu makin kuat dia peluk aku. Dia ni tidur ke tak sebenarnya ni? Was-was pula aku dengan dia ni.

Aku cuba balik usaha 'murni' aku nak angkat tangan dia tu, tapi macam biasalah. Fai to the Led. Failed!

"Awak, lepaslah. Saya nak ambil wudhu' ni." Okey, aku cubalah cara 'saya cakap elok-elok dengan awak', mana tahu berhasil. Tapi cheesecake basi punya Izham. Pejal aje dia.

Okey, ni cara terakhir. Kalau dia tak lepas juga, memang aku sebulat suara nak tendang terus dia sampai jatuh katil.

"Abang, lepaslah. Una nak bangun ambil wudhu' ni. Nanti terlepas Subuh pula." Dengan gemalai ikan gelamanya aku cakap kat dia.

Aku tak nak nanti jadi Subuh gajah. Aku ingat lagi apa yang arwah atuk selalu nasihat kat aku. 'Antara tanda kesungguhan kita mahu berjuang untuk Islam adalah dengan menjaga solat Subuh di pagi hari.'

Terus dia lepaskan pelukan. Dia buka mata senyum pandang aku lepas tu dia cium pipi aku.

"Morning sayang!" Lepas tu dia terus blah masuk bilik air macam tu aje. Kurang asam gelugur betul dia ni. Dia gelak. Aku jeling aje dia.

Lepas dia keluar bilik air, aku terus jalan tak pandang dia langsung.

"Sayang, jangan lama-lama tau. Kita jemaah." Izham cakap kat aku.

"Emmm..." Tu ajelah yang mampu keluar dari mulut aku sekarang ni.

Selesai solat, aku salam dia. Dia cium dahi aku lepas tu cium kedua-dua belah pipi aku. Aku pasrah ajelah. Nak melawankan, nanti lain pula yang jadi.

Aku dengan dia sama-sama tak tidur lepas solat Subuh tadi. Aku memang jenis yang tak suka tidur lepas Subuh. Pendek kata, bila air kena muka aku, memang aku takkan tidur. Izham ni aku tak tahulah dia memang jenis tak tidur lepas Subuh atau hari ni aje. Baru hidup sekali pun aku dah buruk sangka dekat dia. Jahat betul aku ni.

Aku duduk balik atas katil sambil belek-belek novel. Izham pula tengah belek henfon dekat sofa depan aku ni.

Disebabkan aku kahwin masa tengah cuti semester, jadi aku memang tak ada kerja lain selain 'mereput' sepanjang cuti.

Sekarang ni memang segala benda keluar dari kepala otak aku. Macam mana aku nak belajar sayangkan dia sebagaimana yang dia minta masa aku setuju terima dia dalam hidup aku. Mampu ke aku nak bertahan seumur hidup dengan dia? Tengah syok aku tenung dia, dia pandang aku. Mata kami bertembung. Aku terus buat-buat baca novel balik. Faham tak perasaan malu dan that awkward moment when you're in super deep thought, then three minutes later you realize that you've been staring at someone directly?

Aku curi-curi pandang dia dari celah novel aku. Dia masih lagi pandang henfon dia sambil senyum. Aku perhatikan aje apa yang dia tengah buat tu.

"Anything to share sayang?" Dia tanya aku tapi mata dia masih lagi pandang henfon dia tu.

Huh? Dia tahu ke aku tengah pandang dia? Takut pula aku dengan manusia ni sorang. Aku senyap. Tak jawab pun soalan dia tu.

Izham terus datang kat aku. Aku dah gelabah ayam ni.

"Nak apa?" Keluar tak keluar aje suara aku sekarang ni.

"Kenapa pandang abang tadi?" Dia terus duduk bersandar dekat kepala katil tepi aku.

"Pandang pun tak boleh ke? Tak luak pun muka awak tu kalau saya pandang." Jawapan paling safe aku bagi. Kalau aku jawab 'mana ada saya pandang awak' nantikan ada aje perdebatan 'dunia' yang jadi lepas ni.

K.A.I [KERANA AKU ISTERIMU]Where stories live. Discover now