BAB 7 K.A.I [KERANA AKU ISTERIMU]

6.5K 179 6
                                    

Hampir sebulan peristiwa 'tragis' hubungan aku dengan Faiz putus tu, hampir sebulan itu jugalah aku tak nampak bayang-bayang Faiz. Aku dah malas nak fikir apa-apa. Dia yang putuskan hubungan kami, buat apa lagi aku nak terhegeh-hegeh terkejarkan dia? Memang itu yang aku nak dari dulu lagikan? So, just enjoy it Una.

Selama sebulan itu jugalah Izham ada dengan aku. Dia yang tolong bagi semangat dekat aku. Bagi semangat bagai, gaya macamlah aku ni sedih sangat. Memanglah sedih, tapi tak ada lah sangat tu.

"Nad, jadikan pelan esok?" Hannah terus datang menyandar dekat belakang aku.

"Mestilah jadi. Gila kau tak jadi, mahal kut tiket beli tu." Buatnya tak jadi, memang menangis air mata darahlah aku.

Sebenarnya esok mula cuti seminggu. Si Hannah ni awal bulan lagi ajak aku pergi Krabi. Nak release tension sebelum final exam katanya. Hafiz pun dipaksanya sekali untuk ikut. Abang Amar pun sama dan bila abang Amar ikut, 'kawan baik' dia pun tak dikecualikanlah.

"Tak sabarnya aku." Terkejut beruk aku dengar si Hannah ni menjerit kuat.

"Agak-agaklah weh kut ye excited pun." Aku cubit lengan dia.

"Aduh." Dia gosok-gosok lengan dia lepas tu garu kepala dia yang tak gatal. Tahu pun salah.

Aku zip beg besar yang aku nak bawa esok. Tak adalah besar mana, cukup-cukup untuk tampung sepanjang lima hari aku dekat sana. Tak boleh nak pergi lama-lama, takut nanti sangkut dekat Mario Maurer dekat sana. Dahlah orang-orang sana semuanya kacak tahap namatey!

"Barang-barang kau semua dah siap kemas?"

Hannah anggukkan kepala.

"Good." Kalau tak memang aku lah yang kena kemaskan barang-barang dia nanti. Hannah ni dahlah pemalas tahap Masha Allah. Nasib baik bila dengan Hafiz, tahap kerajinan dia tu terus naik. Nak cover gelaran isteri mithalilah kononnya depan Hafiz tu. Teruk betul perangai. Nasiblah kau Hannah, asalkan kau bahagia, aku pun tumpang bahagia juga untuk kau.

"Abang Izham called aku tadi."

Aku pandang Hannah yang tengah buka kulit coklat Hershey sekarang ni.

"Dia tak call aku pun." Kau dah kenapa Una? Kecewa ke?

Hannah angkat kepala pandang aku lepas tu tayang sengih jahat.

"Cemburu ke?" Dia main-mainkan kening dia.

"Memang taklah." Aku terus baling bantal dekat dia dan seperti biasa, dia bijak mengelak.

Dia gelak-gelakkan aku. Kurang asam jawa betul kawan aku ni.

"Alah, bukan dia yang telefon aku sebenarnya." Hannah pandang aku.

"Abang Amar sebenarnya yang called aku." Dia sambung lagi lepas tu terus gelak tak ingat dunia lepas tengok muka bengang aku sekarang ni.

Aku pun apa lagi. Terus pergi dekat dia lepas tu 'gusti' dia hidup-hidup.

"Ampun-ampun." Hannah dah menyerah kalah lepas tak tahan kena geletek. Aku tak pedulikan permintaan dia tu. Dah suka-suka sangat kenakan aku kan? Padan muka kau.

Telefon aku tiba-tiba berbunyi.

"Hah, tu abang Izham call dah tu. Panjang umur dia." Sempat lagi si Hannah ni.

Sebelum aku berlari dapatkan henfon aku yang tengah melalak dekat atas katil tu, sempat lagi aku bagi geletekan yang terakhir penuh padu dekat si Hannah gila ni. Mengilai minah ni jadinya. Gelak mengalahkan 'cik ponti'. Memalukan kaum wanita yang ayu seperti aku betullah Hannah ni.

Aku lihat nama pemanggil. 'Izham.'

"Betulkan dia?" Tak habis lagi Hannah ni.

Aku jongket bahu lepas tu senyum.

"Betullah tu." Hannahsenyum sinis dekat aku sambil buat gaya gedik.

K.A.I [KERANA AKU ISTERIMU]Where stories live. Discover now