BAB 13 K.A.I [KERANA AKU ISTERIMU]

6.9K 176 7
                                    


"Saya setuju."

"Come again?" Izham di talian sebelah sana nyata terkejut.

"Saya. Setuju." Sepatah-sepatah aku cakap. Kalau tak dengar lagi memang aku tak tahu nak cakap apa dah.

"Seriously?" Suara dia masih lagi meninggi. Dia ni memanglah, kalau dah terkejut tu memang tak boleh nak sorok langsung.

Mata aku beliakkan ke atas walaupun dia tak nampak.

"Iye." Aku menjawab malas.

"Thank you. So much." Teruja betul aku dengar suara dia sekarang ni. Kan aku dah cakap yang dia ni memang tak pandai nak sorokkan perasaan dia, satu persatu boleh dibaca.

"For?" Walaupun aku tahu dia berterima kasih untuk apa.

"Accepting me." Aku tahu dia di sebelah sana dah tersenyum lebar. Walaupun aku tak nampak, tapi dari nada suara dia tu pun aku dah tahu.

"Pleasure is all mine." Aku cakap ayat yang dia selalu cakap dekat aku setiap kali aku yang berterima kasih dekat dia.

Dia di sebelah sana dah tergelak.

"But..." Patut ke aku cakap? Tapi kalau tak cakap nanti dia fikir yang aku terima dia sebab aku cintakan dia.

"Hmm?"

"As you said before, at time when we were in Krabi...."

"Yeah?" Penuh sabar dia menunggu aku meneruskan ayat seterusnya. Best betul jadi dia, tenang aje setiap masa. Ini kalau aku ni, orang cakap sepatah-sepatah macam ni, memang makan pelangkung aku jugak ni.

"Awak ajak saya kahwin sebab nak lindungi saya dari Faiz kan?"

"Ha'ah."

"Dan sebab tu sa..." Tak sempat aku habiskan ayat, dia dah menyampuk dulu.

"Sebab tu awak terima saya." Tenang dia menuturkan.

"Sebab awak nak lari dari Faiz. It's okay, saya tak kisah yang penting awak sudi terima saya. After the akad, I will make you crazily in love with me. Mark my words dear." Penuh yakin dan semangat waja dia cakap. Aku gigit bibir bawah mendengar ayat dia tadi tu.

"Okay." Aku dah tak tahu nak cakap apa lagi sebenarnya.

"Okay." Dia cakap balik dekat aku.

Jeda.

Salah satu sebab yang membuatkan aku yakin untuk menerima Izham adalah lepas apa yang Hannah ceritakan dekat aku dua hari lepas.

"Macam mana eh aku nak cakap dekat kau ni Nad."

Muka Hannah yang berkerut seribu itu aku pandang pelik.

"Kau ni dah kenapa Hannah? Macam kucing hilang anak dah aku nampak." Pelik betul aku dengan Hannah ni.

"Senang cerita kau terima aje lah abang Izham yang ajak kau kahwin tu."

Huh?
"Amboi, amboi. Senangnya kau bercakap. Kalau aku terima, yang kena kahwin dengan dia tu adalah aku, bukannya kau. Paling penting sekali, yang kena hidup sebumbung dengan dia, tidur sekatil dengan dia tu nanti adalah aku." Aku tunjuk dekat diri aku.

"Bukannya kau." Kemudian ke arah diri dia.

Hannah mengeluh.

"Aku tahu itu semua. Tapi kahwin dengan abang Izham lagi baik dan lagi selamat daripada kau duk mengharapkan Faiz itu. Aku tahu kau orang dah putus, dah tak ada apa-apa hubungan tapi aku tahu yang jauh di sudut hati kau, kau masih mengharapkan dia lagi kan?" Hannah menyoal aku penuh yakin.

K.A.I [KERANA AKU ISTERIMU]Where stories live. Discover now