BAB 4 K.A.I [KERANA AKU ISTERIMU]

8.8K 205 7
                                    

Aku berjalan ke arah Izham.

"Hai." Aku senyum kat dia.

Dia senyum balik kat aku.

"Hi there too." Dia bukakan pintu untuk aku.

"Terima kasih." Aku cakap kat dia. Dia angguk.

"Nak makan kat mana ni?" Aku tanya dia lepas dia bagi signal ke kiri.

"Awak nak makan apa?" Dia pandang aku sesaat, lepas tu dia pandang depan balik. Elok sangatlah kan, soalan dijawab dengan soalan.

"Tak kisah. Awak?"

Dia angkat bahu tanda tak tahu.

"Entahlah. Saya ikut awak aje."

Sampai ke subuh ni kita orang tak makan kalau dua-dua pakat main tarik tali macam ni.

"Saya lapar nasi." Aku mengadu jugaklah kat dia walaupun hasrat hati aku ni mula-mula nak bersopanlah konon. Control ayu anak dara tak makan nasi malam-malam buta macam ni. Tapi apa boleh buat, tuntutan perut aku ni tak boleh nak tunda-tunda dah. Mahunya pengsan aku kalau tahan lapar macam ni. Aku ni dahlah sampai boleh terketar-ketar lepas tu pengsan kalau aku tahan lapar. Aku ni tak nak lah buat scene Juliet pengsan depan Romeo. Buat malu keturunan aku aje. Hahaha....

Eh, dia tu Romeo ke?

"Okey." Dia cakap sepatah lepas tu dia senyum.

"Lapar sangat ke sampai tekan-tekan perut tu?" Dia pandang aku yang tengah pegang perut.

"Sangat..." Aku cakap kat dia. Malas nak selindung-selindung dah, nanti dia banyak soal pula kalau aku tak mengaku. Dia ni bukan boleh buat kira sangat, selalu nak menang dia aje.

Izham order banyak gila makanan. Aku sampai ternganga tengok meja penuh dengan makanan.

"Ni siapa nak habiskan ni? Banyak gila kut." Aku tunjuk semua makanan yang kat meja sekarang ni. Ni yang rasa nak keluar aura membebel macam ibu ni.

"Kitalah." Senang aje dia jawab.

Aku pandang dia.

"Kita?"

Dia senyum.

"Ye lah, kita." Dia tunjuk aku dengan dia.

Aku dah cuak.

"Tapi banyak sangat ni. Mana larat nak habiskan semua."

Dia tak jawab pun. Mangai betullah dia ni. Lepas tu kita orang sama-sama makan lepas mengaminkan doa makan.

Aku dengan dia masing-masing senyap. Dia tak bunyi apa pun, aku ni lagilah tak gatal mulut nak bercakap dengan dia. Aku tilik muka dia yang tengah menunduk makan tu. Dia ni memang spisis manusia pendiam kut. Itulah yang aku perasan, sebab selama aku kenal dia, banyaknya dia senyumlah dari bercakap. Kalau dia banyak cakap pun, tak lebih dari tiga puluh patah perkataan aku rasa.

Tengah gigih aku tilik muka dia, tiba-tiba dia angkat muka. Aku dah kalut habis. Cepat-cepat aku buat-buat minum air.

Dia senyum tengok aku yang tengah kalut tu.

"Kenapa pandang saya?"

Aku beranikan diri tengok dia lepas kantoi tilik dia tadi. Tapi mata dia tu buat aku menunduk pandang meja makan balik. Sungguhlah aku tak kuat nak pandang mata tu lama-lama.

"Mana ada saya pandang awak."

Lepas tu dia geleng kepala aje sambil senyum. Tu memang reaksi cliche dia, aku pun dah boleh hafal sangat reaksi dia tu.

K.A.I [KERANA AKU ISTERIMU]Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon