BAB 9 K.A.I [KERANA AKU ISTERIMU]

6.9K 196 8
                                    

"Cepatlah."

"Tak nak."

Aku dah beliakkan mata aku. Penakut betullah dia ni.

"Dia tak makan oranglah." Tak tahu untuk kali yang ke berapa aku cuba yakinkan dia yang gajah ni tak makan orang. Gajah ni makan pisang. Tengok dia pun gajah dah tak ada selera, sahkan nak 'ngap' dia.

"Dia scary." Jawapan dia tu dah cukup untuk buat aku gelak guling-guling.

Apa punya penakutlah. Badan tough, fit. Muka siap berjambang nipis lagi tapi penakut dengan gajah. Orang bukannya suruh peluk gajah tu pun. Orang suruh sentuh aje.

"Okey, penakut." Aku terus pusing lepas cakap macam tu dekat dia.

Dia sedikit tersentak mendengar ayat aku tadi.

"Errr, wait." Dia tahan aku daripada pergi meninggalkan dia seorang dekat situ.

Abang Amar, Hafiz dengan Hannah tengah main air dekat depan sana. Memang dah tak peduli orang lain dah dia orang tu kalau dapat main air. Aku yang boleh tersesat datang tengok gajah ni pun sebab Izham yang heret aku datang sini. Alih-alih dia sendiri yang takut dengan binatang ni.

Aku pusingkan badan menghadap Izham. Tangan aku silangkan, kening aku angkat.

"I will touch, him?" Izham pandang aku lepas tu pandang penjaga gajah dekat sebelah.

"Her." Sepatah lelaki warga tempatan berkata.

Oh, gajah betina rupanya.

"Okay, a girl." Izham terus senyum

Aku jengilkan biji mata pandang dia. Tahu gajah betina, terus hilang rasa takut dia tu. Gatal betullah dia ni. Dengan binatang pun nak buat kira.

Tangan dia angkat perlahan untuk menyentuh badan gajah tu. Nampak gayanya dia tetap menggigil. Tak kiralah gajah betina pun, kalau dah namanya penakut, memang dasar penakut selamanya.

"Go darling, go darling." Aku terus bersorak nak bagi kata semangat. Perkataan 'darling' tu aku sengaja pakai sebab nak sogok semangat dia tu. Jangan duk tunjuk lemah sangat dekat sini. Malu haih perempuan-perempuan duk tengok. Muka hensem tapi penakut gajah.

Izham yang nyata terkejut dengan panggilan ayang aku gunakan tadi terus pandang aku tak berkelip. Tanpa dia sedar, tangan dia dah melekap dekat badan gajah tersebut. Lama.

"Boleh pun buat. That's my boy." Aku cakap dekat dia lepas lama dia pandang aku tak berkelip.

Dia yang macam baru tersedar terus menggigil lepas sedar yang dia dah sentuh gajah. Dia terus berlari datang dekat aku dengan muka senyum yang takut-takut. Trauma mungkin? Lawak betullah dia ni.

"I did it." Muka dia teruja tahap Masha Allah. Kalah muka budak kecil teruja lepas kena puji sebab dapat lukis rumah yang ada bukit dengan matahari dekat celah-celah bukit tu.

Aku senyum aje dekat dia.

"Pujilah." Dia tayang muka tak puas hati.

Ya Allah lapar pujian betul dia ni.

"Good boy." Aku terus puji dia, malas nak bertikam lidah lama-lama hanya sebab tak puji dia. Dia ni bukan boleh buat kira sangat. Perangai susah nak jangka.

Lepas tu senyum tak lekang dari bibir dia. Aku curi-curi pandang dia yang berjalan dekat sebelah aku. Kena puji macam tu pun dah senyum meleret. Senang betul nak jaga dia ni.

"Hensem sangat ke saya ni?" Pandangan dia masih menghala ke depan.

Aku terus alihkan pandangan. Sedar yang aku dah terlebih lama tatap sisi muka dia.

K.A.I [KERANA AKU ISTERIMU]Where stories live. Discover now