RANDOM TEASER OF K.A.I [KERANA AKU ISTERIMU] #PART 4

5.9K 101 2
                                    

Salam Alaik, next update for #randomteaserofKAI

🙌🙌🙌🙌🙌🙌🙌🙌🙌🙌🙌🙌🙌🙌🙌🙌🙌🙌

"Faiz sihat?" Aku buka mulut tanya dia sebab dah tak tahan sangat senyap dari tadi lagi. The silence is too loud beb.

Faiz senyum simpul sambil mengangguk.

"As you can see. Alhamdulillah sihat."
Senyum tu, senyum tu sumpah aku rindu. Aku tak tahu dah berapa lama aku tak nampak dia senyum.

"Nad sihat?" Giliran dia pulak tanya aku.
Aku angguk.

"Sihat alhamdulillah."

"Dah makan?" Lembut aje dia soal aku.

Aku pandang dia sambil menggeleng kepala.

"Belum, tadi tak sempat makan."

"Kita makan dululah kalau macam tu." Faiz pandang aku sekilas lepas tu dia pandang depan balik.

Okey, aku rasa macam nak tampar-tampar aje mulut sendiri sekarang ni. Ringan aje menjawab bila dengan Faiz. Yang celupar sangat cakap tak makan lagi tu kenapa.

"Tak apalah, saya makan dekat rumah." Kalau aku makan sekarang ni, memang tak makanlah aku malam ni. Perut aku bukannya tong nak tampung makan banyak-banyak. Dahlah malam ni Izham janji nak bawa aku keluar makan.

"Listen, makan sekarang. Awak tu dahlah ada gastrik, mana boleh tahan lapar lama-lama." Eh, eh. Dah kenapa dia ni pun dah terikut aura mengarah Izham ni? Nak mengarah orang bagai. Tapi memang betul pun, aku mana boleh tahan lapar lama-lama, mahunya terketar aku tahan lapar.

Faiz terus berhentikan kereta dia di depan sebuah kedai makan. Kedai nasi kandar! Bersinar mata aku macam nak keluar bintang-bintang sekarang ni. Macam tahu-tahu aje aku kempunan nasi kandar.

🙌🙌🙌🙌🙌🙌🙌🙌🙌

*Una tengah buat revenge session dekat Izham ke apa ni? 😂😰😱

👉 boleh request group facebook Nia Adahays Handbook utk join
👉 boleh follow saya di Wattpad @NiaAdahays95

#KERANAAKUISTERIMUbyNIAADAHAYS
#IDEAKREATIFPUBLICATION

K.A.I [KERANA AKU ISTERIMU]Where stories live. Discover now