Partner In Crime

721 56 7
                                    


Aku keluar dari wad dengan berhati-hati,sudah seminggu sejak kejadian surat itu berlaku.Tiada apa-apa pun yang jadi?Atau mungkin dalang play 'till die bagi peluang dekat aku sebab aku ada dekat hospital?Mungkin.Kalau Ain pun kejam mungkin dia lagi kejam.Aku menghembus nafas berat.

Aku menekan loceng urumah yang berada di hadapanku beberapa kali.Aku memerhati sekeliling.Entah kenapa bulu romaku tiba-tiba sahaja meremang.Mungkin sebab tempat ni kawasan terpinggir?Ya,mungkin.Mungkin,.

Pintu dikuak dari dalam seperti mengalu-alukan kedatanganku.Aih!Makin creepy!Betul ke Aisyah dengan Yushanim tinggal sini?Ya,aku ada dekat rumah Aisyah dengan Yushanim.Bakal rakan sekutu .

Mataku tertancap pada satu benda yang berada di atas meja kaca.No!Bukan satu! Tapi banyak!Ada pelbagai jenis pistol berada di dalam meja kaca yang berada di hadapanku .Tapi,siapa punya?

"Tu Yus punya,better jangan pegang kalau taknak dia mengamuk"Kata Aisyah tiba-tiba.Entah bila dia berada di belakangku juga aku tak pasti.Kejap,kejap,aku rasa ada somethig yang tak kena dengan Aisyah.

"Kenapa dengan suara kau Aisyah?"Tanyaku musykil."Kotak suara aku pecah"Jawab Aisyah sambil duduk di sofa berhadapan dengan meja kaca.

"Jadi ke Yus ikut jadi bos Play 'till die?"Tanyaku lagi mataku pula meliar ke sluruh rumah.Elegant but..creepy!

"Jadi"Jawab Aisyah sepatah.Memang tahu jawab sepatah-sepatah je ke?"Yus kerja apa sebenarnya?Bukan dia kerja akauntan ke?Kenapa pula dia boleh ada pistol banyak macam tu?"Tanyaku meluahkan perasaan tertanya-tanya.

"Itu part time job.Kerja dia assasins"Lancar sahaja Aisyah meluncurkan kata-katanya.Aku tersentak.Assasins?Are you kidding me?

Tiba-tiba mataku tertancap pada sesuatu yang diletakkan di dalam kotak kaca di sudut rumah.Benda tu seperti headphone tetapi mempunyai satu penghadang yang mehalang mulut.Apa kejadahnya benda tu?

"Tu aku buat"Kata Aisyah tanpa dipinta apabila melihat aku diam secara tiba-tiba.Mataku terbuntang.What the heck?"Kau kerja apa?"Tanyaku tiba-tiba

"Pereka cipta"Jawab Aisyah sambil tersenyum."Pereka cipta apa benda kalau buat benda tu?"Ktataku sambil menunjukkan jari ke arah kotak kaca itu tadi.

"Pereka cipta alat seksaan"Aisyah menyebut sepatah-sepatah.Aku tersentak dan tergamam.Namun tidak sempat seminit mukaku membentuk senyuman sinis.Perfect match!

-tbc-

Hai!!!! Long time no see <33 Homaigaiddd! Hanya tuhan yang tahu betapa ain rindu nak menaip cerita.Btw i want to tell you something,asrama berhantu archieve 1.3 K !!! Serious rasa nak menangis je sekarang ni.Sebab tak sangka tau ! Hahahahah!Thnks for support!!! Stay tune for the next update <33

Log In 2Where stories live. Discover now