Surat

1.3K 69 23
                                    

Aku membuka mata apabila ada sinaran cahaya matahari seperti mencucuk-cucuk mataku.Perlahan-lahan mata dibuka.Aku memerhati sekeliling,entah kenapa tiba-tiba rasa d'javu.Oh ya,masa ain culik aku dekat bangunan lama.Tapi ini semua putih..hospital?

Aku melihat atas telapak tanganku.Ada jjarum dicucuk,yakinlah aku sekarang aku berada di hospital.Aku menggerakkan kaki hendak ke tandas namun kakiku terasa berat.Aku menyelak selimut yang membaluti hampir separuh badanku.

Membuntang mataku apabila melihat kakiku dibalut simen.Serentak itu ada seorang doktor yang memakai kot putih dan rambut diikat tocang.(Maaflah,bukan lelaki)

"Alhamdulillah akhirnya kamu dah sedar"Ucap doktor yang bertag nama Melina itu.Keningku bertaut.Cuba memproses apa yang berlaku."Dah berapa lama saya tidur?"Tanyaku kepada doktor yang sedang memeriksa mataku.

"Apa perkara terakhir yang kamu ingat?"Soal doktor Melina pula.Ey orang tanya lain dia jawab lain,aku bunuh juga dia ni karang."Bom meletup"Jawabku ringkas.Ya,aku hanya ingat sampai situ.


"Benda tu dah 3 bulan berlaku,awak koma..alhamdulillah tak amnesia"Jawab doktor Melina sambil tersenyum,ikhlas."Mana Aisyah?"Soalku lagi.Ya,mana Aisyah?

"Aisyah?Kawan awak yang sama terperangkap dekat bangunan tu dengan awak eh?"Tanya doktor Mlelina pula.Entah kenapa aku tiba-tiba rasa menyampah dengan doktor ni.Aku hanya mengangguk.

"Dia ada dekat wad sebelah."Aku mengangguk lagi."Kaki saya tak lumpuhkan?"Haa banyak betul soalan aku kan?Perkara pertama aku buat lepas doktor ni keluar ialah...gosok gigi.

"Tak..inshaa Allah minggu depan dah boleh buka.Oh ni saya nak bagi baju awak dan ni surat yang kami jumpa berada di dalam baju awak.Jangan risau,kami tak baca"Katanya lalu terus berlalu keluar dari wad bilikku.Sempat dia mengenyit mata ke arahku.Pahal doktor ni?Sawan?

Aku menilik surat yang berada di tanganku.Okay,gosok gigi nanti dulu , aku rasa excited pulak nak tahu apa ada dalam surat ni.Terus aku buka suarat itu perlahan-lahan.Sebab surat ni nampak macam nak terkoyak,so aku hati-hati lah.

Sampulnya aku buka dan isinya aku keluarkan.Aku membacanya perlahan-lahan.

Mimi,

Ini surat aku,merangkap amanat terakhir untuk kau.Aku nak kau sambung permainan Play 'till die.Bukan aku sengaja nak buat kau bunuh orang..tak.Aku terpaksa.Sebab nyawa kau ada dalam bahaya.Ada orang akan bunuh kau kalau kau tak sambung permainan ni.So,aku tak kisah kalau kau nak buat lain dari apa yang aku buat..go on.Cuma,kalau kau tak buat nyawa kau akan terpisah dari jasad.Ada yang sedang perhatikan kau Mimi.Oh ya,kau boleh ajak lagi dua orang.Memang 'bos' dia hanya tiga orang,Tak boleh lebih dan tak boleh kurang.Dalam ni,ada duit sikit.Dalam 5 juta.Cukup untuk kau laksanakan game ni.Kau ada masa sebulan selepas kau baca surat ni.Or you'll die.

Salam sayang,

Ain

Sayang kepala hotak dia?Dah nak mati pun still nak ugut-ugut orang.Ni mesti sebab perangai kejam tak boleh pisah dari badan.Nak tak nak aku kena juga buat benda ni.Demi nyawa aku?Ya,demi nyawa aku.Siapalah yang sebenarnya pencipta Play 'till die ni?Sebab aku tahu Ain hanya kambing hitam.

Oh ya,satu lagi persoalan,siapa lagi satu yang sanggup bersubahat dengan aku?Aisyah dah sah aku heret.Masalahnya siapa lagi satu yang sanggup ?

-tbc-

Hai!Sorry lambat pblsh T.T hope you guys suka log in 2 <33 next update 4/3/2016.Vote and comment <33

Log In 2Where stories live. Discover now