CDD | 14

54.1K 2.2K 67
                                    

CADAR dibetulkan sehingga tegang dan kemas kemudian Awina tarik gebar selimut itu dan mengibas sekuat hati. Gebar selimut yang ini tidaklah seberat di rumah keluarga mentuanya. Dia bentangkan hingga separuh daripada katil itu. Saat dia mahu ambil bantal-bantal yang dia letak atas sofa, matanya terpandang Haiqal yang baru keluar dari bilik air.

Awina laju pusing ke belakang sambil memeluk bantal yang ditutup ke separuh mukanya.

"Dah kenapa?" tanya Haiqal.

"Pakai la baju dalam bilik air," ujar Awina. Walaupun Haiqal hanya pakai seluar slack dan tuala dia sangkut ke lehernya, dia tetap malu.

"Saya dah tak berkemban kan? Lagi pun tak biasa pakai baju dalam bilik air. Orang tu je yang pakai baju dalam bilik air." Haiqal memerli. Dia sembur minyak wangi pada kedua pergelangan tangannya sebelum digosok dan sapu juga di bawah telinga.

"Malu la!" Lagi pun dia belum biasa soal perkara ini dengan Haiqal.

Haiqal perlahan pergi ke Awina yang masih berdiri pandang belakang sambil menyarung singlet putih.

"Dah sebulan. Kena la belajar biasakan," kata Haiqal.

Suara Haiqal yang tiba-tiba terdengar kuat di belakangnya buat Awina tersentak seraya pusing ke belakang. Awina segera sembam mukanya ke bantal yang masih dipeluk.

"Pergi la pakai baju pak cik!" jerit Awina dengan suara tenggelam dalam bantal.

Haiqal makin galak mahu mengusik. Dia peluk Awina.

"Okay saya pakai baju. Dengan syarat, awak panggil saya abang mulai hari ni."

"Tak nak." 

"Habis bila?"

"Entah."

Haiqal gelak mendengar jawapan mudah wanita itu. Satu tangan Awina cuba meleraikan pelukkan Haiqal

"Pergi pakai baju. Shuhh shuhhh!"

Haiqal menurut dan gelaknya masih tidak hilang.

Awina kembali sambung kemas katil tanpa sedikit pun menoleh pada Haiqal yang sedang pakai baju.

"Awak, cuti sem saya dah nak habis. Nanti kita balik Seremban ambil kereta saya boleh?" pinta Awina. Dia duduk di birai katil dan menunggu jawapan daripada Haiqal.

"Tak payah la. Biar saya hantar."

"Tak nak. Kelas saya tak tentu. Kadang satu hari ada satu kelas je. Lepas tu nak balik. Tak apa la, kalau awak tak bagi saya drive. Saya naik grab je." Awina pancing Haiqal.

Haiqal pandang Awina menerusi pantulan cermin sambil cuba mengikat tali leher yang sedari tadi tidak jadi.

"Ya la, hujung minggu ni balik."

Awina bersorak kecil. Tak lama lepas itu, dia perasan Haiqal ada masalah untuk ikat tali leher. Dia bingkas bangun untuk menolong.

"Biar saya buat." Awina menarik tubuh Haiqal untuk menghadapnya.

"Tahu ke?"

Awina mengangguk. "Masa orientasi tingkatan satu dulu, senior ada ajar dekat pelajar lelaki. Saya tengok dia buat."

Haiqal sedikit buntang. Dia buat kira-kira. Dah terlalu lama dengan umur Awina yang sekarang. 

"Tengok je? Tak ada praktis atau pakaikan dekat sesiapa?" soal Haiqal. Risau pula untuk melihat hasilnya nanti.

Awina menggeleng kali ini.

"This is my first time dan awak... bahan ujikaji yang pertama." Awina senyum lebar.

Haiqal ikut tersenyum dan biarkan saja.

"Okay. I trust you. Mati terjerut pun saya sanggup."

Awina gelak. "Over la dia ni. Tumbuk perut tu kang."

***

HUJUNG minggu seperti yang dia janjikan dengan Awina, mereka balik ke Seremban. Kereta mula perlahan di kawasan lampu isyarat. Haiqal menguap kemudian menoleh ke sebelah. Awina sudah meneroka ke alam mimpi tak sampai setengah jam sejak mereka bertolak.

"Wina..." panggil Haiqal. Bila tiada gerakan, Haiqal panggil lagi sambil memegang tangan wanita itu. 

Awina terus terjaga. Terkejut mungkin.

"Dah sampai ke?" soalnya dan mengeliat sedikit. Matanya masih kuyu.

"Dah..." jawab Haiqal senyum sedikit.

Tiba-tiba Awina bergerak dan mahu buka pintu kereta tapi pantas Haiqal tarik.

"Eh! Belum belum. Saya gurau la. Ya Allah, cuba tengok betul-betul kita dekat mana?" 

Awina pandang sekeliling. Cuma ada kereta di sekeliling. Otaknya masih cuba memproses kenapa mereka berhenti.

"Jangan la tidur. Saya tak ingat sangat jalan taman perumahan awak," beritahu Haiqal walaupun sebenarnya dia masih ingat dengan jelas. Saja dia bagi alasan kukuh supaya wanita itu tidak marah kerana tidurnya diganggu.

Awina hanya diam tahan kantuk.

Sampai saja, Haiqal parkir di depan rumah.

"Kata tak tahu jalan?" Awina jeling Haiqal di sebelah.

Haiqal kaku. Perlahan dia menoleh pada Awina kemudian tersengih macam kerang busuk.

Mereka berdua sama-sama keluar dari perut kereta dan berjalan masuk ke rumah. Belum pun sampai di muka pintu, seseorang sudah buka dan menjengah ke luar.

"Dah sampai!" jerit Anis kerana teruja. Pantas gadis itu buka  pintu. Setelah itu berlari mendapatkan kakak sulungnya untuk bersalam.

"Ayah ada ke?" tanya Awina. Anis angguk.

Masuk saja, Awina nampak ayahnya sedang duduk di ruang tamu sambil menatap telefon. Awina melangkah ke arah lelaki itu untuk bersalam.

"Ayah..." panggil Awina dan duduk di sebelah Encik Kamarul.

"Eh dah sampai." Ralit sangat dengan gajet sampai tak hiraukan sekeliling. Dia pandang seorang lelaki yang sudah berdiri di depan mereka.

Encik Kamarul menyambut huluran salam Haiqal.

"Sihat ayah?" sapa Haiqal dulu bertanya.

"Macam ni je la. Awina ada nakal tak?" tanya Encik Kamarul sahaja mahu mengusik.

"Apa ni ayah, patutnya ayah tanya Wina, Haiqal ada nakal tak. Kerja dia membuli orang je," adu Awina. Berkerut dan muncung bila soalan itu ditanya pada orang yang salah.

Encik Kamarul ketawa.

"Mana ada buli... Usik sikit je," balas Haiqal.

"Sama je la tu."

"Ayah, ibu ajak makan. Semua dah siap." Yani muncul tiba-tiba untuk mengajak makan tengahari.

Awina dan Haiqal beri laluan dulu pada Encik Kamarul untuk berlalu ke dapur. Sempat Awina cubit perut Haiqal kerana hal tadi.




Cinta Dalam Diam [TERBIT]Where stories live. Discover now