CDD | 12

59K 2.4K 165
                                    

AWINA masih duduk di dalam bilik air itu. Rasa macam nak dekat dua jam dia padahal sudah siap mandi dan salin baju tidur. Takut nak keluar. Rasa janggal sangat duduk berdua dengan Haiqal dalam bilik. Tapi sampai bila dia nak macam ini? Sudahlah solat isyak pun belum.

Tiba-tiba pintu bilik diketuk.

"Wina, are you okay?"

"Ha! O-okay. Okay je." Awina sarung tuala mandinya di kepala dan buka pintu bilik air yang besar ini. Terkejut dia kerana besar dua kali ganda dari ruang tamu rumahnya.

Wajah Haiqal terpampang betul-betul di muka pintu sedang bersandar pada dinding di tepi sambil berpeluk tubuh. Baju melayu masih tersarung kemas di tubuh lelaki itu. Yang hilang hanya sampin.

"Ingatkan dah pengsan kat dalam tu. Baru ingat nak terjah je," kata Haiqal.

"Mana ada. Biasa la perempuan mandi lama," jawab Awina.

"Ya ke?" 

"Ish! Saya malu la nak keluar. Janggal tahu tak duduk berdua dengan lelaki."

Haiqal cuma senyum. "Dah ambik wuduk belum?"

Awina mengeleng kecil.

"Pergi la ambil dulu. Nanti saya dah siap mandi, kita isyak sekali," beritahu Haiqal. Kelakar pula rasanya melihat Awina yang malu-malu kucing sebab selalunya gaya macam nak bergaduh.

Awina masuk semula ke dalam bilik air dan nak tutup pintu tapi ditegah Haiqal.

"Tak payah la tutup pintu."

"Suka hati la. Nanti awak buat sesuatu dekat saya!"

"Tak kuasa. Eh tapi... Tolong cabut butang baju ni. Sangkut," pinta Haiqal. Entah kenapa perlu tebalkan muka untuk minta tolong daripada Awina. Tapi sejujurnya dia juga agak janggal bila ada orang lain dalam biliknya terutama perempuan.

"Mengada la dia ni." Awina cemberut. Macam mana dia nak cabut? Takut nak rapat dengan Haiqal. Masa sesi bergambar petang tadi pun bagai nak terbang rohnya dari jasad kerana hampir semua gambar dia dipeluk Haiqal.

Dan hampir setiap kali itulah dia ditegur oleh jurugambar kerana kaku. Solusi terakhir adalah gambar kandid sahaja. Haiqal akan tenangkan dirinya dengan berbual dan buat lawak merapunya itu. Kadang tanpa sedar Haiqal sudah peluknya.

Awina cuba rapatkan dirinya ke Haiqal. Teragak-agak tangannya nak capai butang baju. Tanpa amaran Haiqal terus peluk pinggangnya.

"Awak buat apa ni?" tanya Awina.

"Jauh sangat tu. Kekok lagi ke?" Haiqal ketawa.

"Diam la..." Awina menjengket sedikit untuk lihat butang paling atas memandangkan Haiqal tinggi dan dia cuma paras dada lelaki itu. Memang benar butang paling atas tersangkut dengan benang pada lubang untuk butang itu.

"Sangkut la awak. Saya tak nampak. Awak dah la tinggi." Awina menampar dada bidang itu. Tangan Haiqal pada pinggangnya dileraikan kemudian tarik lelaki itu ke katil dan paksa duduk.

Selepas bergelut, baru dapat. Awina berdiri tegak dan serahkan butang-butang itu pada Haiqal. 

"Apa tengok-tengok lepas tu senyum. Gila eh?" Pelik dia lihat Haiqal tersenyum.

Haiqal cuma geleng seraya berkata, "Pergi la ambil wuduk." 

Awina kembali semula ke bilik air. Masuk saja dan saat melepasi cermin besar, langkahnya terhenti dan toleh ke cermin. Awina ternganga. Dia tidak sedar pun tuala yang dia tutup pada kepala sudah jatuh ke belakang menampakkan rambut panjangnya yang diikat dengan klip rambut. Ada beberapa anak rambut jatuh di sisi wajahnya.

Awina berdecit. Lantaklah dah nampak atau tidak. Dia perlu sedar yang dia sudah bersuami. 


***


BANTAL ditepuk-tepuk biar kembali gebu walaupun sebenarnya tak perlu pun. Lenyek dengan cara apa sekali pun tetap akan kembali gebu. Jarang dia dapat tidur dengan bantal begini walaupun pergi bercuti dan tidur di hotel. Untung jadi orang kaya, boleh beli bantal berkualiti.

Awina taruh bantal itu pada tempatnya. Kemudian kemaskan selimut gebar yang agak tebal itu. Sesekali melirik ke arah Haiqal yang duduk di meja kerjanya dan membelek kerja di komputer riba sejak selesai solat subuh tadi.

Jam baru pukul 6:35 pagi. Dia tidak tahu nak buat apa. Nak tidur balik takut terlajak dan turun ke bawah lambat pula. Sudahlah duduk di rumah orang.

"Tidur la dulu kalau mengantuk," kata Haiqal tiba-tiba tanpa pandang Awina.

"Nanti terlajak. Mummy buat breakfast sorang-sorang pula," balas Awina.

"Mummy jarang turun buat breakfast dengan bibik. Dia tengah penat tu. Awak tidur la dulu, nanti saya kejut." Haiqal menoleh ke belakang melihat Awina yang duduk di birai katil.

"Tak apa la. Saya nak kemas barang..." Awina menapak ke beg bagasinya.

Segan pula dia nak tidur dan Haiqal pula rela hati nak kejut. Sudahlah tadi bangun subuh pun lelaki itu yang kejut. Entah macam mana dia boleh tak dengar bunyi penggera pada telefon padahal sebelum ni, tak sampai sesaat penggera berbunyi, laju saja dia bangun dan matikan.

"Kenapa pula nak kemas barang? Nanti kita pindah juga," ujar Haiqal.

"Pindah ke mana?" Awina terkejut. Fikirnya mereka akan duduk di rumah mewah ini.

"Rumah saya la. Tak jauh pun. Cuma kita berdua. Privasi lebih sikit." Haiqal kenyit mata.

Awina pula yang seram sejuk. 

Haiqal senyum bila lihat reaksi Awina. Suka dia sakat begitu.

"Alah rileks la, bukan saya nak sentuh awak pun. We still don't love each other. Ke... Awak dah sayang saya sebenarnya? Kalau betul... Saya boleh sayang awak balik." Haiqal senyum mengusik.

"Jangan nak perasan boleh tak?" marah Awina.

Tak. Tak mungkin dia nak sayang. Dia takut. Bagaimana dengan Haiqal? Bagaimana kalau cuma dia bertepuk sebelah tangan nanti

"Tak nak sudah." Haiqal kembali menghadap komputer ribanya.

Awina cuma curi-curi pandang lelaki itu. 

"Tak payah la kemas. Esok pagi nak honeymoon."

Awina pandang Haiqal bila intonasinya sedikit berubah lebih keras. Tidak seperti tadi.

"Wajib ke?"

"Wajib la. Mummy suruh. Kang apa pula dia kata," balas Haiqal mendatar.

Awina diam tidak membalas. Perlahan dia mengeluh. Melihat Haiqal yang tiba-tiba berubah itu buatkan tanggapannya semakin kuat. Takut untuk mencintai seseorang yang belum pasti perasaan dia pada kita.



Cinta Dalam Diam [TERBIT]Where stories live. Discover now