Bab 1

10.7K 274 15
                                    

Ramai murid sedang beratur di kaunter pendaftaran kemasukan murid ke sekolah asrama( Sekolah Sri Cemerlang Gemilang) . Fatin Narfiqa bersalaman dengan ibu bapanya. Dia rasa macam ada orang sedang memerhatikan dia. Fatin mencari orang yang memerhatikan dia. Ibu bapa Fatin berasa hairan.
"Kenapa Fatin? Fatin cari siapa?" Tanya Puan Nurliza.
"Err.. Fatin tak cari sesiapa.." Bohong Fatin. Dia tak nak Puan Nurliza dan Encik Zul risau tentang dia.
"Fatin!!!" Jerit Nadirah dan Amiira serentak. Nadirah dan Amiira ialah sahabat baik Fatin dari sekolah rendah(darjah 4).
"Hoi!! Pekak telinga aku." Kata Fatin geram dengan Nadirah dan Amiira. Nadirah dan Amiira tersengih macam kerang busuk.
"Eh.. Korang pun masuk sini jugak ke?" Kata Fatin terkejut dengan kehadiran mereka.
"Yes." Kata mereka serentak.
"La.. Kenapa tak bagitau yang korang pun masuk sini.."
"Tak supriselah kalau kitaorang cakap awal-awal.." kata Amiira tersenyum.
"Betul tu." Kata Nadirah
"Banyaklah suprise kau orang.." Kata Fatin dengan reaksi menyampah.
"Biarlah mereka nak buat suprise untuk kamu.. Apa salahnya.." Kata Encik Zul.
"Yelah.." Kata Fatin
"Dahlah abah dan ummi nak pergi dulu.. Karang membebel adik kat rumah kebosanan. Betul ni tak nak ummi dan abah hantar sampai hostel?" Kata Puan Nurliza.
"Betul.. Fatin naik dengan Nad dengan Ira nanti.. Ummi jangan risau. Hah, nanti kata kat adik Fatin rindu sangat kat dia.." Kata Fatin sambil memberikan senyuman yang paling manis dia pernah berikan pada sesiapa .
"Okaylah.. Kami minta diri dulu. Jaga diri baik-baik tau Fatin.. Bye." Kata Encik Zul. Fatin, Nadirah dan Amiira bersalaman dengan Puan Nurliza dan Encik Zul.
"Bye.." Kata mereka serentak.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ketika Fatin , Nadirah dan Amiira sedang menuju ke Pangsaputeri (blok asrama perempuan). Fatin ternampak ada seseorang sedang memerhatikan dia. Dia berasa takut dan mempercepatkan langkah dia sampai Nadirah dan Amiira menjadi hairan.
"Fatin, ko dah kenapa.. Nampak macam takut kena kejar hantu.." Kata Nadirah.
"Mana ada.. Aku okay je.. Jomlah cepat aku nak tengok aku dapat roommate siapa. Aku harap koranglah roommate aku." Kata Fatin.

~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Eh, angah kau tengok siapa tu?. Lain macam je aku tengok kau." Kata Tengku Syarul kepada Tengku Syazwan (adik kembar).
" Aku tengok sorang awek ni dia baru masuk sini. Rupa dia ala-ala wanita melayu terakhir, cantik giler.." Kata Tengku Syazwan. Tengku Syarul hanya mampu geleng kepala melihat perangai adik kembarnya iaitu playboy malaya. Kalau sebut je nama Tengku Syazwan, satu sekolah kenal. Sikap Tengku Syarul berbeza dangan adiknya kerana dia seorang yang tegas, bertanggungjawab ,prihatin dan selalu menolong ahli keluarganya. Kadang-kadang kuat mengalah dengan adik-adiknya.
"Weh,long.. Aku rasa aku betul-betul suka dia ah.. Kau tolong aku boleh?"
"Ah tak de mana aku nak tolong playboy malaya.. Kau pergi ah tolong diri sendiri.."
"Alah... Bukan apa aku nak kau kenal dia dulu lepas tu kau bagi info tentang dia. Jadi senang aku nak mengorat dia. Pleaselah along.. Kau kata kau akan selalu tolong adik-adik kau bila dalam kesusahan. Ni aku dalam kesusahan."
"Ah banyaklah kesusahan .. Yelah aku tolong kau. Mana minah tu aku tak nampak pun.."
"Nanti aku tunjukkan kat kau.."

Habis pun bab 1.. Sorrylah pendek.. Saya ni first time menulis.. Jadi saya harap ni okay. Saya harap dapat komen yang positive.. Atau ada sesiapa nak bagi idea,silakan.. Saya okay je..

Love,
Fn.zlkfli

Fatin Narfiqa ( Discontinued )Where stories live. Discover now