Episod 9: Gangguan

3K 190 14
                                    

"Kenapa kau tanya aku soalan tu?" Tanya Syafiq pelik.

"Saje je nak tahu." Jawab Alif ringkas.

"Kalau aku tanya soalan yang sama, kau jawab apa Alif?" Tanya Syafiq kembali.

Alif mendiamkan diri seketika. Dia yang sedang baring terlentang, mula mengiringkan badannya ke arah Syafiq. Ditenungnya ke arah Syafiq yang masih terlentang menghadap syiling bilik mereka.

"Kalau kau tanya aku, aku tak takut." Kata Alif memecah sunyi bilik mereka.

"Eleeee yelah tu. Kata tak takut, tapi tidur sebelah aku jugak semalam. Hahaha." Kata Syafiq sambil ketawa.

"Aku tidur sebelah kau bukan sebab aku takut." Kata Alif perlahan.

Syafiq yang masih ketawa terdiam. Seingatnya semalam, Alif ketakutan. Sebab itu dia mahu tidur di sebelahnya. Namun mendengar kata-kata Alif itu, seakan ada sesuatu yang dia cuba sampaikan.

"Habis kalau kau tak takut, semalam kenapa kau tidur sebelah aku?" Tanya Syafiq ingin tahu.

"Sebabbbbb." Belum sempat Alif berkata-kata, tiba-tiba pintu bilik mereka diketuk kuat. Alif dan Syafiq terkejut. Syafiq mencapai telefon bimbitnya untuk melihat waktu sekarang. Jam menunjukkan tepat pukul 12 tengah malam.

Syafiq bangkit perlahan dari katilnya. Alif juga turut melakukan perkara yang sama. Pintu bilik mereka masih diketuk kuat, Syafiq bangun lalu menuju ke arah pintu bilik mereka.

Bulu romanya meremang, namun dia risau jika sebenarnya memang ada orang di luar sana. Mungkin mahu meminta tolong. Syafiq cuba berfikiran positif.

Saat dia memegang tombol pintu biliknya itu, tiba-tiba tangan Alif menghalang nya untuk membuka pintu itu. Syafiq terkejut.

"Jangan bukak Syafiq, itu bukan orang." Kata Alif perlahan.

Saat Alif berkata begitu, ketukan pintu di bilik mereka hilang. Kini hanya kedengaran bunyi cengkerik dari arah luar tingkap bilik mereka. Suasana sedikit sunyi dan menakutkan.

"Mana kau tahu tu bukan orang Alif?" Tiba-tiba Syafiq bertanya.

Alif mula menarik semula tangannya dari arah tombol pintu itu. Dia kemudiannya berjalan perlahan menuju ke katilnya. Dia duduk lalu mula berkata sesuatu.

"Kau tak perasan ke Syafiq, dua tiga hari ni setiap kali masuk pukul 12 tengah malam je, pintu bilik kita mesti kena ketuk. Kalau tak ketuk, kena cakar. Fikir logik lah, kalau ada orang mintak tolong, mesti kita dengar dia jerit dari luar." Jelas Alif padanya.

Syafiq terdiam. Kata Alif itu ada betulnya juga. Memang sejak Alif balik ni, macam-macam kejadian aneh mula berlaku. Tapi nak disalahkan, risau bukan dia puncanya. Syafiq buntu.

"Dan kalau kau nak tahu, semalam aku tidur dengan kau sebab aku nampak ada lembaga hitam dekat sebelah kau. Aku tak tahu macam mana aku nak cakap dekat kau. Jadi baik aku tidur sebelah kau untuk jaga kau. At least kalau ada apa-apa yang jadi, aku ada dekat sebelah kau semalam." Kata Alif dengan nada serius.

Sekali lagi Syafiq terdiam mendengar kata-kata Alif itu. Dia tak sangka sebenarnya Alif sanggup tidur di sebelahnya untuk melindunginya. Dan dalam masa yang sama, dia mula merasa ketakutan. Kenapa lembaga hitam itu mengekorinya.

Panggggggggg...

Tiba-tiba kedengaran kuat, bunyi kaca pecah di tingkap bilik mereka. Syafiq yang sedang duduk di atas katilnya terus melompat ke arah Alif yang turut terkejut. Mereka berdua duduk berhampiran dan mula melihat kaca yang bertaburan di lantai bilik mereka.

Alif bangun dari katilnya dan menuju ke arah tingkap bilik mereka. Syafiq yang hanya melihat mula merasa tidak sedap badan. Bulu romanya meremang, badannya kesejukan.

"Syafiq kau tengok ni. Ada batu." Kata Alif yang sedang mengambil sesuatu dari lantai.

"Batu?" Kata Syafiq pelik lalu menuju ke arah Alif.

Syafiq mengambil batu itu dari tangan Alif. Batunya kecil sahaja, lebih kurang saiz buku limanya. Batunya basah dan berwarna hijau kerana dipenuhi lumut disetiap permukaannya.

"Mungkin ada orang baling kot." Kata Alif mahu menenangkan Syafiq.

"Kau dah lupa ke kita ni dekat tingkat 4 Alif. Siapa je yang mampu balik sampai ke atas ni." Balas Syafiq pantas.

"Habis tu kau nak cakap apa, hantu yang baling?" Tanya Alif padanya.

Syafiq terdiam. Dia cuba untuk berfikir secara logik, tapi itu hanya mengundang rasa takut pada dirinya.

"Kau jangan pijak kaca ni, berdarah nanti kaki. Biar aku pergi amik penyapu kejap." Kata Alif yang mahu mengambil penyapu di balik pintu almari nya.

Syafiq terdiam. Dia berjalan perlahan dan duduk di atas katil Alif. Seusai Alif membersihkan kesemua kaca itu, dia duduk di sebelah Syafiq.

"Kau tidur sebelah aku je lah malam ni Syafiq." Kata Alif tiba-tiba.

Syafiq tidak berkata apa-apa. Dia hanya menganggukkan kepalanya sebagai tanda ya. Dia kemudiannya bangkit lalu mengambil bantal dan selimutnya di atas katilnya.

Malam itu bilik mereka sejuk, mungkin kerana angin malam mula memasuki dari arah tingkap yang pecah itu tadi. Alif sudah lama lena, namun Syafiq masih berjaga kerana otaknya memikirkan banyak perkara.

-0-0-0-0-

Syafiq terjaga dari tidurnya apabila terdengar bunyi pintu bilik mereka dibuka. Dengan mata yang masih mengantuk, Syafiq cuba melihat siapa yang membukanya. Kelihatan Alif keluar perlahan seakan tidak mahu membuat dirinya terjaga. Dia membawa begnya sekali.

Syafiq tertanya-tanya kemana Alif mahu pergi pada waktu begini. Dilihatnya jam di telefon bimbitnya, baru menunjukkan pukul 3.30 am. Dia kemudiannya dengan perlahan bangkit dari katil lalu mengikutnya keluar.

Bersambung...

Roommate 1 - COMPLETEDWhere stories live. Discover now