Episod 3: Berita Gembira

10.8K 477 7
                                    

Rasanya sudah 4 malam berturut-turut Syafiq tidur dalam keadaan lampu biliknya yang menyala. Walaupun itu menyebabkan dia sukar untuk melelapkan matanya, namun dia tidak sanggup memikirkan mimpinya itu akan menjadi kenyataan.

Mahu atau tidak, dia harus tinggal di situ. Lagipula hanya waktu malam yang sedikit menakutkan, waktu siang keadaan sedikit bising di kawasannya. Almaklumlah, dia tinggal berdekatan dengan pejabat pengurusan asrama. Ditambah pula dengan kehadiran mak cik cleaner di situ, tidak lah dia merasa takut.

Pagi itu Syafiq perlu ke makmal untuk menjalankan ujian berkaitan dengan projek nya itu. Dia bersiap awal kerana telah berjanji dengan akak di pejabat fakultinya itu untuk mengambil kunci pada jam 9 pagi.

Seusai mandi, dia menyarungkan sehelai t-shirt berwarna putih dan sehelai seluar jeans. Dicapainya beg dan beberapa alatan lain sebelum dia melangkah keluar dari biliknya itu. Ditutup perlahan lalu pintu itu dikunci.

"Assalamualaikum." Tiba-tiba ada satu suara muncul di sebelahnya.

Syafiq benar-benar terkejut. Dia mengucap panjang apabila mendapati ada seorang mak cik cleaner di sisinya. Dia mengusap dadanya perlahan.

"Waalaikumsalam. Mak cik. Allah. Ingatkan suara siapa lah tadi. Terkejut saya." Kata Syafiq yang membetulkan sedikit posisi beg nya yang lari dari bahunya.

"Sejak bila pulak kamu senang terkejut ni. Selama ni mak cik tegur kamu biasa je. Ni pagi-pagi nak kemana ni?" Tanya mak cik itu padanya.

"Alaaaa, biasanya mak cik tegur dari jauh. Ini betul-betul dekat sebelah saya, mana tak terkejut. Ni saya nak ke fakulti saya kejap. Ada kerja sikit." Balas Syafiq kembali.

"Ooooo kamu tak balik ke? Yang lain semua balik, kamu tak takut ke?" Tanya mak cik itu lagi.

Dalam hati Syafiq nak sahaja dia mencarut. Ialah mana tidaknya, dah tahu dia tinggal seorang diri lagi mahu ditanya tak takut ke. Mestilah dia takut. Namun disebabkan projek akhirnya itu masih belum siap, terpaksalah dia tinggal seorang diri di situ.

"Saya ada kerja sikit mak cik. Kalau sempat siap awal, rasanya saya akan balik jugak. Tapi kalau tak siap, nampaknya sampai habis cuti lah saya duduk dekat sini." Kata Syafiq perlahan.

"Alaaa kamu jangan risau lah. Sebenarnya ramai je yang tak balik. Dekat aras 1 tu ada 2 3 orang jugak mak cik tengok tak balik. Dekat aras 2 pun ada orang. Cuma aras kamu ni je yang kosong. Aras 4 pun rasanya ada orang yang tak balik." Kata mak cik itu sambil menyapu koridor di hadapan bilik nya.

"Ooo. Ok lah mak cik. Saya nak cepat ni. Nanti ada masa kita berbual lagi ye. Saya pergi dulu. Assalamualaikum." Kata syafiq lalu mengundurkan diri.

"Haaa baik-baik. Waalaikumsalam." Balas mak cik itu sambil meneruskan kerjanya.

Syafiq berjalan laju menuju ke tangga di hujung bloknya. Makin lama dia berbual dengan mak cik tu, makin menjadi-jadi pulak maka cik tu bercerita. Kalau dilayankan, mahu tengahari nanti baru dia berhenti bercerita.

Mendengar dia tidak keseorangan di situ, Syafiq sebenarnya sedikit lega. Iyelah, setidak-tidaknya kalau ada apa-apa yang terjadi pasti akan ada orang yang mendengar jeritannya.

Langkahnya semakin laju menuruni anak tangga selepas mendapati jam sudah menunjukkan pukul 8.50am. Dia berlari anak ke arah keretanya lalu menghidupkan enjinnya perlahan. Sementara menunggu enjin keretanya panas, dia mencapai telefon bimbitnya yang tiba-tiba sahaja berbunyi.

Assalamualaikum. Syafiq, insyaAllah petang ni aku balik asrama. Aku rasa aku boleh mati wooo duduk terperuk dekat rumah. Lagipun tiba-tiba Dr. Nurazam nak tengok paperwork aku pulak, nak tak nak aku kena balik sana and siapkan lah. See you there roomate! - Alif

Syafiq tersenyum membaca mesej dari roomate nya itu. Iyelah, dalam keadaan macam ni, dia memang sangat memerlukan seseorang untuk menemaninya di bilik. Ditambah pula dengan mimpi yang menakutkan dua tiga hari ini membuatkan dia benar-benar lega membaca mesej dari Alif itu.

Waalaikumsalam. Hahahaha, padan muka kau. Cepat sikit balik wei, aku tunggu kau. Btw drive elok-elok. Kirim salam family kau sekali. - Syafiq

Syafiq meletakkan telefon bimbitnya itu di sisinya. Gear dimasukkan perlahan lalu dia mula menekan pedal minyak nya itu. Kereta nya mula bergerak perlahan menuju ke fakultinya. Kegembiraan nya menyebabkan dia seakan lupa bahawa dia cuma ada 3 minit sebelum jam menunjukkan tepat pukul 9am.

"Nampaknya malam ni aku tidur lena lah. Hahaha." Monolog Syafiq kegembiraan.

-0-0-0-0-

Jam menunjukkan pukul 8 malam. Syafiq masih sendirian di dalam biliknya itu. Dari tadi dia sebenarnya tidak senang duduk. Kehulu kehilir dia kegelisahan. Alif janji yang dia akan tiba pada waktu petang. Tapi ini sudah malam dan dia masih belum muncul lagi. Syafiq benar-benar bimbang.

Dicapainya telefon bimbitnya lalu didailnya nombor telefon Alif. Tidak berjawab. Dia menjadi semakin risau.

Jam berdetik laju. Waktu sekarang menunjukkan tepat pukul 11.30pm. Alif masih belum memunculkan dirinya. Kali ini Syafiq benar-benar risau. Namun dia bersangka baik, mungkin Alif tidak jadi pulang. Namun dia pelik, kenapa Alif tidak menjawab panggilannya atau sekurang-kurangnya maklumkan dahulu pada dirinya jika dia tidak jadi pulang.

Mata Syafiq mula kuyu. Dia mengambil keputusan untuk tidur dahulu. Rasanya Alif memang tidak akan pulang. Syafiq pun merebahkan dirinya di atas katilnya itu. Dia merenung jauh ke syiling biliknya hingga akhirnya dia terlelap sendiri.

-0-0-0-0-

Bunyi hentakan kuat di pintu biliknya itu mengejutkan Syafiq dari lenanya. Dia terjaga lalu melihat ke arah pintu biliknya. Tiada siapa di situ. Syafiq kemudiannya mencapai telefon bimbitnya yang diletakkan di atas meja di sisinya. Dilihatnya jam menunjukkan tepat pukul 12 tengah malam.

Dia yang merasakan seperti sudah lama tertidur rupanya baru 1/2 jam sahaja berlalu. Dia meletakkan kembali telefonnya itu lalu melelapkan matanya.

Tiba-tiba

Knock knock knock
Pintu biliknya diketuk perlahan.

Syafiq menjadi tidak keruan. Waktu-waktu begini, siapa pula yang mahu berjumpa dengan nya. Tambahan pula kesemua kawan-kawannya sudah pulang ke rumah masing-masing. Jadi tidak logik jika ada sesiapa yang mengetuk di waktu begini.

Knock knock knock
Sekali lagi pintu nya diketuk.

Syafiq memberanikan dirinya. Dia mencapai telefon bimbitnya dan senaskah al Quran yang diletakkan di atas meja. Dia memeluk erat al Quran itu lalu dia berjalan perlahan menuju ke pintu biliknya itu.

"Bismillahirrohmanirrohim." Lafaz Syafiq kuat sebelum dia membuka pintu biliknya itu.

Bersambung...

Roommate 1 - COMPLETEDWhere stories live. Discover now