Relak Bro

9.7K 40 0
                                    

Sudah masuk seminggu mereka bercuti. Ijad semakin rapat dengan Haikel. Dia yakin sekarang  dia boleh disahkan sebagai adik-angkat Haikel. Setiap gerak-gerinya akan dilaporkan pada Haikel.

"Harini aku nak ke bandar jumpa member aku." Kata Haikel.

"Aku pun sama. Aku nak cari barang sekolah" Ijad berbohong. Dia memang mahu ke bandar tapi bukan untuk membeli barang sekolah. Niatnya lain.

Jam 3 petang mereka meninggalkan kampus bersama. Bila tiba di bandar, masing-masing berpecah buat urusan masing-masing.

Ijad mendapatkan segelas Mocha Frappe dari Starbucks. Dipilih meja yang di luar supaya dapat memastikan dia tidak diekori Haikel.

Haikel mengambil jalan jauh untuk sampai ke tempat tujuan. Kalau Ijad dapat tahu, mampos dia. Belum boleh diberitahu Ijad. Belum masanya.

"Hi sayang. Dah lama tunggu." Haikel menegur girlfriend-nya yang sedang menuggu di McDonald.

"Not really." Jawab gadis itu mencebik. Lama sudah tidak bersama, inilah masa dia bermanja-manja.

Setelah memastikan dia tidak diekori, Ijad bergerak ke mall.

"Apa yang patut aku belikan untuk birthday dia?" Ijad berfikir sambil membelek-belek leather wallet disalah-satu kedai di dalam mall itu.

Dia dapat tahu tarikh lahir Haikel sewaktu mengisi borang registrasi di Bako tempoh hari. Malam ini akan diberi surprise buat Haikel. Sebenarnya sudah lama dia mencari peluang untuk membeli hadiah abang-angkatnya tapi selalu sahaja ada program lain.

Lama juga dia memusing-musing dalam mall mencari hadiah.

"Boleh wrap-kan sekali tak?" Katanya pada cashier. Ijad tersenyum lebar dan berpuashati dengan hadiah yang dibelinya.

"Stay lama sikitlah. Lama tak jumpa you tau," pujuk buah-hati Haikel.

"Really cannot. Nanti gate tutup I kena tido tepi jalan. Tak kesiankan I ke?"

Haikel meninggalkan girlfriend-nya menangis sendirian di dalam McDonald setelah mengucup dahi gadis itu sebelum pergi.

Bila tiba di pintu McDonald, Haikel terperangat melihat Ijad tercegat di depan pintu dengan shopping bag kiri-kanan.

Angry BirdKde žijí příběhy. Začni objevovat