Rapat-Rapat

7.6K 45 0
                                    

"Rapat-rapatkan saf," ujar Khalid, seorang dari pelajar senior yang mengimamkan solat Magrib malam itu,"sesungguhnya merapatkan saf adalah salah satu kesempurnaan sembahyang."

"Assalammualaikum." Ijad terdengar orang memberi salam dari arah sisi-nya.

Bila dia hendak menjawab salam, Ijad terkejut dengan kehadiran Haikel.

"Engkau asik terkejut bila jumpa aku." Kata Haikel.

"Yelah. Kau aleh-aleh muncul....dalam hidupku." Ijad cuba berayat. Tersenggeh-senggeh bila mengucapkan kata-kata terakhir itu.

Waktu mengais-ngais longgokan selipar di depan pintu masjid, Haikal bersuara,"Kau nak kemana sekarang?"

"Tak kemana-mana. Balik dorm tido."

"Kalau gitu jom kita lepak minum kopi."

Ijad memang pantang diberi kesempatan begitu. Senyumannya semakin lebar. "Eh dah malam kan." Kata Ijat buat-buat malu tapi mahu.

"Sukati kau lah. Aku ajak aja." Haikal menyarung jaketnya lalu meninggalkan Ijad.

Setelah mendapatkan seliparnya, Ijad berlari-lari anak mengekor Haikel dari belakang. Tiba di kawasan parkir masjid, Haikel menanya lagi,"Apsal ikut aku?"

"Lah kata pi minum kopi." Selamba Ijad menjawab.

"Pelik tul lah budak ni." Kata Haikel.

Angin malam yang sepoi dan dingin tidak ramai yang menghabiskan masa diluar rumah. Cuaca begini selalunya tanda hendak hujan tidak lama lagi.

Setelah mendapat tempat duduk di warung berdepan dengan asrama mereka, Ijad memesan dua gelas kopi-O.

"Kau belanja aku ke hari ni?" Usik Haikal.

"Kau kan senior aku, kena lah belanja." Sekarang Ijad tidak terasa kekok atau kecut berdepan dengan Haikel lagi. Tiba-tiba sahaja dia jadi peramah, tenang dan senang bersama Haikel.

"Kau asal mana?" Tanya Haikal membuka cerita sementara menunggu air datang.

"Melaka."

"Melaka?!... Aku pun Melaka."

"Kau kawasan mana? Aku Taman Desa. Kau?"

"Aku dekat Taman Seri Telok Mas. Dekat jugak dengan tempat kau."

Perbualan mereka terhenti bila seorang budak India menghantarkan minuman mereka. Ijad mengeluarkan duit-duit syiling dari poket seluar lalu memberikan padanya.

Semakin lama semakin rancak cerita mereka. Haikel mengongsi kisah hidupnya dan cita-citanya. Ijad pula banyak mendengar dan tersenyum; sesuai dengan hasratnya. Lebih banyak yang diberitahu, lebih kenal dia dengan diri Haikel.

"Aku kesal satu sahaja sekarang, sejak adik aku meninggal..." Haikel terhenti apabila disedari dia terlalu personal dengan Ijad.

"Kenapa dengan adik kau? Ijad cuba mengorek.

"Takde apa-apalah." Jawab Haikel. Wajahnya berubah menjadi kusut dan sayu. Terkenang nasib mereka sekeluarga setelah penceraian ibu-bapanya. Rasa seperti anak yatim, bezanya hanya bapanya masih hidup.

"Kau jadi abang angkat aku ajalah?" Ijad terus terjun pada soalan yang sering bermain dalam benaknya. Bila dia perasan Haikal kelihatan blur, Ijad menyambung,"aku tak pernah ada abang atau kakak. Aku anak tunggal. Boring seh."

"Soalan cepumas ni. Kalau betul dapat apa? Haikel cuba bergurau,"Entahlah. Tak reti aku berabang-abang angkat ni semua. Macam merepek."

Muka Ijad bagaikan lava meleleh dari atas gunung berapi. Mulutnya mencebik, bahunya jatuh kedepan.

"Abang angkat kerja dia buat apa? Tanya Haikal.

"Hahahahaha.....kau ni kelakarlah...dah namanya abang...buat hal abanglah!" Ijad tidak dapat menahan kedaifan Haikel.

Lagi berbual, tiba-tiba hujan turun dengan lebat.

"Aisehman. Tak bawak payung." Ijad mengeluh.

"Alah nanti berhentilah." Haikel cuba act cool.

"Sorry man, kita nak tutup kedai." Kata budak India tadi.

"Alamak!" Ijad semakin resah. Kalau lambat pulang ke dorm, pagar kampus akan ditutup dan bai jaga yang mengawal pasti tidak beri mereka masuk.

"Jom kita rempuh jer hujan ni." Syor Haikel.

"Gila ah!"

"Takkan nak tunggu sampai reda. Nampak gaya kita tidur luar ah malam ni."

Haikel terus menarik tangan Ijad meluru lari dalam hujan.

Tiba di perkarangan asrama, mereka berteduh di bawah kolong blok. Ijad mengigil kesejukan. Haikel langsung membuka jaketnya dan menutup tubuh Ijat.

"Eh apa ni?"

"Kata kena act macam abang. Abang kena beralah dengan adik lah."

Haikel tersenyum dalam kebasahan. Badan yang menggigil kini menjadi hangat dengan kata-kata Haikel.

Angry BirdNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ