CDD | 7

59.9K 2.5K 96
                                    

KERETA diparkir jauh sedikit dari rumahnya bila sudah ada dua khemah terpacak. Awina berkerut. Dia baru sudah hantar Syafina dan Amira ke rumah mereka sementara yang Zulaikha naik satu kereta dengan Ain. Mata ligat perhati khemah tersebut sambil ambil beg tangan yang disorok di bawah kerusi penumpang. Beberapa orang lelaki sedang pasang apa entah dia sendiri tidak nampak sangat dek terhalang dengan daun-daun pokok mangga jiran sebelah.

Awina keluar dari perut kereta dan melangkah ke arah rumahnya.

"Assalamualaikum." Awina cabut sandalnya dan menapak masuk. Ruang tamu sudah luas. Dia perasan semua sofa sudah letak di garaj. Ada beberapa orang sedang menghias sesuatu di atas dulang.

Kenapa macam dulang hantaran? soal Awina sendiri dalam hati. Takkan pula maksu Intan yang kahwin. Kenapa tak buat di rumah nenek?

"Wina!" Intan menerpa bila nampak Awina yang terkebil-kebil tengok keadaan rumah. Sebenarnya dia risau untuk beritahu anak buahnya ini.

"Ni ada kenduri apa? Siapa yang nak kahwin? Maksu eh?" tanya Awina usai bersalam dengan wanita itu. Dia tersengih di penghujung soalannya.

Belum sempat Intan nak bermukadimah apa-apa, terus suara kakak sulung menerjah memeberi jawapan.

"Kenduri bertunang Nur Awina Aleeya."

Intan pusing 360 darjah ke arah kakaknya dengan mata buntang. Tidakkah cara itu terlalu drastik untuk Awina. Boleh kena kejutan siap pakej pengsan. Tapi Puan Hasmah sudah senyum.

"What?" jerit Awina hingga bergema satu rumah. Tangannya menepis sekejap pegangan maksu Intan.

Intan di sebelah sudah mengetap bibir. "Wina..."

"No!" pintas Awina dan pandang maksunya. Tanpa kata sepatah apa pun, Awina naik ke biliknya.

Intan pandang Puan Hasmah. "Intan dah kata, dia mesti terkejut dan tak setuju punya. Benda macam ni kena bincang awal-awal la akak. Buatnya kalau dia lari nanti, macam mana?"

Intan mengeluh. Dari awal dia tidak setuju dengan rancangan kakaknya yang tiba-tiba saja nak atur jodoh Awina. Walaupun dia sudah lihat gambar dan kata kakaknya, lelaki itu datang dari keluarga baik tapi itu tidak akan sejukkan hati Awina. Sekarang bagaimana mahu pujuk gadis itu?

Puan Hasmah memijak anak tangga satu persatu untuk ke tingkat atas. Intan ikut dari belakang.

Di depan bilik Awina, Puan Hasmah memulas perlahan tombol pintu. Bila tahu pintu itu tidak berkunci, daun pintu ditolak perlahan. Kepala dijengah masuk. Dia lihat Awina sedang duduk di hujung birai katil sana.

Intan tunggu di muka pintu sementara Puan Hasmah masuk. Punggung dihenyak jauh sedikit dari Awina.

"Ibu minta maaf sebab tak maklumkan kat Wina awal-awal. Tapi ibu tahu nanti Wina mesti tak setuju."

"Sekarang pun tak setuju," balas Awina laju.

"Wina kenal-kenal la dulu dengan dia. Dia tu anak kawan lama ibu. Kalau nanti dah kenal, Wina masih rasa tak ngam dengan dia... Wina bagitahu ibu. Ya?"

Tiada respon. Puan Hasmah toleh pada Intan. Sekarang ada juga anak buahnya yang lain dan dua orang adik Awina. Dia bangun untuk selesaikan kerja-kerja di bawah. Beri isyarat pada Intan untuk teruskan sesi memujuk.

Intan masuk selepas kakaknya turun. Begitu juga lain yang tiba-tiba datang menyibuk. Helmie yang terakhir masuk ke dalam bilik itu menutup pintu.

"Maksu dah tengok gambarnya..." ucap Intan yang duduk di sebelah gadis itu yang masih diam tidak berkutik seperti patung cendana.

"Sama!" Yang lain menyampuk.

"Kak, kau takkan menyesal. Handsome!" tambah Yani dan tunjuk ibu jarinya pada Awina. Terkejut juga kelmarin bila ibu buat pengumuman untuk adakan majlis pertunangan kakaknya. Bila semua saudara-mara sudah ada, baru ibunya nak tunjuk gambar bakal tunang kakaknya. Habis jatuh rahang dia dan semua orang melihat rupa lelaki itu walaupun menerusi gambar dalam telefon.

Cinta Dalam Diam [TERBIT]Where stories live. Discover now