Intro

18.5K 83 7
                                    

Peluang datang sekali lagi bagi Ijad untuk menegur Haikel. Kali ini di kantin. Haikel makan tengahari sendirian. Setelah membeli makanan, Ijad melangkah perlahan-lahan ke meja Haikel. Tiba sahaja di pinggir meja, kakinya terus menuju ke meja hadapan. Hatinya kecut untuk berdepan dengan Haikel.

"Boleh join?" Tegur Ijad kepada seorang pelajar yang tidak dikenalinya.

"Mmmm..." Balas pelajar itu yang lagi khusyuk bermain game Angry Bird.

Mata Ijad tidak lepas dari Haikel. "Isk! Terlepas peluang lagi!" Ijad mengeluh dalam hati.

Sambil menyuap, sambil mencuri pandang. Semenjak suaikenal bulan Jun kemarin, Ijad kerapkali mencari peluang untuk berkenalan dengan lebih rapat pelajar seniornya itu. Oleh kerana jurusan yang diambil berbeza, sukar baginya untuk membuat helah untuk bekerjasama dengan Haikal. Tahun ini peluang terakhir bagi Ijad, setelah itu Haikel akan tamat pengajiannya. Melepas peluangnya buat selama-lamanya.

Ijad mengesot punggungnya ke kiri sedikit agar agar tidak terlindung dengan budak dihadapannya dan juga mudah terlihat Haikel. Manalah tahu Haikel terpandang ke arahnya.

Tidak ramai budak Melayu bermata sepet dengan kening yang lebat. Wajahnya mirip orang Jepun. Badannya tegap. "No wonder dia apit kanan yang termahal dalam pasukan sepaktakraw." Ijad rasa bangga dengan kebolehan dan keistimewaan yang ada pada bakal abang angkatnya.

Sesudah makan, Haikel bangkit dari tempat duduknya untuk memulangkan dulang makanan. Ijad tersedak bila terlihat benjolan gede di celah kelengkang Haikel. Mee soto dalam mulut tersembur ke baju pelajar dihadapannya.

"Dah beso kebau pun tak reti makan ngan betul ke!" Ijad dimarahinya.

"Sorry..sorry." Dengan pantas dulangnya diangkat lalu mengekori Haikel.

"Hai" Tegur Haikel bila terserempak dengan Ijad. Dia senyum lalu pergi.

Ijad tergamam bila ditegur. Kaku. Tidak tahu hendak hendak buat apa. Matanya terkebel-kebel seperti tidak percaya ditegur Haikel.

Tiba sahaja di dorm, Ijad loncat keatas katil menyerkup kepalanya dengan bantal; tersenyum lebar.

Halim terbangun dari tidur saat katil tingkatnya bergegar.

"Koang asam ko! Aku ingat bumi kenyalang dilanda gempa!"

Ijad tidak mengambil endah. Senyuman Haikel masih bermain di benaknya.

"Kenapa dengan kau?!" Halim menyergah,"dah buang tebiat?!" Bantal peluknya dibaling ke Ijad lalu menyambung tidurnya.

Ijad masih tersenyum. Kepala otak sudah mula memikirkan langkah seterusnya.

Angry BirdWhere stories live. Discover now