CDD | 3

74.1K 3.1K 157
                                    

HAIQAL menilik jam tangannya. Sudah setengah jam dia bersandar pada keretanya menunggu adiknya habis kelas. Nasib baik semalam dan hari ini saja dia jadi pemandu peribadi tak berbayar Aleeya. Kejap lagi mereka akan ke bengkel untuk ambil kereta pula. Matanya sentiasa meliar terutama dari arah foyer bangunan utama itu. Manalah tahu boleh nampak kelibat Aleeya.

"Mana budak ni? Kata pukul dua." Haiqal menilik jamnya lagi. Dia mengeluh untuk kali yang entah ke berapa.

"Kalau aku tahu, aku pergi makan dulu tadi. Biar dia balik naik Grab. Haish! Lepas tu aku kena bebel dengan Mummy. Dia ingat aku abang mithali ke nak tunggu adik kesayangan habis kelas." Dia membebel sendirian. Hatinya cuba dipujuk agar lebih bersabar.

Sekejap dia berjalan mundar-mandir di situ. Sekejap dia bersandar pada keretanya. Kepala didongak ke atas melihat daun-daun yang bergoyang ditiup angin lembut. Tiba-tiba ada jeritan kecil dan menarik perhatiannya untuk menoleh.

Haiqal amati dua orang perempuan yang melangkah laju dan dikejar oleh seorang lelaki. Lengan salah seorang perempuan disambar untuk menghentikan langkahnya.

"Lepaslah Fahim!"

"No! I tak akan lepaskan you sampai you faham perasaan I dekat you!"

Haiqal melepaskan tawa kecil melihat adegan itu. Dah macam sinetron tak pun telenovela. Tapi dia terperasan sesuatu.

"Bukan ke tu... Minah mulut tak ada insurans semalam?" Haiqal bersandar pada keretanya dan memerhati dari jauh. Berminat juga untuk dengar.

"Perasaan? You dah ada Shima lah. Gila ke apa?" 

"I dah tak ada hati dekat dia. I sayang you je sekarang ni,"

"Eh senangnya kau buat hati orang macam tu je. Sebab perangai gila kau ni lah, makwe ahli sihir kau tu tak habis-habis cari pasal dengan Wina."

Haiqal mengangguk. Dia sudah boleh agak jalan ceritanya. Melihat cara gadis itu yang betul-betul tidak suka dengan situasi yang dihadapinya, hati Haiqal terdetik untuk menolong. Kaki diatur ke arah mereka. Tangan Awina dan tangan lelaki itu dipegang sekejap. Haiqal meleraikan pegangan Fahim pada tangan Awina bersama renungan tajam.

"Aku tak rasa kau pekak untuk dengar dan faham apa yang dia kata, kan?" sinis Haiqal.

"Kau siapa nak sibuk?" Fahim menyoal.

"Syed Haiqal. Aku-"

"Boyfriend I!" Laju Awina menambah.

Serentak Haiqal dan Fahim pandang Awina. Begitu juga Syafina yang sedikit terlopong.

Awina pandang Haiqal dengan senyuman yang penuh keyakinan. Dia merapatkan sedikit tubuhnya pada Haiqal. Matanya pandang Haiqal dan berharap yang lelaki itu boleh berlakon untuk seketika.

"Kenapa tak bagitahu nak datang?"

Haiqal faham.

"Saja surprise! Tapi tak tahu pula sayang dapat gangguan makhluk halus," kata Haiqal sarkastik. Pandangannya beralih pada Fahim pula.

 "Sampai sini faham, kan?" kata Haiqal lagi penuh makna supaya lelaki itu berhenti ganggu Awina. Wajahnya juga ketat tanda dia serius.

Haiqal mundur beberapa langkah sambil menarik tangan Awina dan bawa wanita itu pergi. Sampai di kereta Awina, terus wanita itu tarik balik tangannya daripada pegangan Haiqal pula.

"Dahlah tu. Melebih pula." Awina menyahkunci kereta.

"Saya melebih? Awak yang melebih sampai mengaku saya boyfriend awak. Tak tahu bersyukur betul perempuan ni. Aku campak kau balik dekat mamat tu kang," ugut Haiqal geram.

Cinta Dalam Diam [TERBIT]Where stories live. Discover now