Bab 31

20.6K 648 14
                                    

"Boleh tepi sikit tak? Aku nak pakai baju", bentak Fareez.

"Abang!! Kenapa ni? Asal marah-marah?", soal Farisha.

"Asal aku marah?? Kau keluar dengan siapa?", Fareez memandang wajah isterinya itu. Rambut yang terjurai ditolaknya kebelakang.

"Sayang keluar dengan kawan la", Matanya berbalas pandangan dengan suaminya itu. Cuba minta pengertian.

"Lelaki ke perempuan?", Fareez mendengus.

"Kenapa ni?",

"Aku tanya lelaki ke perempuan?? Lelaki kan!!", tinggi nada suara Fareez. Sampai terangkat bahu Farisha.

"Kau ni tak habis-habis nak menggatalkan. Tak cukup dengan aku! Kau cari jantan lain. Kau ingat aku dayus ke hahh!!", amarah Fareez sudah sampai kemuncak.

Farisha hanya diam membisu. Sungguh tidak pernah dia dengar Fareez mengamuk macam itu sekali.

"Meh sini aku nak bagi kau puas. Meh sini", Fareez menarik Farisha kedalam pelukannya. Meronta-ronta Farisha minta dilepaskan.

"Bukan ini ke yang kau nak?", Fareez mencium leher Farisha lama-lama. Farisha cuba menahan air matanya dari mengalir. Sungguh dia tidak sangka sebesar ini ujian Allah berikan padanya.

Dengan kudrat yang Farisha ada, dia mula menolak tubuh suaminya itu hingga terjatuh kebelakang Fareez.

Farisha mula berlari untuk membuka pintu, tiba-tiba bajunya direntap dengan kuat dari belakang. Hampir nak terjatuh Farisha. Badannya sudah separuh terdedah. Menaikkan lagi nafsu Fareez.

Bunyi nafas fareez yang tidak teratur menambahkan lagi gelisah dihati Farisha. Fareez kemudian menindih tubuh isterinya itu. Dia kemudian mencium pipi Farisha dengan kasar.

Air mata Farisha yang bergenang dari tadi mula tumpah. Dia tak sangka Fareez sanggup memperlakukan dia macam binatang.

Fareez yang leka mencium leher Farisha mula tersedar apabila terdengar bunyi tangisan isterinya.
Terus Fareez bangun dsri menindih isterinya.

"Farisha, aku tak sengaja!", terpancar perasaan bersalah pada wajah Fareez.

Tangisan Farisha semakin kuat. Dia kemudian bangun dan memegang bajunya yang hampir terlondeh akibat direntap oleh Fareez. Dia berjalan perlahan.

"Sayang", Fareez memegang tangan Farisha. Menghalang isterinya keluar dari bilik itu.

"Lepaslah!!", jerit Farisha. Dia kemudia menarik lengannya.

"I'm sorry", kata Fareez.

"Apa?? Sorry! Kau dah buat aku macam binantang. Lepas tu kau nak minta maaf!", bentak Farisha.

"Cuba kau tengok ni! Macam mana aku tak marah. Siap kau senyum dengan lelaki ini. Pastu kau bagi lelaki ni pegang kau. Aku bukan dayus tau!", Fareez menunjukkan gambar yang diterima daripada nombor yang tidak dikenali. Masih sakit lagi hatinya melihat gambar itu.

Farisha memandang gambar di handphone suaminya itu. Meluat dia melihat gambar yang menjadi lunca kerentakan rumah tangganya itu.

Dia mengambil handphone suaminya itu dan membaling keatas katil.

"Farishaaaaa!!! How dare u", jerkah Fareez. Dia terkejut melihat isterinya itu mencampak handphonenya.

"Awak lebih percaya gambar ni dari isteri awak?", aku membalas pandangan mata Fareez.

Aku menelan air liur sebelum bersuara semula.

"Gambar lelaki yang kau lihat tu ialah Amir, tunang Sofea. Aku teman dia untuk membeli gelang kahwin diorang. Kenapa dia pegang aku? Sebab masa tu, aku hampir nak pitam. Demi Allah, aku tak pernah menduakan kau. Demi Allah, aku cintakan kau. Tapi kalau kau tak percaya akan kejujuran aku. Terpulanglah",kata Farisha.

Pasal mengandung tu, biarlah aku simpan dulu. Belum tiba masanya untuk diceritakan.gumam Farisha didalam hatinya.

"Arrrghh... aku perlu waktu untuk berfikir",kata Fareez. Dia memegang kepalanya. Serabut!!

"Terpulang dekat kaulah.", Farisha kemudian melangkah kepintu bilik.

"Kau nak pergi mana?", tanya Fareez.

"Aku rasa buat masa ni. Baik kita bagi space to each other. Buat ape kita tinggal dalam bilik bersama kalau tiada persefahaman. Aku bagi kau masa bersendiri", Farisha kemudian berjalan ke bilik sebelah.

Dia kemudian menutup pintu dan merebahkan diri diatas tilam. Sungguh dia tidak larat untuk berfikir. Hanya air mata yang menemaninya sepanjang malam itu.

_________

Selesai mandi, Farisha menghadap cermin untuk melihat wajahnya.

Dah agak!bisik Faeisha sendirian.

Bengkak bawah matanya begitu teruk! Sembap betul.

Arghhh kenapa muncul kat situ pulak!! Dia melihat lehernya yang ada tanda merah kehitaman. Farisha kemudian mengambil bedak gohnson's baby dan meletak dilehernya itu.

Kemudian dia turun kedapur untuk memasak. Walaupun macam manapun perangai Fareez. Tapi dia tetap suaminya. Jadi dia akan tetap jaga makan minum suaminya itu.

Nasi goreng yang dah siap memasak itu, diletakkann dibawah tudung salji. Siap ditulis note.

Makan!

Kemudian dia naik atas semula. Semasa ditangga dia berselisih dengan suaminya. Muka suaminya itu langsung tidak dipandang.

Time ni jugak, mood loya dia datang. Dia menekup mulutnya dengan tangan. Bimbang akan termuntah di lantai. Cepat-cepat dia berlari kebilik air.

Fareez kemudian berpusing memandang kebelakang. Isterinya macam tidak sihat. Perasaan bersalah muncul didalam dirinya. Mesti pasal semalam dia mengasari isterinya menyebabkan isterinya tidak sihat hari ini. Langkahnya mula diatur untuk mengejar Farisha, tapi bila timbul egonya, dia terus turun kebawah.

Mata Fareez terpandang akan sticky note yang tertampal di tudung salji.

Makan!

Teringat dia semalam sewaktu Farisha menyebut Demi Allah, aku tak pernah menduakan kau. Demi Allah, aku cintakan kau.

Betul ke apa yang isterinya cakap. Arghhh persetan! Terus dia berlalu pergi tanpa melihat apa yang dibawah tudung salji itu.







> please support and vote me :*
Sorry kalau ada typo<

SERIOUSLY!! Aku Cinta KauWhere stories live. Discover now