018

1.6K 246 23
                                    

"Jimin?", tegur Jungkook apabila Jimin lama terdiam.

"Nae", jawab Jimin ringkas dengan suara yang lemah.

"Kau okey tak", tanya Jungkook lagi.

Dan jawapan Jimin membuatkan Jungkook dan Rapmon terkejut.Sepanjang mereka berkawan tidak pernah Jimin begitu biadap didepan Rapmon.

Jika hanya Jungkook berada di situ ia tidaklah berapa mengejutkan tetapi Rapmon turut berada di bilik itu.

"Kau rasa? Huh...Bodoh", jawab Jimin lalu masuk ke bilik air.

Jungkook dan Rapmon hanya terdiam apabila melihat kelakuan Jimin.

30 minit sudah berlalu tetapi Jimin masih lagi tidak keluar dari bilik air.

Jungkook bingkas bangun dari katilnya.Memandang ke arah jam sudah menunjukkan pukul 6.00 petang tetapi Jimin masih lagi tidak kelihatan.

Kelihatan Rapmon sedang tidur nyenyak akibat terlalu letih di katil tingkat 2 selepas Jungkook. (Katil dua tingkat)

Jungkook pergi ke arah pintu tandas.Jungkook tidak mengetuk atau memanggil Jimin dari luar malah merapatkan telinganya ke dinding pintu tandas untuk mendengar apa-apa bunyi dari luar.

Namun Jungkook tidak mendengar sebarang bunyi.Pelik, kerana dia pasti Jimin masih belum keluar dari tandas dan jungkook langsung tidak mendengar pintu tandas dibuka.

Jungkook mula cemas, dia mengambil fhon nya lalu memesej Suga yanh berada di bilik sebelah.

------------------------------------------------------------

Jungkook : Hyung..Ade Jimin tak kat sebelah?

15 minit kemudian (lama gila pakcik ni nak balas)

Suga : NO

Jungkook : Jimin takdelah kat sini.Rasanya dia kat dalam tandas tapi takde dengar pape pun.Dah lama dia tak keluar.

Suga : Cer ketuk ke, panggil nama ke.

Jungkook membuat apa yang disuruh oleh Suga.Malah sudah membuatnya beberapa kali tetapi masih tiada maklum balas.

Jungkook : Hyung,, takdelah *emoji =,=

Suga : Hish! Sibuk je org nak tidur.Yelah, kejap lagi hyung datang.

------------------------------------------------------------

Beberpa minit kemudian kedengaran pintu bilik diketuk dari luar.

Jungkook membuka pintu dan kelihatan Suga dengan seluar pendek dan memakai baju singet putih.Sekali pandang memang macam pakcik tepi pantai.

"Mana dia?", tanya Suga sebaik sahaja masuk ke dalam bilik tersebut.

"Dalam tandas", jawab Jungkook ringkas.

Suga mendekati pintu tandas dan pada waktu ini kelakuannya seperti sekolah itu ialah kepunyaannya.Tanpa Jungkook sempat menjelaskan apa yang terjadi.Suga terus menolak pintu tandas itu sekuat hati sehingga pintu itu terbuka dan dalam masa yang sama menghasilkan bunyi yang kuat.

Akhirnya perkara yang lebih dasyat terbongkar.Kelihatan Jimin sedang duduk di tandas mangkuk tandas yang sudah ditutup sambil barang V ditangannya.

"Ape kau buat ni!? Ni bukan kau punya!", Jungkook yang terkejut barang V itu bersama dengan Jimin pantas mengambilnya dari Jimin.

Jimin hanya terdiam dengan memandang muka Jungkook dengan muka yang tidak bersalah.

Barang? Barang apa? Kenapa Jungkook terlalu cemas? Ya... Benda itu ialah earphone kepunyaan V.

JOKE2Where stories live. Discover now