001

4.3K 372 36
                                    

"Tapi...tapi....", kata Jungkook gagap.

Tidak sanggup mendengar kata-kata Doktor bahawa hanya seorang sahaja daripada mereka boleh diselamatkan pada ketika itu.

“Maaf. Semua ni salah aku kalau aku bagi tahu dari awal kita mesti sempat pulihkan V tapi aku ingat korang dah boleh syak sesuatu bila V dah lama begini ", kata Rapmon kesal dengan tindakannya.

"Maksud kau? Jap..jap... maksud kau V dipakaikan earphone sebab penyakit tu jugak?", Suga bingung dengan perkara itu.

“ V mengalami masalah pemikiran selepas kejadian lima tahun yang lepas terjadi. Aku ingat hanya depression jangka masa pendek.Tapi penyakit V ini rupanya mengundang kepada imaginasi ”,

Kata kata rapmon terhenti seketika lalu disambung semula

kawan imaginasi ", kata Rapmon dengan nada yang mula mengecil.

“ Jap ! Jadi apa kena dengan earphone tu ?! Kejadian apa lima tahun lepas ?! ”, Suga mula memberontak memikirkan kisah Rapmon yang sungguh tidak masuk akal.

“ Kejadian dimana ex kekasih V dibunuh ! Dibunuh oleh V sendiri ! V cuba lupakan dan mulakan hidup baru ! Tapi sisi dia yang lain iaitu pembunuh ! mula menghantui ! Membisik ! Merayu ! Menjadi teman...kekesalan diri dia sendiri dan the funny thing is dia cuba dan terus cuba untuk hilangkan bisikan tu dengan earphone.hahahaha ! Dengan earphone ! ”,

Rapmon terus ketawa tanpa menyedari air matanya mula mengalir.Dia kemudian perlahan - lahan berlalu dari situ dengan sisa gelaknya.

Tempat itu kini sunyi.Penuh tanda tanya.Penuh kebingungan dan kesedihan.

" Kamu semua mesti membuat keputusan sekarang.Siapa penerima otak derma tersebut. Alangkah baiknya kalau kita menerima dua penderma tetapi tidak pada kali ini. Kamu boleh berjumpa dengan saya setelah mencapai keputusan ", doktor mula bersuara dan lalu meninggalkan mereka.

Jungkook terduduk di atas lantai.Menggenggam rambutnya sambil tertunduk ke bawah.

“ Aku tak sangka. Selama ini yang aku pertahankan, rupanya mempunyai sebab yang sememangnya tidak boleh dimaafkan ”

Keliru. Hanya itu yang bermain dikepala Jungkook.

"Jom, kita tengok mereka berdua ", ajak Jhope untuk pergi melihat V dan Jimin yang ditempatkan di bilik pesakit yang sama.

"Jom", kata Suga sambil menghulurkan tangan untuk menolong Jungkook berdiri.

Walaupun sekarang ini mereka tahu keadaan sedang kucar-kacir tetapi mereka terpaksa menghadapinya.

Mereka perlahan-lahan masuk ke bilik pesakit tersebut dan kelihatan Jimin dan V sedang baring di atas katil dan dipakaikan bantuan alat pernafasan.Kelihatan keadaan jimin yang sangat teruk dengan wayar yang banyak di badan.

Jungkook melutut berhampiran dengan katil Jimin.Air mata kelihatan mula mengalir.

" Hyung. Kau tak patut ada disini ", kata Jungkook sambil menangis dan menutup mata dengan lengannya.

" kook, kau dah pilih? ", tanya Suga memecahkan kesunyian bilik.

Jungkook perlahan - lahan mengangkat kepalanya lalu dilemparkan pandangannya kearah V yang berada di sebelah katil Jimin.

Pandangan penuh kekesalan, kecewa.

Jungkook kemudiannya terus keluar dari bilik pesakit dan terus menuju ke pejabat doktor.

"Doktor, saya dah ada keputusan ", kata Jungkook.

__

JOKE2Where stories live. Discover now