•Kehidupan Baharu 3•

3.4K 180 1
                                    

"Abang, lama lagi ke Zahra nak balik?", tanya bondaku. "Hmm... tak tahu lah", kata ayahda. "Kring... kring... kring...", telefon berdering. Ayahda menjawab panggilan telefon. "Hello?", kata ayahda. "Kami daripada pihak perkhemahan musim panas. Anak tuanku telah hilang di dalam hutan. Kami sedang membuat penyiasatan dan pencarian Puteri Stella Zahra", kata seorang lelaki. "Apa? Hilang?!", kata ayahda. "Insyaallah, pasti Puteri akan dijumpai semula", kata lelaki itu. "Baiklah", kata ayahda. Ayahda mematikan panggilan. "Kenapa, abang?", kata bonda. "Err... Zahra.. Zahra.. hilang", kata ayahda. "Hilang?!", kata bonda sambil menangis. Ayahda mengarahkan pengawal istana untuk pergi ke tapak perkhemahan musim panas untuk mencariku.
------------------------------------------------------
"Hari ini kita nak belajar mengemas rumah kan?", kataku. "Ye..", kata Dhian. "Mula - mula, kita belajar mengemop, menyapu dan menghias rumah", kata Dhian. "Jom mulakan", kataku. Aku mengambil penyapu dan penyodok. Aku menyapu lantai rumah itu dengan bersih. Dhian yang melihat aku dari jauh hanya tersenyum melihat aku. Selepas menyapu, aku mengambil sebaldi air lalu dicampurkan dengan sabun. Aku meletakkan mop di dalam baldi. Aku memerah mop sehingga kering. Aku mula mengemop lantai. "Siap pun", kataku. "Jom, berhias", ajak Dhian. Aku dan Dhian masuk ke dalam biliknya. "Duduklah Ara. Saya akan ajar awak. Mula - mula, pakai baju ini", kata Dhian sambil menghulurkan baju gaun berwarna putih. Aku memakai baju itu. Kemudian, Dhian menghias aku. Aku kelihatan berbeza. Selepas itu, Dhian meletakkan tiara berwarna putih yang sangat cantik di atas kepalaku. Dia menghulurkan sarung tangan yang berbunga putih kepadaku. Aku mengucapkan terima kasih kepada Dhian. "Mari keluar, saya dan nenek akan menghantar awak pulang", kata Dhian. Aku, Dhian dan nenek berjalan pulang ke tapak perkhemahan.

Puteri TomboyWhere stories live. Discover now