•Perkhemahan Musim Panas 1•

4K 182 1
                                    

"Puteri Zahra, turun makan", kata dayang - dayang istana. "Saya tak lapar", kataku ringkas. Aku baring di atas katilku. Aku membuka televisyen. Aku tidak mahu menegur ayahda dan bonda. Aku leka menonton televisyen. Semasa iklan, terdapat satu iklan yang mempromosikan perkhemahan musim panas selama 5 hari dengan harga RM 250.00 sahaja. Aku berasa teruja. Aku ingin mengikuti perkhemahan itu untuk menenangkan fikiran. "Nak pergi lah. Tapi, ayahda dan bonda bagi ke aku pergi? Hmm.. aku pergi jelah. Esok pagi aku akan bertolak awal - awal dan mengajak dayang Sofia bersama. Aku akan meninggalkan surat di atas mejaku", kataku sendirian. Aku mengambil kertas dan pen lalu segera menulis surat untuk ayahda dan bonda. "Kak Siti, mana Zahra?", tanya bondaku. "Puteri Zahra tidak lapar", kata Kak Siti. "Abang, macam mana ni. Kalau Zahra sakit? Saya risau la", kata bonda. "Yelah, kalau dia merajuk?", kata ayahda. Ayahda dan bonda makan malam berdua sahaja. Aku mengambil tabung milikku dan mengira duit simpananku. Aku mempunyai RM 700.00. Aku sangat gembira. "Duit ini cukup untuk aku dan dayang Sofia", kataku. Aku melihat jam dinding. Jam menunjukkan pukul 11:00 malam. Aku turun ke bawah dan memanggil dayang Sofia. Aku memberitahu dia yang aku mahu dia ikut bersama. Dia risau jika Raja dan Permaisuri marah. "Kak Sofia, ikut jelah", kataku. Sofia hanya menganggukkan kepalanya. Aku naik ke atas dan terus melelapkan mataku.

Puteri TomboyWhere stories live. Discover now