•Tugas Kumpulan•

3.5K 182 0
                                    

Pagi ini, aku bangun awal. Aku mengambil tuala dan alatan mandi. Aku keluar dari khemah dan segera pergi ke sungai untuk mandi. Selepas mandi, aku masuk ke dalam khemah. Aku memakai baju berlengan panjang berwarna putih berbelang hitam, seluar tracksuit berwarna coklat dan topi berwarna kelabu. Aku pergi ke khemah kak Sofia. Kak Sofia dan aku keluar untuk bersarapan. Selepas bersarapan, aku berkumpul di tempat yang telah ditetapkan. Aku mendengar taklimat berkenaan tugasan kumpulan. Aku berkumpulan dengan beberapa orang. Tugas kumpulan kami ialah mengumpulkan kayu dan ranting di dalam hutan. Aku dan ahli kumpulanku masuk ke dalam hutan. Aku segera mengumpulkan kayu dan ranting. Aku berasa sangat gembira dan seronok. Aku mengumpulkan banyak kayu dan ranting. Aku mengambil tali lalu aku ikat kayu dan ranting itu. Aku membantu rakan - rakanku untuk mengumpulkan kayu dan ranting. Mereka berasa gembira berkawan denganku walaupun aku berbeza dengan mereka. Aku mengumpulkan kayu dan ranting dengan cepat. Tanpa aku sedari, aku telah terpisah dengan ahli kumpulanku. Aku berasa panik.

Puteri TomboyWhere stories live. Discover now