•Kehidupan Puteri Stella 1•

7.1K 299 1
                                    

"Zahra, bangun", kata bondaku sambil membuka langsir di dalam bilikku.  "Kenapa bonda?", tanyaku yang masih baring di atas katil. "Bangunlah Zahra. Sudah pukul 10:00 pagi ni", kata bondaku. " Ala, bonda. Baru pukul 10:00 pagi. Nantilah Zahra bangun. Zahra penat dan mengantuk ni. Tak larat nak bangun", kataku. "Puteri Stella Zahra!", jerit bondaku. Mendengar jeritan bonda, Aku segera bangun dan menuju ke bilik air. Aku memberus gigiku lalu mandi di dalam  bathtub. Aku mengelap badanku dan memakai baju berlengan pendek berwarna coklat dan seluar jeans berwarna hitam. Aku mengikat rambutku lalu aku memakai topi berwarna biru muda. Sebelum turun ke bawah, aku mengambil earphone dan telefonku. Aku memasang lagu K-pop kegemaranku lalu bergegas turun ke bawah. Aku mengambil tempat di sebelah bondaku. Ayahda dan bonda yang sedang menikmati sarapan terkejut melihat aku. Aku melihat ayahda dan bonda yang memerhatikan aku. "Zahra! Baju apa yang kamu pakai ini?", tanya ayahda. "Awak ini macam tak kenal puteri awak ni. Kan hari - hari dia pakai baju begini", kata bonda pula. "Zahra, kamu mahu ayahda nasihatkan kamu bagaimana? Kamu bukannya mahu mendengar kata ayahda dan bonda. Ubahlah perangai kamu tu. Pakai baju yang sopan, makan dengan sopan dan melakukan semua yang tuan puteri lakukan", kata ayahda. Aku hanya menganggukkan kepalaku. Selepas bersarapan, aku naik ke atas.

Puteri TomboyWhere stories live. Discover now