•Guru Baharu 2•

4.3K 219 0
                                    

"Zahra, mari duduk sebelah bonda", kata bondaku. Aku duduk di sebelah bondaku. Aku mengambil sepinggan mee goreng dan secawan air milo. Aku makan dengan cepat. Selepas makan, aku ingin keluar dari istana untuk ke taman bunga istana. " Zahra, kamu hendak ke mana?", tanya ayahda. "Saya mahu ke taman bunga, ayahda", jawabku.
" Zahra, boleh tak kamu ke dewan mini istana?", kata bonda. "Err.. boleh bonda", kataku. Aku menuju ke dewan mini istana. Aku tertanya - tanya mengapa bonda mahu aku ke dewan mini istana. Aku masuk ke dalam dewan mini istana. Saiz dewan mini istana itu hanya separuh saiz daripada dewan utama. Aku duduk di atas kerusi sementara menunggu ayahda dan bonda. " Zahra, mari ke sini", kata bondaku. Aku pergi ke arah bondaku yang sedang berdiri bersama 3 orang wanita. "Bonda, siapa ini?", tanyaku. " Zahra, ini guru baharu kamu. Ini Cik Lisya, dia guru tarian. Ini pula Cik Mya, dia guru pakaian. Dan ini Cik Putri, dia guru masakan", kata bonda. "Mereka buat apa di sini", kataku sambil berbisik. "Mereka ini guru yang akan mengajar Zahra. Oh, ya. Ini, Puteri Stella Zahra, anak beta", kata bonda. Aku terkejut. "Ayahda dan bonda menyuruh 3 orang wanita ini mengajar aku!? Oh, tidak!! Bonda, janganlah", kataku di dalam hati.  "Zahra, bonda turun dahulu. Kamu belajar ya", kata bonda sambil mengenyit mata kepadaku. Aku hanya menganggukkan kepalaku.

Puteri TomboyWhere stories live. Discover now