•Kehidupan Baharu 1•

3.4K 184 0
                                    

"Puteri, mari makan. Makan malam sudah siap", kata Dhian. Aku keluar dari bilikku lalu pergi membasuh tangan. Aku duduk di atas kerusi. Malam ini, aku makan dengan berselera. "Emm.. sedapnya", kataku. "Mestilah. Puteri, ini Dhian yang masak", kata nenek. Dhian tersenyum malu. "Nanti puteri belajarlah masak dengan Dhian", kata nenek. "Tidak perlulah panggil puteri, panggil sahaja nama saya", kataku sambil tersenyum. "Nenek saya nak minta tolong boleh?", tanyaku. "Tolong apa?", kata nenek. "Nenek tolong hantarkan saya pulang ke tapak perkhemahan dan ajar saya menjadi puteri sempurna", kataku. "Puteri sempurna?", kata Dhian. "Apa maksud Ara? Ara kan puteri yang sempurna", kata nenek. "Mungkin nenek dan Dhian rasa begitu. Tetapi, Ara memang tidak seperti puteri raja. Ara selalu membuat ayahda dan bonda marah. Ara banyak bersalah pada mereka. Ara selalu bangun lambat, pakai baju pun macam apa, selalu pakai topi, tidak pakai tiara dan tidak mahu mendengar kata ayahda dan bonda. Ara rasa bersalah", kataku. "Nanti, Dhian dan nenek akan ajar Ara memasak, berhias dan banyak lagi. Ara jangan sedih ya", kata Dhian. Aku menghabiskan makanan dengan cepat. Selepas makan, aku masuk ke dalam bilikku. Aku pelik dengan diriku sejak tinggal bersama nenek dan Dhian. Aku baring di atas katil dan melelapkan mataku.

Puteri TomboyWhere stories live. Discover now