-7 | x

3.8K 97 12
                                    

Aku hilang arah tuju. Aku jadi keliru. Tak tahu nak ke arah mana. Bagi aku, semua arah seperti sama sahaja. Tiada penyelesaiannya. Tangisku tidak berhenti, teresak-esak. Penuh dengan luka dia hati. Sumpah, aku takut. Apa yang terjadi tadi luar dalam jangkaan aku. Tak sangka, ibu sanggup memperlakukan anaknya sebegini. Aku tahu aku jahat, tapi aku tak sejahat ibu. Jual badan.

Tiba-tiba, langit berdentum, kilat mulai sambar-menyambar. Air mulai turun dari langit. Makin gila aku dibuatnya. Hujan seolah-olah ingin menemani kesedihanku, dan kilat umpama diriku yang tak terasa seperti tidak waras. Makin kuat tangisanku. Aku tiada tempat teduh. Aku jadi gila. Aku tak mampu bertahan.

"Arghhhhhhhhhhhhhh!"

Aku jadi takut. Apa agaknya nasib aku pada malam ini? Mana aku nak tidur?

Aku sandar di salah satu pokok yang besar,cuba berteduh walaupun masih dibasahi oleh gerimis hujan. Tiba-tiba perasan risau aku datang. Apa bakal jadi jika datang sesiapa yang ingin mengapa-apakan aku? Bunyi guruh makin kuat, ketakutan aku juga mulai membuak-buak.

I'll always be with you.

Yes...

Kenapa aku tak ingat?

Bait kata Adrian terngiang-ngiang di fikiranku. Ya, Adrian. Aku patut minta pertolongan dia. Mungkin dia boleh bantu aku.

Aku terus pergi ke simpang arah rumah Adrian. Hampir tersesat, banyak sangat simpang sebelum sampai ke rumah dia. Lagipun malam dan hujan. Anzietiku turut hadir memandangkan cuaca seperti inilah cuaca yang baik untuk orang buat jahat.

Hampir 20minit aku berpusing-pusing di tempat yang sama, akhirnya aku jumpa. Yes. Rumah nombor 56. Finally. Aku menekan butang loceng kuat gila. Banyak kali.

Tolong aku Adrian.

◆◆◆

Adrian

Aku terdengar bunyi loceng ditekan bertubi-tubi. Seperti seseorang yang berada dalam kecemasan ingin meminta pertolongan. Pandang sekilas ke arah jam dinding di ruang tamu, 10:30 malam. Malam bukan siang. Siapa pulak datang malam-malam ni. Rumah ni bukan setakat malam, siang pun memang takkan ada orang datang. Aku keluar ke luar rumah untuk melihat siapa yang bertandang rumah orang malam-malam ni? Macam seram je rasa. Orang ke bukan?

Mataku melilau mencari alat untuk digunakan sebagai alat perlindungan. Safety comes first, right? Ok, penyapu pun penyapulah. Asalkan boleh protect myself.

Tapakku perlahan-lahan melangkah. Makin dekat ke arah luar, kelihatan seorang wanita berbadan kecil, berambut panjang, dalam keadaan basah kuyup. Macam hantu sikit.

Bila aku perhatikan betul-betul, menangis ke? Tersendu-sendu dia. Hantu ke? Seram sejuk aku dibuatnya. Tapi, mana tahu orang? Jadi aku cuba dekati dia. Payung yang aku gantung di pintu gril aku capai lalu jalan ke arah pagar. Suara tu. Aku kenal suara tu. Aku cuba mengamit suara itu lagi, takut tersalah dengar. But this time, aku tahu tu suara siapa. Tak silap lagi.

Tiara Nasuha.

"Tiana?" soalku.

"Ezryl? Ezryl, tolong aku Ezryl. Tolong aku.....please.... " soalnya menangis teresak-esak. Aku jadi lebih sedih bila teringat peristiwa hitam tadi.

"Macam mana boleh jadi macam ni?" soal aku sambil pergi ke arahnya. Kami berdua kini berada di bawah teduhan payung. Kondisinya sangat teruk, yang aku nampak. Secara fizikal pun teruk, aku yakin mental dia lebih bercelaru.

Dia mendekati aku selangkah dan tangan erat melingkar di sekeliling badanku. Saat itu aku tahu, dia perlukan seseorang.

"Masuk dulu, Tiana." kataku lembut sambil mengusap kepalanya dan memeluknya untuk memujuk.

HidupWhere stories live. Discover now