-6

2.7K 109 19
                                    

Aku terus bergegas keluar dari bilik kaunseling. Tak mahu dekat lagi dengan bilik tersebut. Tak mahu dekat lagi dengan Cikgu Zariq. Aku berjalan pantas, lekas. Tak perlu lari, kalau Zariq bodoh tu kejar, maka dia memang ternyata bodoh. Tapi, rasanya dia cukup educated kot.

Kaki aku bergerak ke satu tempat. Kelas.

Tujuan aku hanya satu.

Adrian.

Aku memandang sekilas jam tangan berjenama Daniel Wellington version ciplak di tangan kiriku. 10:10 pagi. Selalu orang kata aku pelik sebab pakai jam kat tangan kiri. No, pakai jam tangan kanan nanti tak selesa kot nak menulis? Ah, apa-apa jelah. Lain orang lain cara.

Lagi 10 minit nak rehat. Sekarang masa Puan Zaiton Malik. Guru matapelajaran Sains. Aku decide untuk tunggu je kat luar kelas. Lagi sepuluh minit je, malaslah nak masuk. Dahlah subjek Sains ni tak berapa friendly dengan aku. Plus, kalau masuk kang kena bebel je. Mana pergilah, jumpa siapalah. Banyak sangat tanya. Pelajar lain okaylah, tak belajar bila Puan Zaiton ni membebel. Yang bebelan tu aku kena hadap. Parah.

Baru satu minit? Lamanya masa berlalu. Rasa macam nak menangis. Kalau buat jahat memang masa tu rasa macam bergerak lambat je eh...

4 minit.

Lagi 6 minit. Lagi 6 minit. Tak lama pun lagi. Kenapa 6 minit rasa macam 6 tahun je ni?!

10 minit.

KRINGGG!

Yes, bagus. Finally. Lamanya tunggu ya ampun.

"Tiara, baru habis? Semua dah settle?" soal Puan Zaiton. Oh, so dia tahu aku pergi mana.

"Errㅡ Haah cikgu, dah. Semuanya dah selesai." balasku sambil tersenyum, cover penipuanku. Takpe... Bohong sunat, darurat. Puan Zaiton hanya mengangguk dan berlalu pergi. Mungkin lapar sangat sebab tu nampak tergesa-gesa. Eh, tengok badanlah.

Aku lantas masuk ke kelas. Adrian belum keluar. Dia tengah kemas buku lagi. Bagus. Aku lantas pergi ke tempat dudukku, Adrian melihatku sambil tersenyum. Aku mulakan bicara, tak sanggup tengok dia tenung aku macam tu, macam apa je.

"Ezryl..." aku panggil. Dalam nada lembut. Dan bersalah.

"Ya saya?"

"Errㅡ Akuㅡ Akuㅡ Aku nak cakap sikit pasal semalam." balasku sambil menggaru leherku. Habit bila buat salah.

"Semalam? Semalam awak buat apa dekat saya? Kenapa sampai tergagap-gagap?" balasnya sambil tersenyum. Manis. Sangat manis.

Mamat ni sengaja nak aku sebut pasal kesalahan aku atau tak ingat pasal semalam atau tak anggap aku buat kesalahan semalam?

Adrian Ezryl ni memang suka menyeksa jiwa raga aku ke.

"Em. Semalam- kan aku tengking kau. Marah kau tak tentu pasal." ujarku, sangat takut kalau-kalau dia marah. Aku paling benci kalau orang benci aku. Lagi-lagi orang yang dah rapat dengan aku. Yang macam sial tu lantaklah.

"Oh! Yang awak halau saya tu eh?" soalnya sambil tersengih. Eh, dia ni. Kena halau pun boleh senyum lagi.

"Yela.. yang kau kena marah, tengking dengan aku. Dengan halau sekali. Maaf andai aku terlalu kejam terhadapmu." kataku sambil tertawa kecil dan menggosok belakang leher.

"Takpe. Lupakan je. Masa tu emosi awak tak stabil, kan. Awak dah makan?" soalnya. Mamat ni, aku cakap bodoh kang marah, kan baru rehat, sah-sahlah belum makan.

"Belum." Balasku sepatah. Nak je tambah 'bodoh' kat hujung tapi soalan dia macam nak belanja makan je...

"Nah. Saya bawa lebih. Hehe." katanya tersengih. Bekal? Atau aku lebih suka panggil bento, style Japanese sikit. Rajin Adrian buat bento.

HidupTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang