-3

3.3K 133 17
                                    

Tiana

Pada mulanya, takutlah jugakkan. Bukan, takut gila. Walaupun Adrian itu kawan aku, dia tetap seorang lelaki. Nak hantar balik rumah lagi. Mana tau dia nak buat apa-apa, kan? Masih ada dara pun orang pandang macam takde dara, apatah lagi bila dah takde dara. Lagi teruk.

Ibu yang pelacur, diorang ingat aku pun jual badan. Sial. Sial seribu kali sial.

Tapi sebab tak mahu kecilkan hati Adrian, aku ikut juga. Nanti apa pula dia kata, aku tak percayakan dia?

Aku melambai tangan pada Adrian sambil tersenyum ke arahnya setelah tiba di rumahku yang jika dibandingkan dengan rumah Adrian, bagai langit dengan bumi. Jauh beza. Hidup pun berbeza.

"Jangan lupa esok!" dia mengingatkan aku. Aku hanya tersenyum dan mengangguk. Ingatlah kot esok.

Aku terus masuk ke dalam rumah. Jam menunjukkan pukul 4 petang, lambatnya aku balik. Sebab sebelum Adrian terus hantar, dia belanja makan tadi. Sedap wo orang belanja Burger King.

"Woi betina, kau kenapa balik lambat sangat?" Aku disahut dengan soalan begitu oleh bapaku apabila tiba dirumah. Ibu dan bapak dah balik. Haih. Bukan nak tanya anak dah makan ke belum. Bukan nak tanya aku okay ke tak. Ni mem'betina'kan aku. Betina tu untuk binatang, aku manusialah. Kalau aku betina, ibu tu apa?

"Aku pegi rumah kawan tadi." tiada lagi kata hormatku kepada mereka berdua. Aku hilang hormat pada mereka, lebih-lebih lagi pada bapaku. Mereka pun tak marah aku guna bahasa kasar dengan diorang, jadi tiada masalahlah.

Lagipun, mereka tak pernah ajar aku cara menghormati diri mereka sendiri. So why bother.

"Kau pegi masak sekarang. Balik lambat-lambat. Bodoh. Macam tak tau pulak aku penat kerja nak kasi kau makan." kata ibuku pula.

Penat beromen ke mak.

Aku hanya mengeluh tanpa memberi sebarang jawapan. Baru sahaja ingin mengatur langkah ke dapur. Ibu panggil.

"Eh, kejap. Sape jantan tadi? Kawan? Ke kau nak jadi macam aku? Haritu aku suruh kau kerja dengan aku taknak, kau kan lawa. Patutlah, nak kaut lagi kaya. Porsche lagi. Mana layan cikai-cikai kan. Kau taste tinggi." kata ibu dalam nada sinis sambil tangannya menukar channel televisyen.

Aku naik bengis. Kalau mak bapak pun dah pandang aku macam ni, apatah lagi masyarakat lain. Aku dah takde tempat bergantung, nak luahkan perasaan marah, benci, sedih, kecewa. Sakit sangat rasanya.

"Apa kau mengarut ni? Kau ni jangan cari pasal boleh tak? Aku malaslah nak gaduh dengan kau. Nanti cop aku anak derhakalah apalah, padahal diri sendiri pun tak reti jaga anak. Pastu aku juga kena sepak terajang dengan bapak. Kan aku cakap tu kawan aku, maksudnya kawan akulah. Berapa kali aku nak cakap? Aku tak buatlah kerja tu semua. Cukuplah orang kutuk aku sebab korang, lagi teruk aku kena kutuk kalau jadi macam korang. Dah, aku nak masak. Kau nak makan, kan?" balasku tanpa memusing dan terus mengatur langkah ke arah dapur. Geram.

Malas nak layan tuduhan bodoh terhadap aku, kalau mak sendiri pun cakap aku nak jadi pelacur, apatah lagi masyarakat dunia yang tak pernah faham perasaan aku, yang mereka tahu, tuduh dan fitnah.

Sial.

Usai memasak, makanan aku letak diatas meja untuk dihidangkan. Aku taknak makan. Dah kenyang. Aku hanya menjerit.

"Woi makanan dah siap!"

Aku tahu ia terlalu kurang ajar, tapi perlu ke aku hormat manusia yang tak hormat aku? Meluat.

Lantas aku masuk ke dalam bilik.

1.

2.

3.

HidupWhere stories live. Discover now