DERITA 13

4.4K 92 0
                                    

"oooh... ini kerja awak, ya syafikah? awak berlaku curang di belakang saya", kata razif dengan marah. "abang pun berlaku curang di belakang saya. malah lebih teruk lagi daripada saya... saya tahu setiap kali abang keluar malam tentu abang pergi bersukaria dengan perempuan lain, kan?... abang ingat saya tak tahu ke rahsia abang tu... saya tahulah... cuma saya aje yang buat tak tahu...", lawan syafikah dengan berani. kali ini dia tidak takut lagi pada suaminya. dia ingin meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya selama ini. perlahan lahan dia bangun dari tempat duduknya. begitu juga dengan hafizi

razif datang menghampiri mereka berdua. "oh... awak sudah berani melawan cakap abang ye... perempuan sial...", razif terus mengangkat tangannya untuk menampar wajah syafikah tetapi tangannya di pegang erat oleh hafizi. "Kau jangan tampar dia lagi... dia sudah cukup menderita kerana di pukul dan di dera oleh kau selama ini...", kata hafizi dengan suara yang marah. "hey!... saya ni suaminya lah.saya ada hak ke atasnya... saya pukul dia ke apa ke... itu saya punya suka lah... yang awak halang saya ni kenapa, hah?... awak bukannya ada hak ke atas dia pun...", jerkah razif dengan marah. "memang betul saya tak ada hak ke atas dia tapi saya ada hak untuk bersuara membela kaum perempuan yang lemah. jangan kerana cemburu dan sakit hati, awak memukul dan mendera isteri awak sendiri... dia bukannya binatang untuk di pukul dan di dera sesuka hati awak saja. dia manusia biasa punya hati dan perasaan, tau!...", hujah hafizi panjang lebar.

"ahhh... saya tak mahu mendengar hujah awak tu. saya tahu awak ada hati dengan dia sebab itu lah awak beriya iya sangat hendak membelanya... selagi saya hidup di muka bumi ini jangan haraplah awak akan dapatkan dia semula. saya tak akan lepaskan dia ke tangan awak...", kata razif dengan garang. "memang dari dulu lagi saya ada hati dengan syafikah tapi awak yang merampas dia dari saya. jadi saya tak ada peluang untuk mendekatinya tapi sekarang saya tak mahu berdiam diri lagi. saya ingin membela nasib syafikah yang malang setelah berkahwin dengan lelaki tak guna macam awak ni...", kata hafizi dengan penuh emosi. "celaka betul awak ni...beraninya awak berkata begitu pada saya... nah!... ambik ni...", razif brsuara dengan marah. dia terus menumbuk wajah hafizi. Namun hafizi sempat mengelak. dia menumbuk wajah razif. lelaki tersebut terus terjatuh di atas lantai.

razif bangun semula. hidungnya berdarah akibat di tumbuk oleh hafizi. mereka mula bertumbuk dan pukul memukul sehinggakan syafikah merasa cemas apabila melihat kejadian tersebut. "abang!... hafizi!... sudahlah tu...", kata syafikah dengan cemas tetapi mereka tidak menghiraukan perkataannya. Malah mereka terus bertumbuk dan bertumbuk. Setelah lama beradu tenaga, razif terus berlari ke dapur. hafizi mengejarnya dari belakang. ketika hafizi sampai di ruang dapur itu, razif sudah pun bersedia menunggunya dengan pisau terhunus di tangannya. "kalau berani lawanlah saya... kali ini saya akan bunuh awak dengan pisau ni...", kata razif dengan garang.

DERITA (PG13)Where stories live. Discover now