DERITA 3

6.2K 142 0
                                    

- 2 minggu kemudian (selepas mereka balik dari berbulan madu) -

sebuah lori barang dan sebuah kereta honda civic berwarna merah jambu berhenti betul betul di hadapan rumah yang indah itu. perlahan lahan syafikah melangkah keluar dari dalam kereta tersebut. suaminya razif pun turut melangkah keluar dari dalam kereta tersebut lalu berdiri di sebelah syafikah.

"inilah rumah yang abang belikan untuk kita. amacam awak suka tak rumah ni?"
"rumah ni nampak best lah bang... saya sukakannya..."
"kalau macam tu baguslah. mari kita sama sama mengangkat semua barang ni ke dalam rumah..."
"baiklah bang..."
mereka pun mula mengangkat masuk barang barang milik mereka ke dalam rumah tersebut.

*** *** ***

Hafizi sedang duduk di dalam bilik tidurnya. kelihatan adiknya amin melangkah masuk ke dalam bilik tidurnya. dia datang menghampiri hafizi. "abang... kita ada jiran barulah...", kata amin pada abangnya yang sedang leka melayari internet di dalam laptopnya. "jiran baru?... awak tahu dari mana?", soal hafizi masih leka memerhatikan laman web yang terpapar di atas skrin laptop di atas ribanya. "Tadi saya nampak ada sebuah lori barang berhenti depan rumah kosong sebelah rumah kita ni. Saya tengok ada orang bawa masuk barang barang ke dalam rumah sebelah... kalau abang tak percaya, abang pergi lah tengok kat luar sana tu. jiran baru tu sedang mengangkat barang barang mereka masuk ke dalam rumah kosong di sebelah rumah kita ni...", kata amin.

hafizi pun terus bangun dari atas birai katilnya. dia melangkah menuju ke arah tingkap bilik tidurnya. dia mnjenguk ke luar. memang betul apa yang di katakan oleh adiknya amin yang baru berusia 13 tahun itu. kelihatan 4 orang manusia sedang mengangkat barang barang di luar rumah kosong tersebut. dia memandang ke arah jiran barunya itu. alangkah terkejutnya dia apabila dia melihat syafikah dengan suami barunya sedang sibuk mengangkat barang barang mereka masuk ke dalam rumah kosong tersebut.

"ya Allah... kenapa pula diorang yang jadi penghuni rumah sebelah ni?... dah tak ada rumah lain lagi ke untuk diorang tu? hish!...", gerutu hafizi separuh geram. "kenapa abang marah marah ni?... abang tak suka ke diorang pindah masuk ke dalam rumah kosong tu?", soal amin. dia memandang wajah abangnya. "awak diamlah. awak pergi buat kerja rumah awak tu. abang nak keluar sekejap...", kata hafizi dengan pantas. amin melangkah pergi dari situ. hafizi menarik nafas panjang lalu menghembuskannya perlahan lahan. dia cuba untuk bertenang. Kemudian dia melangkah keluar dari dalam bilik tidur tersebut.

*** *** ***

Syafikah mengangkat barang barang peribadinya ke dalam rumah tersebut. manakala razif pula sedang sibuk mengangkat barang barang dari dalam lori itu dengan di bantu oleh 2 orang lelaki yang ada di situ. ketika mereka sedang sibuk mengangkat barang barang tersebut tiba tiba, "hai... boleh saya tolong angkat barang barang korang tu?", soal 1 suara. razif pun terus mengangkat wajahnya. Kelihatan seorang lelaki sedang berdiri tidak jauh dari situ. "oh...boleh...", jawap razif sambil tersenyum. lelaki itu mula mengangkat barang dengannya.

"korang berdua ni ke jiran baru yang nak pindah masuk ke dalam rumah ni?", soal lelaki tersebut. "ya, awak ni siapa?", soal razif ingin tahu. "Oh... saya jiran sebelah rumah korang... nama saya hafizi bin mohd hamidi...", jawapnya dengan ramah sekali. Dia menghulurkan tangannya untuk bersalaman. Razif pun bersalaman dengan lelaki bernama hafizi itu. "oh... nama saya razif bin suhaimi. mari saya perkenalkan awak pada isteri saya... syafikah!... oh!... syafikah...", razif memanggil isterinya. "ada apa abang?", soal syafikah dari dalam rumah itu. Dia melangkah keluar dari dalam rumah tersebut. "mari sini sekejap. abang perkenalkan awak pada seseorang...", balas razif. langkah kaki syafikah terhenti di situ juga apabila dia melihat ada seorang lelaki sedang berdiri di sebelah suaminya. dia kenal sangat lelaki tersebut. "hafizi?...", desis hati kecilnya, terkejut...

DERITA (PG13)Where stories live. Discover now