DERITA 7

4.3K 102 1
                                    

hafizi duduk di kerusinya sambil menggaruk kepalanya yang tak gatal. "kenapa pula syafikah tiba tiba nak berhenti kerja ni?... dia ada masalah ke?", soal hati kecilnya gusar. dia gusar kerana dia tahu dia takkan berpeluang lagi untuk mendekati syafikah jika dia betul betul berhenti kerja dari syarikat itu. ini membuatkannya merasa tidak sedap hati. Sebaik saja dia melihat syafikah melangkah keluar dari pejabat majikan mereka itu dia pun terus mndekati perempuan itu. "syafikah tunggu sekejap...", kata hafizi. Lengan kiri syafikah di pegangnya erat. "ada apa lagi ni, fiz?", soal syafikah separuh jengkel. dia memandang wajah hafizi. "kenapa awak tiba tiba nak berhenti kerja ni? awak ada masalah ke?", soal hafizi ingin tahu. "kenapa awak ni penyibuk sangat, hah? asyik tanya hal orang lain aje...", kata syafikah marah. dia menepis tangan hafizi dengan kasar.

"saya tanya ni sebab saya nak tahu apa yang telah terjadi... dulu awak cakap awak sukakan kerja ni tapi kenapa tiba tiba awak berhenti kerja pula?", soal hafizi lagi. "maaf, saya tak ada masa untuk menjawap soalan awak tu. tolong jangan ganggu saya lagi", kata syafikah. "kenapa pula awak cakap macam tu syafikah? apa salah saya sehinggakan awak buat saya macam ni?", soal hafizi ingin tahu tetapi syafikah tidak menjawap soalannya itu. malahan dia terus beredar dari situ. Ketika dia melangkah keluar dari bangunan syarikat teraju mas itu dia terserempak dengan maria di situ. mereka pun berbual panjang...

*** *** ***

"kenapa awak balik lambat, hah? awak pergi ke mana tadi? awak pergi berjumpa dengan hafizi lagi ke?", soal razif pada isterinya itu. "eh... tidak lah bang. saya berjumpa dengan maria tadi... kami berbual panjang. tu sebabnya saya balik lambat...", jawap syafikah. "buat apa awak berjumpa dengan dia pula?", soal razif ingin tahu. "kami berjumpa secara kebetulan aje... kenapa? salah ke jika saya berjumpa dengan kawan baik saya sendiri?", jawap syafikah jengkel. "berjumpa tu tak salah tapi jangan sampai awak bercerita memburuk-burukkan abang dengan kawan awak tu pula... abang tak suka, tau!", kata razif. "kenapa abang selalu saja berfikiran negatif macam tu?... saya tak pernah pun memburuk burukkan abang pada orang lain... abang seorang saja yang buruk sangka macam tu...", kata syafikah separuh geram. "boleh percaya ke cakap awak ni?", razif bersuara macam tak percaya. "kalau tidak percaya, awak tanyalah maria...", kata syafikah pantas. "yelah tu, by the way, awak ada berjumpa dengan bos awak tak?", soal razif ingin tahu. "dah... dia dah luluskan permohonan saya untuk berhenti kerja... puaslah hati abang sekarang sebab saya sudah berhenti kerja", kata syafikah.

"ya, memang puas hati. Harap lepas ni hafizi tidak akan mengganggu awak lagi sebab abang tak suka hafizi mengganggu awak... awak tu milik abang. jadi, abang ada hak ke atas awak", kata razif tegas. "kalau ada hak pun janganlah sampai pukul memukul... gertak menggertak. tak baik tau bang...", kata syafikah cuba menyedarkan suaminya itu. "hey!... itu adalah salah 1 cara bagaimana abang hendak mempertahankan hak abang. jangan pula awak pandai pandai menasihati abang... abang tahu apa yang abang lakukan...", kata razif dengan pantas. "yelah tu...", balas syafikah separuh jengkel. "syafikah, mulai dari hari ni abang tak mahu awak keluar dari rumah ni tanpa meminta izin dari abang. kalau ada barang keperluan di dapur yang kurang awak bagi tahu abang saja, ok? biar abang seorang saja yang keluar membelinya... awak tak payah keluar dari rumah ni. nanti hafizi datang mengganggu awak pula...", kata razif dengan tegas.

"jadi abang nak saya hidup terkurung dalam rumah ni, begitu?", soal syafikah cukup geram. "bukan macam tu. maksud abang macam ni, awak tak boleh keluar seorang diri dari dalam rumah ni dengan sesuka hati awak. kalau abang tahu awak keluar juga dari rumah ni tanpa memberitahu abang terlebih dahulu, jaga awak!... abang akan kerjakan awak cukup cukup!...", kata razif dengan garang. kecut perut syafikah di buatnya. "ingat cakap abang tu... jangan lupa pula!...", kata razif lalu beredar dari situ.

syafikah hanya diam membisu di situ. dia memejamkan matanya. "wahai suamiku yang tercinta... mengapakah kau selalu saja berprasangka buruk terhadap aku isterimu sendiri? mana kah perginya kepercayaan yang kau tunjukkan pada aku dulu?... apakah kepercayaan itu sudah hilang di telan oleh prasangka burukmu tu?... ya Allah, tabahkanlah hati hamba Mu ini menghadapi semua dugaan ini. beri kan kekuatan dan ketenangan dalam diri hamba Mu ini, ya Allah...", bisik hati kecil syafikah perlahan lahan...

DERITA (PG13)Where stories live. Discover now