DERITA 11

3.8K 96 0
                                    

"eh... abang... abang belum tidur lagi?", soal syafikah gugup. tangannya pantas menutup pintu jendela di sebelahnya. "awak bercakap dengan siapa tu?", soal razif ingin tahu. "oh.... er... saya bercakap dengan maria, bang... er... tunggu sekejap...", kata syafikah berbohong. "er... maria, saya nak tidur ni. ok, good night and bye bye...", kata syafikah di handphonenya. selepas itu dia mematikan handphonenya. "cuba abang tengok handphone awak tu...", razif meminta handphone tersebut dari isterinya tapi syafikah masih juga memegang handphone di tangannya. "Oh... er... bateri phone saya dah low lah dah ni. Er... saya nak cas dulu handphone ini... saya pergi ke bilik dulu, ye bang...", kata syafikah sambil berbohong. razif pun diam membisu.

syafikah terus beredar dari situ. Perlahan lahan, Razif melangkah menghampiri pintu jendela tempat syafikah berdiri tadi. dia cuba melihat keadaan di luar rumahnya. Tak ada sesiapa pun di luar rumahnya saat itu. rumah jirannya hafizi kelihatan gelap gulita. "Hm... agaknya si hafizi gila tu sudah masuk tidur kot...", bisik hati kecilnya. dia pun terus beredar dari situ.

- tiba hari yang penuh dengan tragedi itu - (sebelah pagi - 07:09 pagi)

syarifah sedang mengemas di ruang tamu rumahnya di pagi hari yang cerah itu. tiba tiba dia terdengar pintu rumahnya di ketuk orang dari luar. dia pun terus membuka pintu rumahnya. dia lihat tiada sesiapa pun di luar rumahnya saat itu. dia merasa sungguh hairan sekali. mana perginya orang yang mengetuk pintu rumahnya itu pun dia sendiri tidak tahu. dia salah dengar agaknya. ketika dia hendak menutup pintu rumahnya itu tiba tiba dia ternampak sepucuk surat berwarna biru tergeletak di depan pintu rumahnya. dia pun terus mengambil surat tersebut lalu membacanya...

"buat sayangku syafikah...
wajah awak yang ayu membuatkan aku terpegun,
mata kau yang indah membuatkan aku terpaku,
bibir kau yang gebu membuatkan aku tergoda,
senyuman kau yang menawan membuatkan aku terpesona,
alangkah baiknya jika kau menjadi milik ku,
sudah tentu aku lah lelaki yang paling bahagia di dunia ini,
namun malangnya kau mnolak cinta ku,
Aku merasa sungguh kecewa sekali,
terasa seluruh hidup ku hancur berkecai,
namun aku tetap meneruskan hidup ini,
walaupun sebahagian dari dalam diriku sudah mati bersama cinta ku yang terkubur di sanubari...

Sayangku
tahu kah kau betapa aku menyintai kau,
cinta ku pada kau melebihi segala galanya,
sukar untuk ku melupakan awak,
walau pun hanya untuk seketika saja,
bayangan wajah awak ada di mana mana,
Aku seperti orang gila,
gila pada bayang kau
Gila pada diri kau...

Sayangku,
tahukah kau betapa hebatnya cinta aku pada kau,
bagi ku kau lah segalanya,
namun kau tidak menghargai rasa cinta di hati ku ini
Kau lebih mengutamakan dia dari ku,
Aku merasa sungguh terkilan,
namun aku tahu kau tidak bahagia hidup bersamanya,
Kau sangat menyintainya
namun dia mendera kau seperti seekor binatang...

sayangku,
Tidak kah kau sedar yang dia hanya mahu melihat kau menangis dan bersedih?
Tidak kah kau sedar bahawa dia memperlakukan kau seperti seekor binatang peliharaannya?
Tiap hari kau di maki dan di deranya,
tapi aku rasa tak tahan mendengar tangisan kau,
Aku tak akan membiarkan kau terus terusan di dera oleh lelaki tak guna tu,
Pasti di suatu saat nanti aku akan datang mmbela kau,
Kau tunggulah saja sayangku,
Aku akan datang menyelamatkan kau dari manusia durjana itu,
demi cinta ku pada kau,
Aku sanggup lakukan apa saja sayangku,
biarpun aku terpaksa menggadaikan nyawa ku sendiri,
Aku meluahkan semuanya ini,
agar kau tahu isi hati ku,
di hati ini hanya ada kau seorang saja sayangku...
I love you so much!...

P/s: ini adalah luahan ati ku pd kau,syafikah... harap kau akan faham dengan apa yang ku coretkan dalam surat ni. ok sampai di sini saja buat kali ini. wassalam...

Ikhlas mcintaimu;-
hafizi...

Syafikah terpinga pinga sebaik saja dia selesai membaca surat tersebut. dia merasa sungguh terharu bila membaca surat hafizi itu. dia tidak menyangka begitu dalamnya cinta hafizi padanya walaupun dia sudah bersuami tapi lelaki tersebut masih mencintainya. dia mengeluh seketika. tiba tiba..., "surat apa yang awak baca tu?", soal 1 suara. syafikah terkejut sebaik saja dia melihat razif berdiri memerhatikannya tidak jauh dari situ. "oh... ini surat dari mak di kampung...", jawap syafikah berbohong. "oh!... apa dia cakap?", soal razif. "dia kirim salam pada abang. dia tanya bila kita balik ke kampung?...", bohong syafikah. dia melipat surat tersebut lalu mmasukkannya ke dalam poket seluarnya. "hm... hari isnin minggu depan lah kita balik ke kampung... anyway, awak dah siapkan sarapan pagi kita ke?", soal razif. "ya... abang pergi lah ke dapur tu. sarapan pagi dah siap terhidang di atas meja. saya nak bersihkan ruang tamu ni dulu...", kata syafikah. razif pun terus beredar dari situ. syafikah menarik nafas lega. nasib baik dia pandai berdalih kalau tidak tak tahu lagi lah...

DERITA (PG13)Where stories live. Discover now