AKU FUCK CINTA!!

6.5K 90 13
                                    

Aku fuck cinta. Jangan judge awal sangat. Aku cakap berdasarkan pengalaman. Cinta ni meluas. Cinta ni fitrah. Naluri manusia disemai benih cinta. Yang paling atas, kita semai cinta pada Tuhan. Yang ke-dua, semai cinta pada orang tua kita. Kita acap kali tersalah meletakkan cinta itu pada category yang salah. Dimana ia membuatkan, pandangan kita pada cinta berbeza. Kau putus cinta dengan makwe kau, kau salahkan cinta. Dikata pula cinta terlarang. Cinta tu babi. Cinta tu kejadah. Padahal kita lupa, kita yang merealisasikan keadaan cinta itu sendiri. Yet, kita salahkan cinta.

Manusia ni mudah alpa. Manusia ni mudah terlampau selesa dengan cinta yang disemat pada manusia berlainan jantina. Tengok sekeliling kita, dia tu kapel dengan dia ni. Yang hensem kapel dengan yang huduh. Yang baik masih setia pada sang playboy. Stop, siapa kita untuk judge? Taste masing-masing lain. Respect orang lain itu penting. Aku nak tanya la. Banyak mana relationship yang berhenti separuh jalan? Bercinta setahun dua, putus tengah-tengah jalan. Sebab? Salah seorang rasa tawar hati. Salah seorang tidak memberi masa pada pasangan. Salah seorang mengabaikan pasangan. Bercinta bagai nak rak, lapan tahun setia tanpa kata. In the end? Putus. Sebab? Kena sailang. Orang lain potong line masuk meminang dulu. Hati berubah. Banyak lagi. Aku bukan dewa cinta. Jangan tanya lebih.

Berapa banyak pasangan putus separuh jalan akibat kurang luangkan masa bersama? Ramai. Kalau nak kira pakai jari, tambah jari housemate punn tak cukup. Kepada yang kurang meluangkan masa, in the end, korang yang sakit bila di tinggalkan bukan? Manusia mudah terlampau selesa. Sebab tu manusia ni kadang perlukan sedikit injeksi kesakitan dalam hidup bagi menyedarkan mereka. Kepada sang dewa yang berubah hati. Apa sebab korang membuat keputusan sedemikian? Hati berubah ni biasa kita dengar. Tawar hati. Hati diberi pada orang lain. Hati belah bahagi. Sifat manusia, hati memang senang berubah. Cermin diri. Ingat semula. Perasaan kau yang semalam, sama tidak dengan hari ini? Tu jawapan kau.

Aku fuck cinta!!!

Berapa banyak manusia berubah sebab cinta? Sebab heartbreak? Banyak. Terlampau banyak. Sebab musabab? Kesakitan yang seseorang itu alami. Terlampau deep. Bagai dihiris. Sakit. Pedih. Pendam. Kecewa. Kau namakan semua. Kadang kau ditinggalkan bukan sebab kesalahan kau. Kau ditinggal sebab pasangan kau dah berbahagi hati. Kau sang student, kau percaya pada " putus kerana nak fokus study? ". Jangan sesekali percaya. Itu semua fuck. Tahu-tahu dia sudah ada pengganti kau. Dia tinggalkan kau terkapai-kapai. Dalam masa yang sama dia macam masih memberi kau harapan. Tapi dalam masa yang sama juga, hati dia sudah pada orang lain. Iye, dia WhatsApp kau pagi malam. Katanya lepas break nak jadi kawan. Nak fokus study. Tapi naluri tu penting dan betul. Kalau kau rasa dia dah ada pengganti, berkemungkinan ianya betul. Kau tengok saja cara dia. Kalau asyik mengelat dan selalu beri alasan, tu bermakna, kau tiada tanding dengan lelaki itu.

Sampai bila nak jadi hamba cinta?!

Pishang seribu kali pishang. Harapan yang diberi adalah harapan palsu. Iye kau mampu untuk tunggu dia. Kerana sayang yang amat. Tapi, kita manusia. Sifat hati berubah-ubah. Kau takkan selamanya tunggu dia. Sampai satu ketika, kau akan move on. Bawa diri. Bawa hati yang lara itu pergi. Angkat segala serpihan pecah itu dan baiki. Dia buat kau tunggu, tapi kau akan pishang dan berubah hati jugak.

"The pain you feel today is your strength tomorrow."

Sakit memang sakit. Sakit tak sama seperti teran tahi masa sembelit. Itu fizikal. Kita mampu ubati. Sakit batiniah? Antara kau dan sang pemberi sakit. Masa bercinta dengan manusia buatan Tuhan. Bukan kemain kau lupa pada Pencipta. Lepas disakiti. Lepas ditinggalkan. Kau baru nak ingat? Baru kau reti nak meminta? Siapa kau kepada Dia? Kau bukan siapa-siapa. Engkau hanya ciptaannya yang tidak begitu sempurna.

Aku bosan lah dengan cinta! Fuck cinta!!

Manusia akan saling menyakiti. Hati ni penting. Perlu dijaga dengan rapi. Berapa banyak manusia yang pernah disakiti suatu ketika dahulu? Berapa banyak hati yang lemah lembut kau telah keraskan? Berapa banyak kau telah memberi pengajaran kepada sang pemberi hati itu. Dah kau hancurkan ia dalam sekelip mata. Sikit demi sikit, kau telah menyusahkan orang selepas kau untuk hadapi kerasnya hati sang pemberi cinta. Kau akibat rebound relationship terjadi. Kau akibat semuanya main berputar seperti roda. Kau buat dia, dia buat orang lain, orang lain buat kepada orang yang kau suka, kau kena balik dan kau buat lagi. Ianya dalam dasar yang sama. Masih berputar pada paksi.

Jaga hati yang diberikan wahai penjaga hati semua..

Aku fuck cinta!!!

AKU FUCK CINTA!!!Where stories live. Discover now