"Hahaha. Happy sangat nampak awak kut? Awak comel sangat agaknya, tu yang buat dia suka." dia berkata. Meneka. Aku menjelirkan lidah. Masakan, aku hidangkan ke dalam pinggan.

"Eii comel apalah saya ni? Takkanlah? Kat sekolah tadi dia serius. Tapi kesian dekat dia. Anak buah dia telefon cakap saya nak jumpa. Entah masa bila saya nak jumpa dia? Muka dialah paling saya duk elak sekali daripada berjumpa selama ni." aku berkata pula. Encik Tunang Tubi tergelak lagi.

"Kenapa Aira, kenapa awak tak nak jumpa dia?" soal Encik Tunang Tubi. Aku sengih.

"Sebab dia teruk." komenku selamba. Ah! Bad bukan tahu pun aku kutuk dia!

"Kenapa dia teruk?" soal Encik Tunang Tubi lagi. Aku mencemik. Mengingatkan Bad sahaja terus otakku rasa tepu. Malasnya ingat dia. Menyakitkan hati! Setiap masa pula lagi.

"Dia panggil saya dengan gelaran yang saya tak suka. Lepas tu dia selalu cari point nak bergaduh dengan saya. Pokok pangkalnya, dia selalu buat saya sakit hatilah." aku berkata serabut. Mengenangkan Bad membuatkan aku rasa loya tekak! Menyampah dan meluat yang amat! Encik Tunang Tubi terkekeh-kekeh ketawa.

"Nama dia apa?" soal Encik Tunang Tubi.

"Bad dan Irfan." aku jawab.

"Bad?" soalnya pendek.

"Badrul tak silap saya." aku berkata pula.

"Kawan saya ada nama Badrul. Orangnya kacak sangat. Penyayang. Baik, ramah." ujarnya. Aku dah nak termuntah mendengarnya. Kacak tu dah betul, tapi penyayang tu, biar betul?! Orang nama Bad ni ada cukup kasih sayang ke?

"Werk! Lain benar dengan Bad yang saya kenal! Kacak tu, kira betullah. Tapi kalau penyayang tu taklah!" aku memangkas.

"Ya? Ramai orang nama Bad, kan? Tapi kawan saya tu betullah penyayang. Sayang betul dia dekat tunang dia sampaikan saya naik jealous dengan tunang dia..." ujar Encik Tunang Tubi. Gulp!

"Bad jiran saya pun dah bertunang." aku kata takut-takut.

"Ya? Entahkan orang yang sama?" dia meneka.

"Takkanlah! Sikap tu lain..." aku menidakkan.

"Eh? Mana awak tahu dia tak penyayang? Kalau dia tak penyayang, buat apa dia datang ke sekolah awak sebab anak saudara dia?" soal Encik Tunang Tubi. Aku terbelalak.

"Awak tahu dari mana?!" terkejut!

"Eh eh, dia ni! Kan awak juga yang cakap dekat saya tadi yang dia datang sekolah sebab anak buah dia call dia..." dia berkata bersungguh. Ha ahlah! Aku juga yang cerita. Penyayangkah Bad? Gulp! Muka tak ada nur!

"Eh? Ha ahlah. Lupa pulak saya. Kalau orang yang sama..." aku berjeda.

"Kenapa?" soalnya tak sabar.

"Kalau orang yang sama, mohon sangat-sangat... jangan cerita dekat dia yang saya dah kutuk dia tahap dewa pada awak." baru sahaja habis berkata-kata, telingaku terpaksa menerima hamburan tawanya. Kuat. Berdekah-dekah. Cis!

"Kalau betul orang yang sama, takkanlah saya nak cerita. Kalau tak betul pun saya takkan cerita. Saya simpan je segala kutukan dan amarah awak tu dalam hati sampai saya lupa, okey?" ujarnya. Aku tersenyum. Lega. Lega sangat-sangat. Encik Tunang Tubi memang lelaki yang baik! Wehehe.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 09, 2015 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Jodoh Sebelah PintuWhere stories live. Discover now