"Saya nak balas apa?" aku menyoal pelik. Bila dia dah kata macam tu, aku nak balas apa lagi? Aku bukannya jenis yang suka bersms sangat pun. Menaip menggunakan komputer riba aku sukalah! Berbeza tu...

"Hm, balas ajelah apa-apa. 'Baiklah sayang' atau apa ke? Jangan gatal-gatal ke, sayang awak ke apa ke..." dia merungut. Aduhai. Cair mak! Aku tergelak kecil mendengar rungutannya itu.

"Sayang? Awak serius nak saya cakap macam tu? Heee. Tak naklah saya!" aku berkata sambil menggeliat geli-geleman. Dia ikut tergelak di hujung talian.

"Yalah. Saya dengar aje suara awak saya dah jatuh sayang pada awak. Dengar awak menjerit malam tadi pun dah berdetak hebat jantung saya. Tak tahulah awak macam mana." ujarnya. Aku telan liur. Wujudkah orang seperti ini? Mendengar suara sahaja boleh jatuh sayang?Mendengar aku menjerit pula berdetak hebat si jantung? Berdetak hebat sebab terkejut gamaknya. Mengarut!

"Banyaklah awak punya sayang. Merepek. Kalau jadi tunang saya pun belum tentu saya nak sayang ye." aku berkata selamba.

"Betullah saya sayangkan awak. Tambah-tambah lepas awak menjerit semalam. Alhamdulillah, itu awak. Tak ada nak cover ayu. Tapi awak tu tak tentu lagi nak sayang saya bila dah jadi tunang awak. Sampainya hati awak..." rajuknya. Dengar aku menjerit pun bertambah sayang? Hey, ini pelik! Tak habis-habis dia duduk ungkit mengenai suara aku menjerit semalam. Yakin aku ini jodoh dia hanya disebabkan jeritan lolong aku? Dan... alhamdulillah, itu aku katanya? Bertambah tak faham aku dibuatnya!

"Okeylah. Gurau aje. Sorry okey? Saya kena pergi kerja cepat ni. Saya tak nak terserempak dengan housemate saya. Marah masih belum reda lagi ni." aku bersuara selamba. Tak ada masa nak pujuk dengan ayat bunga-bunga. Memang silap besarlah kalau dia nak aku pujuk dia cara macam tu. Dia tergelak kecil.

"Jangan marah lama-lama sangat Aira. Tak elok untuk awak. Tak elok untuk dia. Okeylah. Saya sayang awak. Bye bye. Take care." Ujarnya selamba. Mudahnya dia sayangkan aku?!

"Err. Okay. Bye, take care too. Assalamualaikum." aku berkata tanpa membalas kata-kata sayangnya. Baru lagi sehari, Mona. Baru sehari...

"Bye waalaikumsalam." Jawabnya. Talian mati.Panaskan enjin sahaja sudah hampir sepuluh minit. Aku masukkan buku ke dalam kereta. Sesudah itu, aku duduk di dalam kereta sambil kaki tersadai keluar sebelah macam biasa.

"Malam tadi ada yang terjerit kuat. Tension katanya. Tension dengan bakal tunang ke...?" sindir satu suara meleret. Aku mendengus. Bad ni, kalau sehari tak ganggu aku memang tak boleh ke? Memang dia tak dapat hidup tenang ke macam mana? Dengar suara dia saja buat aku sakit hati. Tapi... alamak! Dia dengar suara aku menjerit macam tarzan semalam? Gulp!!

Aku pandang dia dengan kerutan di dahi akibat rasa tak puas hati. Irfan di sebelahnya hanya tersenyum manis. Masing-masing berpakaian formal. Aku tak faham. Doktor memang berpakaian formal begini ya? Pernah aku lihat, seorang doktor hanya memakai baju t lengan pendek berkolar. Atau kurang berdisiplin eh? Entah?!

"Hai Mona." sapa satu suara. Oh my! Ini encik Taufiq! Si Julia yang punya. Nak tegur ke tak payah? Kalau tak menegur nanti, dia tuduh aku sombong. Kalau menegur nanti, Julia tuduh aku menggedik. Balas sahajalah pendek.

"Hai." balasku seperlahan yang boleh.

"Awak menjerit semalam kenapa?" soal Taufiq lagi. Aku telan liur. Dua-dua belah rumah dengar ek?

Jodoh Sebelah PintuWhere stories live. Discover now