Kalau aku dah bertunang, aku boleh terima lagi. Kalau aku ni dah nak kahwin pun tak apa. Masalah sekarang ialah benda tu belum tentu jadi lagi. Tak sahih pun lagi. Malu aku kalau tak jadi bertunang. Malu muka aku! Bukan kau! Otak kau letak kat mana? Jangan tuduh aku nak menjaga market aku bila kau sendiri yang sibuk nak jaga market kau! Kau cerita semua tu supaya mereka semua tak berbual dengan aku. Itu yang kau nak, kan? Supaya perhatian mereka beralih pada kau yang bujang ni saja!" aku menjerkah lagi. Sungguh, lega lepas aku hamburkan rasa terkilanku setelah lama aku memendamnya. Biarlah dia tahu perasaan terkilanku kerana dia tidak pernah mahu menjaga hatiku.

Air mata Julia sudah luruh. Entah kenapa, rasa kasihan, sedikit pun tidak ada dalam hatiku. Memang aku dah tak boleh tahan! Ya, cakaplah aku kejam atau apa aku sudah tidak kisah. Tiada maknanya lagi aku nak fikirkan perasaan orang lain.

"Mona... aku..." dia sudah tersedu-sedan. Entah kenapa, aku tak teringin hendak memujuk pun. Tuduhan dia, cara dia... buat aku rasa marah. Benci!

"Lepas ni, jangan pernah bercakap dengan aku. Kau, kau! Aku, aku! Aku tak kenal dah kau siapa." aku berkata lantas menutup pintu bilik sekuat hati. Air mataku mula merembes. Inilah kali pertama... aku memarahi dia. Aku bersikap tidak profesional hanya kerana amarah. Hanya kerana rasa diri terhina. Tapi aku puas. Aku takkan minta maaf dengan dia!

TELEFON bimbitku berbunyi. Aku mengelap air mata. Lama juga aku menangis. Selepas mandi tadi, aku kembali melayan perasaan. Menangis bagai kehilangan orang yang disayangi. Secara teorinya, ya! Aku kehilangan Julia, seorang rakan baikku hanya kerana seorang lelaki yang belum tentu menjadi milik sesiapa.

Aku kecewa. Kawan baik aku yang bergelar guru sekolah menengah itu tidak mempunyai akal yang panjang. Otaknya agak singkat. Itu yang aku kesalkan sangat. Aku malu. Cerita tentangku dijaja sebegitu rupa. Malu jika aku dituduh perempuan tak laku. Malu jika dituduh terdesak nak kahwin sehingga perlukan bantuan mak dan abah untuk mencari jodohku... aku malu! Telefon yang dari tadi menjerit-jerit minta diangkat akhirnya aku jawab.

"Helo assalamualaikum." aku memberi salam. Nada suara, cuba aku tahan.

"Waalaikumsalam. Aira..." lembut suara di hujung talian menyapa. Oh! Dia rupa-rupanya.

"Ya..." aku menyahut.

"Suara awak sengau semacamlah. Awak menangis? Awak okey tak?" soal Encik Bakal Tunang di hujung talian. Prihatin sungguh bunyinya. Rupa-rupanya ada juga yang prihatin terhadap diriku. Air mataku automatik mengalir semula apabila mengenangkan yang aku tidak okey disebabkan Julia. Sedu-sedan mula menemaniku.Daripada sedu-sedan, sekarang, esakan semakin kuat. Tidak langsung aku pedulikan dia di hujung talian.

"Aira..." panggilnya lembut. Adakah dia serabut mendengar hingusku yang sekejap-sekejap aku tarik? Atau, dia sebenarnya tidak suka akan perempuan menangis? Entah-entah dia ingat aku sengaja ingin mendapatkan perhatian dari dia, tak?

"Bagi saya lima minit awak, kejap lagi awak telefon balik. Saya tak okey sangat-sangat ni." aku berkata jujur dalam sedu-sedan. Bunyi hingus menemani helaan nafasku.

"No, no, no. It's okay. Take your time. Saya tak nak letak. Saya nak temankan awak. Saya nak jadi bahu tempat awak menangis. Menangislah kalau itu buat awak rasa lebih baik. Menangis itu bagus kadangnya, Aira. Terlepas apa yang terbeban kat hati tu. Awak jangan risau. Saya ada." ujar Alang lembut. Dia faham... semakin terharu aku mendengar kata-katanya. Oh tuhan! Baiknya dia.

Jodoh Sebelah PintuWhere stories live. Discover now