"Mak dah kata, ambik tahu sendiri. Tu, nombor dah ada, call aje dia dan beritahu dia tentang Aira." mak aku bersuara geram. Masa bila mak kata, ambil tahu sendiri? Setahu aku, abah yang cakap macam tu tadi. Hehehe. Mak aku menghulurkan air kepada abah.

"Abah, dia tu siapa?" aku menyoal abah pula. Aku kan rapat dengan abah. Mungkin abah boleh pecahkan rahsia mak selepas dibodek-bodek dengan urutan. Abah hanya menyimpul senyum. Langsung tak memberitahu aku sepatah jawapan pun. Aku mendengus. Nak berahsia sangat, kan? Baiklah... Aku ada satu game untuk mak. Game psiko namanya.

"Habis tu kalau Aira yang telefon dia, dia tahu ke mak?" aku menyoal mak dengan muka serius. Mak dan abah angguk yakin. Okey, beralih ke soalan seterusnya.

"Macam mana dia nak tahu kalau mak dengan abah langsung tak beri dia nombor Aira dulu?" aku menyoal. Buat-buat geram kononnya.

"Apa pulak tak bagi, mak bagilah!" mak bersuara lantang.

Aku mencatat dalam kepala otak. Kalau dah ada nombor telefon aku, kenapa dia tak telefon aku dulu? Kenapa mesti nak aku yang telefon dia dulu? Ini aneh banget! Lelaki ni macam nak tak nak aje kenal dengan aku.

"Oh! Patutlah!" aku petik jari. Mak dan abah pandang aku dengan kening terangkat.

"Patutlah apa?" soal mereka serentak. Jerat mengena!

"Mak, dia tudah takde kerja lain ek?" aku menyoal selamba lantas menyisip minuman.

Tekak mula rasa dahaga. Lagi pula, aku cuba berlagak natural supaya mak dan abah yakin dengan lakonanku. Abah pandang mak, mak pandang abah. Kemudian, sama-sama mereka menggelengkan kepala. Aku buat kening berkerut.

"Kerjalah... Kerja kerajaan lagi."ujar mak. Oh. Kerja kerajaan. Cikgu? Tentera? Polis? Kerani? Pegawai tinggi?Curious ni.

"Hm... mak ada bagi nomborAira kat dia kan?" soalku lagi. Mak mengangguk. Aku percaya mak! Aku buat mulut bentuk o.

"Patutlah ada nombor pelik masuk kebelakangan ni. Setiap malam nombor tu aje yang call! Nombor macam sama dengan nombor ni." aku buat muka rimas sambilpicit dahi. Lakonan haruslah mantap. Kalau tak mantap, bukan anak abah, aku ni! Mak dan abah terlopong. Itu tandanya perangkap dah hampir mengena.

"Setiap hari hantar mesej jiwang. Dalam bahasa Jawa pula tu. Jenuh Aira minta tolong kawan untuk terjemahkan. Mujurlah Aira ada berkawan dengan orang Jawa." dosa menipu, fikir kemudianlah, Mona! Aku tahan gelakapabilamelihat mak berpandangan dengan abah dengan muka pelik mereka. Kedua-dua mereka terlopong.

"Alang tu pandai cakapJawa ke bang? Eh, dia kacauAira bila?" soal mak. Aku senyum senget. Oh, nama dia Alang rupanya. Mak pun duk panggil Alang... berahsia sangat. Nak suruh aku tanya lelaki itu sendiri, memang taklah! Buat apa aku bazir tenaga tanya dia sedangkan 'rujukan' aku dah ada?

"Setiap harilah. Kadang-kadang rasa nak makiaje. Siapalah yang buat dajal macam ni. Bila Aira tanya siapa dia, dia cakap dia Mystery Man. Bila Aira tanya umur berapa, katanya empat puluh satu." aku picit kening pula dengan muka serabut.

Nanti kau orang tirulah styleaku kalau nak jalan pintas ke neraka. Rasa berdosa main psiko ngan mak ni aku campak ke tepi. Dah habispsiko nanti, aku minta maaflah!Muka mak bertambah terkejut mendengar ceritaku.

"Salah orang tak? Alang tu muda lagi. Tua setahun aje dari Aira! Alang tu entah sibuk merawat pesakitnya, sempat ke dia hantar sms bagai? Setiap masa pula tu! Abang kan?" mak menyoal abah.

Jodoh Sebelah PintuWhere stories live. Discover now