"Akak Fashionistaaaaa..." sapanya. Seperti yang aku jangka, dia menegurku dengan panggilan yang buat aku naik isim memikirkan kenapa aku patut dipanggil begitu? Dia gerenti bakal menyakat aku dengan lebih teruk lagi. Menyesal pula aku longgarkan earphone aku ni tadi. Menyampah betul aku nak hadap muka dia ni.

"Bad..." Irfan meleretkan suaranya tanda tidak mahu aku diganggu.

"What?" soal Bad sambil mengangkat bahunya dengan mulut yang mencebik. Buat muka innocent. Menyampah betul aku tengok muka Bad. Lebih rela aku tatap buntut kera dari muka dia sekarang! Irfan berdeham.

"Jangan kacau Mona aku." Irfan bersuara. Mataku terbuntang. 'Mona aku' dia kata? Hold on, sejak bila aku jadi hak milik dia? Ada tercop di dahikah yang aku ini milik Irfan? Gelinya.

"Sejak bila saya jadi Mona awak?!" soalku kasar. Dia tersengih-sengih sambil menggaru-garu belakang telinga. Bad mencemikkan muka.

"Dia Monafendy aku..." Bad pula bersuara. Irfan tahan gelak. Aku mendengus geram. Kalau boleh disedekahkan pelempang, sungguhlah happy rasa hati. Kalau boleh, biar terteleng ke kiri mukanya.

"Kau ni Bad... dah tak lama nak kahwin dah. Bagilah chance kat aku pulak nak mengurat anak dara orang. Apa kata tunang kau nanti..." Irfan bersuara dengan dengan kening yang terangkat-angkat. Terlebih jujur pula. Janganlah mengaku dia nak mengurat aku depan aku! Ades! Eh, dah bertunang rupanya Encik Opocie ni.

Guess what? Pertama sekali, aku fikir, ada ke orang nak kat dia? Mulut macam... hai ya Allah! Puaka! Perangainya, lagilah puaka. Puaka Niang Rapik pun boleh makan hati dengan perangai puaka dia. Aku rasa, kerja dia, gerenti menyakat tunang dia sampai tunang dia menangis gila-gila ni.

"Eh? Dah bertunang? Ada jugak makhluk yang terliur kat dia, eh?" soalku bernada sarkastik. Padan dengan muka. Kelat wajah Bad dengan seranganku. Hahaha! Rasakan... jangan dia ingat hanya dia tahu nak menyindir orang.

"Why? Jealous?" soal Bad sambil mengangkat kening. Hold on a sec! Ini melampau! Sangat perasan dan aku nak muntah!

"Excuse me?" soalku yang sudah berdiri bercekak pinggang. Keningku terangkat tinggi. Geram! Ada masa pula aku nak cemburu? Tak ada kerja sungguh! Irfan berdiri memegang pagar dan memandang aku dan Bad silih berganti. Dia tercengang-cengang di tengah. Tak tahu hendak mengadili yang mana satu.

"Don't you hear me? Are you jealous of me, Kak Fashionista?" soal Bad sinis. Kini dia berpeluk tubuh dengan muka kerek tak bergulanya itu. Kenapa dia tak masuk aje rumah dan jangan keluar sampai bila-bila? Hati aku sakit teramat sangat dah ni! Sakit, sakit dan sakittt!!

"Scusa?" soalku sekali lagi. Kali ini dengan bahasa Itali! Sungguhlah tak percaya bila dia kata aku jealous. Apa dia ingat aku ada hati ke pada dia? Muntah berdarah!! Aku takkan jatuh hati pada dia. Takkan!

"Jealous?" soalnya dengan senyuman senget lagi sinis.

"Nak jealous apa? Cut the crap!" nadaku sudah meninggi. Irfan ternganga-nganga. Tidak tahu hendak mencelah bagaimana.

"Jealous ke yang saya ni, ada juga orang nak. Awak tu, ada ke, eh?" soal Bad menyindir. Terbakar! Terbakar! Bukan tak ada yang nak, aku yang jual mahal! Aku yang tak mahu fikir pasal bercinta okey?!

Jodoh Sebelah PintuWhere stories live. Discover now