Bab 2

5.7K 128 2
                                    

Bab 2

"HAI awak!" suara garau lagi seksi menyapa telingaku. Suara yang sama dengan si penegur budiman pagi tadi. Lelaki kacak itu. Ya. Aku telan liur dan kepalaku menunduk setunduk-tunduknyasehingga terasa badanku melengkung macam udang! Kejadian pagi tadi benar-benar menghantui aku! Aku terpaksa berlakon seolah-olah tidak mendengar sapaannya. Janganlah dia menegurku lagi.

"Awak..." panggilnya lagi. Masih tak putus asa nampaknya. Aku mengangkat muka dan memandangnya. Aku hanya mampu tersenyum sebelum kembali menggembur tanah. Kenapa dia ni? Dia buat apa dari keluar rumah tu? Kenapa tak duduk kat dalam rumah dan main PS2 ke, kemas rumah ke apa ke?Bukankah mereka baru berpindah? Eloklah jika mereka bergotong-royong apa yang patut.

"Manisnya senyuman diaaa..." leretnya. Aku menjulingkan mata tanda meluat. Budiman atau kaki ayat ni? Memang aku tak tipu, dua puluh orang gadis pun boleh berderet beratur minta menjadi aweknya. Kacak sungguh! Tambah kacak, lesung pipit di pipi kanannya. Aduh-duh! Aku perasankan lesung pipit dia? Kenapa dengan aku ni? Kali terakhir aku usyar tengok muka lelaki handsome adalah ketika zaman aku bercinta dengan arwah Fareez. Lama sangat dah tu... itu pun aku duk usyar muka Fareez seorang sajalah.

Seketika kemudian, lelaki yang ramah semalam itu menarik paip getah ke keretanya. Nak basuh kereta ke jiran baru aku ni? Yalah tu agaknya. Selepas tu, entah apa lagi yang ditariknya. Sedar-sedar, air paip dah menyembur pada kereta Vios miliknya dan aku yang menggembur tanah di dalam pasu dekat tepi pagar ini, terkena tempiasnya. Cis!

"Awak... awak..." lelaki itu memanggil lagi.

Eeeii. Berawak-awak pulak dah! Aku buat pekak sahaja. Malu pagi tadi yang menyebabkan aku tak nak menyahut. Mujur lelaki gila hon pagi tadi tu tidak ada kat sini. Kalau tak, teruk aku kena goreng agaknya dengan badut gila tu. Tapi, lelaki budiman ni, nampak sweet. Terbias wajah Fareez sikit. Fareez lagi? Aku dah janji pada diri sendiri, tak nak kenang Fareez lagi. Aku nak berhenti meratap!

"Wakkk.." panggilnya lagi dengan leretan yang boleh meremangkan bulu ketiak aku.

Eiii dia ingat aku Wak Karjono Pak Sako bagai ke nak panggil aku Wak?Onceagain, ingatanku kembali pada Fareez. Ya, beginilah perkenalan kami bermula. Fareez sedang membasuh kereta dan aku sedang menggembur tanah. Aku tersenyum hambar. Kenapa semua ini bagaikan berulang tayang pula di mindaku? Dan pada ketika itu, aku langsung tidak hiraukan teguran Fareez. Sama seperti apa yang berlaku hari ini...

Aku berterusan menekuni kerjaku tanpa menghiraukan lelaki itu. Fikirku, kalau dia dah bosan menegur dan tidak dilayan aku, dia akan berhenti dari menggangguku. Aku rasa, dia sengaja percikkan air paip tu ke muka aku. Marah apabila dia tak dilayan kut? Makin banyak pula percikkannya. Sengaja nak membangkitkan kemarahan aku agaknya. Ah! Pedulilah...

'Berkuyup aku kat sini, ngek!' biar hati sahajalah yang memaki hamun beliau... aku kan, seorang guru. Tak elok jika seorang guru menghamun orang. Cheh! Padahal pagi tadi buktinya, betapa kesabaran aku sangat tipis sebenarnya.

"Awak, pandang sini kejap." arah lelaki itu. Eh. Eh! Dah kenapa dia ni? Nak tak nak aku pandang dia. Senyuman aku lemparkan lagi. Lepas tu aku sambung buat kerja semula.

"Manisnya senyuman awak. Berdegup kencang jantung abang melihatnya. Dap... dip... dup! Dap... dip... dup di dalam dada... jantung berdebar..." eh eh! Ini mulut lelaki budiman itu ke?

Jodoh Sebelah PintuWhere stories live. Discover now