Bab 1

13K 210 5
                                    

Bab 1

"AKU dengar ada dua orang lelaki muda nak pindah kat rumah sebelah. Urm... harap-haraplah handsome. Boleh buat stok cuci mata yang dah lama berhabuk ni." Julia membawa berita yang menyendatkan nafas aku pada tengah hari ini dengan gayanya yang gedik sekali. Tangan dikibas-kibas ke muka. Mukanya pula bukan main miang lagi. Novel ditangan aku, aku tanda dengan ibu jaritangan kanan. Jiran baru?

Hairan, sudah lama rumah sebelah ini dibiarkan kosong. Kenapa baru sekarang ada orang yang nak masuk ya? Hari tu jiran di rumah belah kanan masuk, ini, jiran di sebelah kiri pula.

Tapi dengar-dengarnya, mak cik di rumah sebelah kanan ni nak berpindah pula. Tak serasi duduk kat kawasan perumahan di sini. Di tepi jalan raya. Bimbang anak yang masih kecil bebas ke tengah jalan. Aduhai.. yang menjadi masalah sekarang ni adalah bila mana jiran aku itu merupakan orang lelaki. Diulangi dengan caps lock, LELAKI! Tak boleh nak buat gila dah nanti.

Macam mana aku nak memekak dan menyanyi lagu Bruno dari Marikh nanti? Aku suka menyanyi-nyanyi. Itu memang minat aku. Tapi nanti... tak bolehlah aku buat perangai gila-gila aku lagi. Kasihannya aku. Mesti kena jaga tingkah laku selepas ini.

Julia ni pulak, memang pesen gatal sikit! Suka test market. Pantang ada lelaki kacak, tentu dia cuba main mata. Entah kenapa dia suka sangat pada lelaki kacak, aku pun tak tahu? Aku, sebaliknya! Lagi handsome seseorang lelaki tu, lagi aku menyorok masuk dalam cengkerang.

Lelaki zaman sekarang ni, mana boleh percaya dah! Sedangkan perempuan pun dah tak boleh percaya, inikan pula kaum lelaki?! Huh! Nak-nak lelaki yang kacak rupawan dan berbadan ketak-ketak! Senang nak mainkan perempuan dengan menggunakan pakej yang mereka ada tu. Harap jiran aku tak handsome! Puhh! Puhh!!

Aku sebenarnya tak suka hidup berjiran. Bukannya apa, aku ni bukannya suka berbual-bual macam orang lainselalu buat. Pot pet pot pet. Macam dah tak ada kerja lain dah selain dari bergosip. Lebih baik aku duduk terperap dalam bilik dan sudahkan novel-novel aku yang tergendala tu. Banyak pulak lagi! Ah! Sejujurnya, aku memang tidak pandai nak bergaul dengan orang. Kalau suruh gaul nasi, aku pandailah!

Julialah satu-satunya sahabat yang aku ada sejak dulu sehinggalah sekarang bila aku bertugas menjadi cikgu kat Sekolah Kebangsaan Intan Baiduri itu. Nak-nak pula, dia tinggal satu rumah dengan aku. Julia juga merupakan seorang guru. Tetapi dia mengajar dekat sekolah menengah, dekat sikit dengan rumah kami ni. Gaji dia, up sikit dari gaji aku. Tapi, pendapatan aku lagi banyak dari dia. Macam mana tu?

Aku ni, ada kerja sampingan. Income aku masuk melalui Nuffnang dalam blogger dan juga... aku sebenarnya novelis. Pssttt! Baru terbit dua buah buku. Sebuah novel aku tu, dah masuk dalam carta laris. Alhamdulillah. Sebuah lagi... macam... aduhai! Menyedihkan sungguh sambutannya. Apa yang dapat aku rumuskan, JANGAN BUAT NOVEL FANTASI sebab novel tu... golongan kanak-kanak sahaja yang suka! Kononnya aku berangan nak setanding dengan novel Harry Potter. Tak pun, Twilight pun jadi. Last-last? Starlight kat dahi sendiri!

Humph! Berbalik semula pada topik asal, BERJIRAN! Kalau ada jiran nanti, aku juga yang merana. Tentu ramai kata yang aku ni orang yang sombong sedangkan aku memang tidak pandai bergaul. Tambah-tambah dengan jiran lelaki pula. Aduh... lelaki... eeii! Menakutkan. Ada sebab aku fobia dengan jiran lelaki sebenarnya.

Jodoh Sebelah PintuWhere stories live. Discover now