Bab 41

16.9K 531 29
                                    

Ammar jalan dengan perlahan di koridor. Merindui detik-detik berharga bersama isterinya. Sunyi. Tiada yang bergaduh, tiada yang cari masalah. Rindu.

Ammar duduk di atas bangku batu di hadapan kolam sekolah. Sekarang waktu murid -murid datang, dan sekarang baru jam 0705. Hanya sedikit sahaja orang sekarang.

Memikirkan tentang kehidupannya bersama Syafika, membuatkan Ammar tersengih sendirian. Angau ke ?

"Assalamualaikum." Tegur seseorang.

"Waalaikumsalam." Ammar menjawab tetapi tidak melihat siapakah gerangan itu.

"Boleh saya duduk ? " Tanya orang tersebut.

"Boleh."

Ammar terkejut melihat gadis itu. Irish ?!

--
Syafika sudah siap memakai jubah labuh, handsock, stokin dan tudung bawal bidang 60. Dia memakai cermin matanya.

'Cantik.'

Dia terus keluar berjumpa semua orang. Mahu sarapan.

"Assalamualaikum. Selamat pagi. Eh, tak pergi madrasah lagi ke ? " Tanya Syafika sambil menuang teh ke dalam teko.

"Waalaikumsalam. Belum, Ismail dan Abi dah pergi. Umi tunggu Syafika je. " Kata Umi Fatimah.

"Oh, hehe ! Sorry menyusahkan je."

"Takdelah. Ni ha, makan cepat sikit nak gerak dah ni."

Syafika mengangguk lalu menghabiskan sarapannya.

---
Ismail membantu ustaznya mengemas Al-Quran.

"Ismail, nanti kamu bagitahu abi kamu kata petang ni ada mesyuarat ya. " Kata Ustaz Muhammad.

"Baiklah, ustaz. " Ismail tersenyum dan ustaz itu pun berlalu pergi.

Ismail sudah siap mengemas Al-Quran. Dia sedang berhenti rehat di dalam surau. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu.

Eh, harini Syafika kan nak datang madrasah ? Kenapa belum sampai lagi. Huhu seronoknya.

Ismail tersengih seperti kerang busuk sendirian. Tiba-tiba ada seseorang memegang bahunya.

"Astaghfirullahalazim." Ismail mengurut dada.

"Haha. Assif Jiddan. Assalamualaikum anta." Perli Muhammad Naim sahabat kepada Ismail.

"Waalaikumsalam. Hey, kau ni. Buat aku terperanjat je." Ismail membebel.

"Hah sorry. Kau lah termenung jauh sangat, teringatkan awek ke ? "

"Ya. Eh, tak ! " Ismail gagap.

"Haha, gagap tu. Ya ke tak ? " Nain menahan tawanya.

"Tak. Aku mana ada awek. Haram lah couple. " Ismail mentarbiah sahabatnya.

"Yelah, tahu. Selalunya orang macam ini dia angau." Naim menghamburkan tawanya.

"Ish, dahlah. Jom masuk kelas nanti ustazah datang.

----

"Hai awak." Tegur Irish. Ammar tersenyum. Rasa seronok berbanding Syafika.

"Hai."

"Kenapa duduk sini sorang-sorang ? " Tanya Irish kepada Ammar.

"Saja. Release tension. " Kata Ammar.

"Oh, " Irish tersenyun sambil memandang wajah Ammar.

Janganlah, melting tau !

"Hm. Jomlah masuk kelas." Ajak Ammar.

Mereka pun ke kelas bersama-sama.

---
Ismail memberi salam bersama Naim lalu masuk ke kelas mereka.

"Eh, ummi kau belum masuk ? Tak pernah-pernah lambat." Tanya Naim.

"Haha. Entahlah." Ismail jawab dengan riang.

Siapa yang tidak seronok jika seseorang yang menumpang dirumahnya akan datang ke sekolahnya ?

A.k.a crush. Mungkin ?

"Assalamualaikum." Tegur seorang gadis kepada Ismail dan Naim.

"Waalaikumsalam." Jawab mereka berdua.

"Ismail, Zati nak bagi ni dekat Mail. Harap terima." Kata gadis tersebut yang bernama Izzati.

Dia memberikan sepucuk surat kepada Ismail. Ismail tertanya-tanya. Surat apa ?

Setelah Izzati berlalu pergi, Naim mengangkat kening.

"Aku rasa, dia suka dekat kau. Seba tu dia bagi surat. Alah, kau takkan tak tahu yang dia suka akan deka kau dari dulu lagi." Kata Naim.

"Aku tahu, tapi kenapa ah ? Aku dah bagitahu aku tak boleh terina kan." Kata Ismail lalu mengeluh.

Semua orang bangun.

"Assalamualaikum ustazah." Kata murid-murid.

"Waalaikumsalam, semua duduk." Kata Ustazah Fatimah. Di sebelahnya ada seorang gadis cantik. Semua orang kagum melihatnya. Cantik, disempurnakan dengan purdah hitam.

Subhanallah. Cantiknya !

CHANDELIERWhere stories live. Discover now